backup og meta

6 Kesilapan Cara Simpanan Susu Ibu Yang WAJIB Dielak Atau Buruk Padahnya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/06/2022

    6 Kesilapan Cara Simpanan Susu Ibu Yang WAJIB Dielak Atau Buruk Padahnya!

    Mengepam susu badan adalah cara untuk memastikan si manja tetap akan mendapat susu ibu walaupun tidak berada bersama si ibu. Tetapi adakah ibu-ibu sekalian tahu cara penyimpanan susu ibu yang betul?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Kesilapan cara penyimpanan susu ibu

    Kita selalu menganggap ia adalah satu perkara mudah untuk menyimpan susu ibu yang sudah dipam.

    Walau bagaimanapun, tanpa sedar, terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan oleh ibu mengenai cara simpanan susu. 

    Kesilapan ini secara tidak langsung sebenarnya boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi. Jadi jom kita semak apakah kesilapan yang sering dilakukan.

    1. Cara penyimpanan susu ibu yang salah: bekas tercemar

    Susu badan dapat membantu meningkatkan sistem pertahanan badan bayi daripada bakteria berbahaya. Tetapi keadaan akan menjadi sebaliknya jika bekas simpanan susu yang digunakan sudah tercemar.

    Bekas mengepam susu juga harus dipastikan bersih, ya?

    Penggunaan botol susu plastik atau kaca harus dicuci dan dikeringkan dengan sebaiknya.

    Ini kerana ia boleh menjadi tempat pembiakan bakteria. Cuci menggunakan air suam dan lap bekas dengan kain bersih. 

  • Kiub ais
  • Mungkin ada di antara ibu sekalian memilih untuk membuatkan kiub ais susu sebagai cara mudah untuk menyimpan susu.

    Tetapi mungkin selepas ini anda patut hentikan kaedah penyimpanan ini, kerana ia berisiko untuk dicemari bakteria memandangkan ia adalah bekas terbuka.

    Jika masih ingin menggunakan kaedah kiub ais, disarankan untuk menggunakan bekas tertutup. Ia adalah cara yang lebih selamat.

    cara penyimpanan susu ibu

    1. Cara penyimpanan susu ibu yang salah: bekas plastik

    Bukan semua bekas atau beg plastik sesuai untuk digunakan sebagai bekas penyimpanan susu. Anda perlu menggunakan bekas plastik yang bebas bahan kimia.

    Anda dinasihatkan untuk memilih bekas dengan label “BPA-Free”. Ini kerana ia adalah lebih selamat untuk si manja anda. 

    Dalam masa yang sama, pastikan bekas plastik yang digunakan tidak koyak atau bocor. Jika tidak, sudah tentu bakteria berkembang dan membiak di dalam bekas plastik tersebut.

    Sentiasa memeriksa bekas plastik yang digunakan, okay?

    1. Terlalu lama

    Bagi ibu yang ‘meriah’ susu badannya sudah tentu akan memilih untuk menyimpan stok susu dalam peti ais beku. Malahan ada ibu yang menyediakan deep freezer semata-mata untuk menempatkan susu yang dipam.

    Ia adalah ikhtiar yang harus mendapat pujian. Walau bagaimanapun, penyimpanan susu untuk tempoh yang terlalu lama adalah tidak bagus. Ini kerana badan ibu menghasilkan susu yang bersesuaian dengan keadaan semasa bayi.

    Tempoh penyimpanan yang terbaik di dalam peti sejuk beku, di bawah suhu -18℃ adalah dari tempoh enam, adalah tempoh yang terbaik dan sehingga 12 bulan, tempoh yang masih boleh diterima untuk penyimpanan susu.

    Tetapi jika disimpan dalam peti sejuk biasa, ia hanya boleh bertahan sehingga empat hari sahaja, okay?

    Kandungan nutrien dalam susu ibu adalah untuk memenuhi keperluan khasiat bayi pada ketika itu, jadi sebaiknya berikan susu tersebut secepat mungkin.

    1. Cara penyimpanan susu ibu yang salah: dekat dengan makanan mentah

    Tempat di mana anda menyimpan susu juga perlu dititikberatkan.

    Ini kerana jika susu disimpan di tempat yang sama dengan bahan makanan lain seperti daging atau ikan mentah, ia akan meningkatkan risiko untuk bakteria berpindah dari makanan ke susu yang disimpan. 

    Jika boleh, sebaik-baiknya, asingkan ruang penyimpanan makanan barangan dapur dengan susu ibu.

    Selain itu, anda amatlah dinasihatkan untuk tidak meletakkan susu yang ingin disimpan pada bahagian pintu peti sejuk.

    Ini adalah untuk membantu melindungi susu daripada perubahan suhu ketika membuka dan menutup pintu peti ais.

    1. Simpan semula

    cara penyimpanan susu ibu

    Pasti rasa sayang untuk membuang susu yang tidak digunakan. Tetapi jika susu tersebut sudah dikeluarkan daripada peti beku, anda dinasihatkan untuk tidak menyimpan semula walaupun ia tidak digunakan.

    Maksudnya di sini, jika susu disimpan beku dan didedahkan kepada suhu biasa, jangan masukkan kembali untuk pembekuan semula, jika susu yang beku telah cair sepenuhnya.

    Sebaiknya ia digunakan dalam tempoh masa 2 jam selepas proses pencairan.

    Ia bermakna tempoh 2 jam tersebut dikira dari masa ia tidak lagi beku atau dicairkan sepenuhnya, bukan dari semasa anda mengeluarkannya dari peti sejuk.

    Ini kerana, selain daripada mengurangkan nilai khasiat di dalamnya, tindakan anda ini juga membuatkan susu lebih mudah dicemari bakteria. Jadi hanya keluarkan susu dalam jumlah yang diperlukan. 

    Secara terus

    cara penyimpanan susu ibu

    Sesungguhnya memberikan susu ibu secara terus adalah antara kaedah yang paling baik. Tetapi jika keadaan memerlukan anda menyimpan susu, pastikan anda melakukan cara penyimpanan susu ibu yang betul.

    Jangan lupa untuk memastikan tangan anda juga dalam keadaan bersih semasa mengendalikan proses mengepam dan cara penyimpanan susu ibu, okay?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan