backup og meta

Memupuk Tabiat Pemakanan Sihat untuk Anak Anda

Memupuk Tabiat Pemakanan Sihat untuk Anak Anda

Jika anda berjaya memupuk tabiat pemakanan sihat untuk anak anda pada peringkat awal kehidupannya, ternyata ini akan memberikan manfaat yang berterusan sepanjang hidup mereka. Berikut 5 tip untuk membantu anda memulakan amalan ini.

1. Ajar mereka bila perlu berhenti makan

Meskipun golongan dewasa sedar akan tanda-tanda kekenyangan untuk berhenti makan, namun kebanyakan kanak-kanak tidak mempunyai naluri tersebut. Ibu bapa kerap mengalami kesukaran untuk mengajar anak waktu yang perlu untuk mereka berhenti makan, terutama apabila kanak-kanak mendapat makanan kegemaran mereka. Anda boleh mula mengajar kanak-kanak untuk memahami perut mereka dan menyuruh kanak-kanak bertanyakan soalan mudah kepada diri mereka, seperti “Adakah aku sudah kenyang?” atau “Jika aku terlebih makan, adakah perut aku akan sakit?” Cara ini dapat menyediakan kanak-kanak untuk mengembangkan kemampuan mereka bagi menyedari erti kekenyangan.

2. Makan sarapan pagi

Makan sarapan pagi kelihatan mudah. Namun, jika anda tidak membantu anak anda menjadikannya suatu amalan, maka mereka akan membesar dengan rutin makan yang tidak sihat. Mudah sahaja, mulakan hari anak anda dengan sekeping sandwic dan segelas susu, dan anda sudah boleh membantu kanak-kanak meningkatkan tenaga pagi mereka dan mengekalkan tenaga sepanjang hari. Memulakan tabiat makan sarapan pagi pada usia muda juga membantu anak anda untuk membesar dengan lebih baik, menjadi bijak dan mengelakkan mereka daripada terlampau banyak makan pada hari tersebut.

3. Makan perlahan-lahan

Belajar untuk makan perlahan-lahan memberikan banyak manfaat kepada anak anda. Cara ini dapat membantu mengawal kenaikan berat badan pada sebarang peringkat usia, membantu kanak-kanak menyedari tanda-tanda kekenyangan daripada otak dan perut mereka. Selain itu, makan perlahan juga dapat merendahkan risiko daripada tercekik. Walau bagaimanapun, sudah tentu kita mahu anak menghabiskan makanan yang diberikan pada mereka. Jadi, penting untuk setiap ibu bapa mengajar anak mereka cara untuk melambatkan kunyahan, namun masih pada kepantasan yang sesuai.

4. Bantu mereka untuk kekal aktif

Selain daripada belajar untuk memilih makanan sihat, adalah penting untuk mengajar kanak-kanak melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Kebanyakan kanak-kanak akan meniru ibu bapa mereka. Jadi, caranya, ibu bapa perlulah memulakan senaman dahulu supaya anak akan mengikut amalan ibu bapa.

Dengan matlamat untuk membina asas tabiat pemakanan yang baik untuk kanak-kanak, di samping mengajar mereka makan makanan bernutrien, ibu bapa juga perlu menumpukan perhatian kepada selera makan anak mereka. Jangan memaksa anak untuk makan makanan yang mereka tidak mahu. Sebaliknya, carilah alternatif dengan menawarkan nutrien yang sama amaun dengan makanan yang tidak digemarinya. Selain itu, elakkan juga daripada memberikan anak lebih makanan terutama apabila mereka sudah kenyang. Cara ini hanya akan membuatkan anak untuk terlebih makan.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Healthy Eating Habits for Your Child. http://www.webmd.com/children/guide/kids-healthy-eating-habits#1. Accessed December 9, 2016.
Establish Healthy Baby Eating Habits. http://www.whattoexpect.com/first-year/week-45/time-to-eat.aspx. Accessed December 9, 2016.
Toddler Eating Habits: A Few Golden Rules.
http://www.whattoexpect.com/toddler-nutrition/toddler-eating-habits.aspx. Accessed December 9, 2016.

Versi Terbaru

17/01/2023

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ibu Ayah, Berikan Anak 6 Makanan Penting Ini, Baik Untuk Kanak-Kanak Sedang Membesar

Pening Nak Pilih Susu Formula Yang Terbaik? Ini 7 Benda Kena Lihat Sebelum Beli Susu Anak


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 17/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan