Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Nak Tukar Susu Formula Anak? Ini Antara Yang Terbaik Untuk Usia 1 Tahun Dan Ke Atas
Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.
Anda masih keliru mencari susu anak yang terbaik bagi usia 1 tahun ke atas kerana terlalu banyak pilihan di pasaran? Jika anda temui artikel ini, berita baik untuk anda! Di sini kami akan kongsikan antara jenama susu kanak kanak yang anda boleh berikan kepada si manja.
Usah dicari jenama susu yang popular atau yang paling mahal, tetapi pilihlah susu yang memenuhi keperluan pemakanan khusus anak anda dan yang bersesuaian dengan peringkat perkembangan mereka. Apa lagi, jom teruskan!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Pentingnya susu pada 1000 hari pertama kehidupan kanak-kanak
Bagi membantu ibu memenuhi keperluan si manja, pemberian nutrisi melalui susu formula kanak-kanak boleh diteruskan, memandangkan 1,000 hari pertama kehidupan si manja merupakan tempoh penting dalam membentuk amalan pemakanan seimbang, aktiviti fizikal, penjagaan kesihatan, serta pemantauan tumbesaran dan kesihatan pergigian.2
Jika penjagaan awal pada 1000 hari pertama kehidupan tidak diberi perhatian yang menyeluruh, ia akan memberi kesan kepada kadar pertumbuhan kanak-kanak seperti susut dan bantut 2, malah meningkatkan risiko penyakit kronik seperti diabetes dan tekanan darah tinggi apabila dewasa kelak.1
Si ibu yang sedang menanti kelahiran bayinya.
Bagi memastikan anak dapat membesar dengan sihat, Akademi Pemakanan dan Dietetik mengesyorkan agar ibu hamil mengamalkan gaya hidup sihat. 3
Antaranya dengan memastikan peningkatan berat badan yang sihat, mengamalkan pemakanan yang seimbang, melakukan senaman secara berkala, serta memastikan pengambilan vitamin dan mineral yang mencukupi.3
Cegah obesiti dan kencing manis dari awal
Menurut WHO 2019, 64% lelaki dan 65% wanita di Malaysia adalah obes atau lebih berat badan.4 Manakala, berdasarkan kajian yang diperoleh daripada NHMS 2019, 1 daripada 5 orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes. 5
Perkara ini amat membimbangkan kerana memberi beban kepada sistem kesihatan di Malaysia dan hendaklah ditangani dengan segera. Apakah punca utama kepada isu ini? Pengambilan gula tambahan sejak dari awal usia memberi kesan kepada sistem metabolisma badan, seterusnya menyebabkan masalah obesiti, tekanan darah tinggi, hiperlipidemia, diabetes dan penyakit kardiovaskular. 6
Berdasarkan tinjauan UNICEF 2018, 12.7% kanak-kanak di Malaysia (antara lima hingga 19 tahun) mengalami masalah obesiti dengan kedudukan kedua tertinggi di Asia Tenggara selepas Brunei. Manakala, 7.1% kanak-kanak di bawah usia lima tahun di Malaysia adalah lebih berat badan. 1
Berita baiknya adalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak boleh dicegah!
Ibu bapa amat disarankan untuk menyemak kandungan bahan-bahan yang terdapat pada label makanan dan minuman kanak-kanak. Ini adalah langkah penting bagi memastikan anak anda tidak mengambil gula tambahan supaya dapat mengelakkan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak.
Jenis-jenis gula tambahan yang boleh ditemukan dalam label makanan dan minuman kanak kanak adalah seperti :7,8
Maltodekstrin (Maltodextrin)
Pepejal sirap jagung (Corn syrup solid)
Pepejal sirap glukosa (Glucose syrup solid)
Sakarosa/sukrosa (Sucrose)
Fruktosa (Fructose)
Ibu bapa boleh mengambil langkah bijak dengan mencari susu yang mengandungi laktosa. Laktosa adalah gula semula jadi dan merupakan sumber karbohidrat utama yang juga terdapat di dalam susu lembu.9
Laktosa adalah lebih baik berbanding gula tambahan (seperti yang kami kongsikan di atas) kerana dengan kandungan indeks glisemik (GI) yang rendah, ia bukan sahaja kurang manis, malah turut membantu menyokong penyerapan mineral seperti kalsium. Laktosa juga memainkan peranan penting dalam perkembangan otak dan kesihatan usus anak anda.9
Menariknya, laktosa mempunyai indeks glisemik (GI) yang rendah membolehkan ia dicerna dengan lebih perlahan, sekali gus membantu mengelakkan peningkatan paras gula dalam darah secara mendadak. Ini memberikan manfaat yang sangat baik buat si manja yang hanya memerlukan sedikit kandungan gula dalam pemakanan seharian.9
Selain itu, laktosa juga membantu penyerapan kalsium dan magnesium dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa, lalu menyumbang kepada kesihatan tulang yang lebih baik.9
Susu formula terbaik untuk kanak-kanak berumur 1 tahun dan ke atas
Dalam memilih susu kanak kanak, perkara paling penting adalah anda harus menitikberatkan aspek kesesuaian. Ini penting bagi menghindari sebarangmasalah seperti alahan kepada si manja.
1. Susu organik terbaik #HiPP Junior Organic Langkah 3
Susu Organik HiPP Junior sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas. HiPP merupakan jenama makanan bayi organik No. 1 di dunia serta pilihan utama susu formula organik No. 1 di Eropah. Produk ini mempunyai pensijilan organik EU serta pengalaman lebih daripada 120 tahun dalam bidang pemakanan pediatrik.
Selain itu, susu ini melalui kawalan kualiti yang sangat ketat dan bebas daripada penggunaan GMO, racun perosak serta racun serangga sintetik, baja tiruan, hormon pertumbuhan, dan antibiotik profilaksis. Oleh itu, ibu bapa lebih yakin memberikan susu formula kanak-kanak dari sumber yang lebih selamat.
Sebaliknya, HiPP hanya menggunakan 100% laktosa, iaitu gula semula jadi yang terdapat di dalam susu bagi menyokong pertumbuhan dan perkembangan mereka. HiPP Junior tidak mengandungi gula tambahan yang boleh menjejaskan perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, Ibu bapa boleh berasa lebih yakin dan tenang.
Paling penting, susu organik ini juga sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit kerana mengandungi prebiotik galakto-oligosakarida (GOS). GOS membantu menyokong pertumbuhan bakteria baik dalam usus serta memastikan sistem pencernaan anak kekal sihat, seimbang dan selesa.10
2. Susu formula terbaik #Enfagrow A+ Mind Pro Langkah 3
Susu Enfagrow A+ ini mengandungi MFGM PRO, sebatian kompleks bioaktif dalam otak – fosfolipid dan sphingomyelin – yang membantu menyokong perkembangan kognitif dan mengurangkan risiko si kecil untukjatuh sakit.
Ia sesuai diambil oleh kanak-kanak berumur satu hingga tiga tahun. Selain terdapat prebiotik FOS yang berfungsi mengekalkan persekitaran usus sihat, susu ini juga mempunyai lebih 60 peratus DHA berbanding jenama susu lain.
Ia juga mengandungi kanji beras yang berfungsi memekatkan susu kanak kanak sekali gus mengurangkan risiko untuk si manja muntah.
3. Susu kanak kanak yang lain #Friso Gold Langkah 3
Berita baik untuk ibu bapa, Friso Gold 3 diformulasikan untuk membantu proses tumbesaran anak dan pada masa yang sama ia mudah untuk dicerna!
Friso Gold dengan teknologi LocNutri™ baharu mengekalkan nutrien dalam struktur aslinya dan ia juga bebas fruktosa (gula).
Friso Gold 3 ini mengandungi nutrien penting seperti:
DHA, AA, Omega 3 dan 6 yang menyokong proses pembelajaran dan pertumbuhan mental
Prebiotik berfungsi menjadikan sistem imun badan lebih sihat
15 nutrien penting yang menyokong perkembangan dan pertumbuhan anak secara keseluruhan
Ia juga mengandungi Gangliosida (GA), penting bagi perkembangan otak yang membantu menghubungkan sel-sel otak supaya proses menghafal dan pembelajaran anak menjadi lebih baik.
5. Susu kanak kanak yang terbaik #Dumex Dugro Sure
Tahukah anda, Dumex Dugro Sure mengandungi nutrien penting yang menyokong tumbesaran fizikal optimum si manja seperti protein, kalsium,vitamin D dan zink?
Dugro Sure juga tinggi kandungan serat yang baik untuk persekitaran usus sihat serta DHA merupakan komponen penting untuk otak dan mata.
Paling penting ia tidak mengandungi sukrosa, sekali gus dapat mengurangkanrisiko kerosakan gigi si manja.
6. PediaSure Peptigro
Susu anak daripada PediaSure mengandungi nutrisi pemakanan yang lengkap bagi kanak-kanak berusia dari 1 sehingga 10 tahun dan membantu meningkatkan selera makan mereka.
Susu ini diformulasikan secara saintifik bagi memenuhi keperluan protein dan mengandungi 38 nutrien utama termasuk arginine dan vitamin K2 semulajadi dan digabungkan dengan kalsium untuk menyokong proses pertumbuhan dan tumbesaran menjadikan ia sesuai diambil oleh si manja anda.
Kesimpulan
Perlu diketahui bahawa bukan semua susu kanak-kanak adalah sama. Ibu bapa juga perlu memahami keperluan unik setiap anak serta mengenal pasti tahap toleransi anak terhadap susu yang diberikan. Oleh itu, ibu bapa yang bijak akan mencari susu anak yang bersesuaian dengan umur, keseimbangan nutrisi, kualiti dan keperluan diet si manja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan susu kanak kanak, anda boleh dapatkan bimbingan dan panduan daripada doktor untuk lebih kepastian.
Tunggu apa lagi, jangan lupa untuk dapatkan jenama makanan bayi organik nombor 1 di dunia daripada HiPP Malaysia!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
1.First 1000 Days of Life Towards Healthier Generations https://www.unicef.org/malaysia/sites/unicef.org.malaysia/files/2019-04/UNICEF-ChildrenWithout-EnglishVersion-Final%2026.2.18_0.pdf . Accessed on Mar 25, 2026
2. 1000 HARI PERTAMA KEHIDUPAN. https://www.mkn.gov.my/web/ms/2026/03/11/1000-hari-pertama-kehidupan/. Accessed on Mar 25, 2026
3. Nutrition During Pregnancy. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/nutrition-during-pregnancy. Accessed on Mar 25, 2026
4. Malaysia and WHO call for more investment in primary health care the 21st century . https://www.who.int/malaysia/news/detail/08-04-2019-malaysia-and-who-call-for-more-investment-in-primary-health-care-the-21st-century . Accessed on Mar 25, 2026
5. National Health and Morbidity Survey 20219. https://iku.nih.gov.my/images/IKU/Document/REPORT/NHMS2019/Infographic_Booklet_NHMS_2019-English.pdf . Accessed on Mar 25, 2026
6. The sweet danger of sugar. https://www.health.harvard.edu/heart-health/the-sweet-danger-of-sugar . Accessed on Mar 25, 2026
7. Added Sugars https://www.heart.org/en/healthy-living/healthy-eating/eat-smart/sugar/added-sugars . Accessed on Mar 25, 2026
8. The 56 Most Common Names for Sugar (Some Are Tricky). https://www.healthline.com/nutrition/56-different-names-for-sugar#Glucose-or-fructose-Does-it-matter . Accessed on Mar 25, 2026
9. How Lactose Fits Into (and Complicates) Your Diet. https://health.clevelandclinic.org/what-is-lactose . Accessed on March 25, 2026
10. Euromonitor International, Health and Wellness, value sales at RSP & Motherhood Choice Awards 2024-2025 . https://mamababy.com.my/popular-organic-formula-milk-powder-in-malaysia-for-baby-toddler-and-young-children/ . Accessed on April 17, 2026
Versi Terbaru
21/04/2026
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman