Bagi wanita yang mempunyai puting tenggelam, proses penyusuan mungkin lebih mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Tetapi jangan risau, ada beberapa cara untuk timbulkan puting tenggelam yang boleh anda cuba.Â
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Keadaan puting tenggelam
Sebelum mengetahui cara untuk timbulkan puting, ayuh kita fahami terlebih dahulu keadaan puting yang dikatakan sebagai tenggelam atau terbenam ini.
Umumnya kebanyakan puting akan tertonjol keluar seperti puting susu, sebaliknya puting yang terbenam ini sama ada tampak rata pada areola atau seakan masuk ke dalam areola. Tahap kerataan atau ‘ketenggelaman’ puting adalah berbeza-beza bagi setiap individu.Â
Puting normal, rata atau tenggelam
Sekiranya puting terkeluar – sama ada secara semula jadi atau apabila dirangsang oleh sentuhan atau suhu – anda tidak mempunyai masalah puting yang terbenam ke dalam.
Jika anda tidak pasti, terdapat ujian sendiri yang mudah dilakukan, disebut Pinch Test.
- Tekapkan tangan dalam bentuk C pada payudara – pastikan ibu jari dan jari telunjuk berada pada sekitar areola.Â
- Tekan kedua-dua jari ke belakang – ke bahagian dada.Â
- Secara perlahan picit payudara menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.Â
Puting menonjol keluar? Ini bermakna anda tidak mengalami masalah puting tenggelam. Jika ia tidak menonjol atau menjadi tegak, bermakna puting rata. Manakala jika puting seperti masuk ke dalam payudara, bererti anda mengalami keadaan puting terbenam.
Pastikan anda mengulangi kaedah yang sama pada payudara sebelah lagi. Ini kerana ada wanita hanya mempunyai sebelah puting rata atau tenggelam dan terdapat juga yang mengalaminya pada kedua-dua belah payudara.
Cara untuk timbulkan puting: Memahami puncanya
Ramai wanita dilahirkan dengan keadaan puting seperti ini. Malah dianggarkan 10% wanita mungkin mempunyai sebelah puting yang terbenam ke dalam.Â
Dalam kebanyakan kes, ia tidak disebabkan masalah perubatan. Ia juga tidak menyakitkan atau menyebabkan sebarang masalah tertentu.
Sekiranya anda dilahirkan dengan keadaan puting sebegini, tiada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya, jika ia baru terjadi, lakukanlah pemeriksaan.
Ada kalanya ia berlaku disebabkan kehamilan. Dalam kes jarang berlaku, ia boleh berpunca oleh keadaan serius seperti kanser payudara.
Baca juga:
Kekal atau tidak?
Tiada jawapan yang pasti. Ia bergantung kepada tahap tenggelamnya puting anda. Jika sedikit, lama-kelamaan puting mungkin akan menonjol terutamanya semasa kitaran perubahan fasa pembiakan wanita – haid, kehamilan, penyusuan susu ibu dan menopaus.
Perubahan fizikal seperti suhu atau rangsangan seksual – mungkin turut boleh menjejaskan keadaan puting tenggelam anda buat sementara waktu.
Cara untuk timbulkan puting: Kesan kepada penyusuan
Sekali lagi, ia sukar untuk dijawab. Anda perlu melalui fasa penyusuan itu sendiri bagi menentukan sama ada keadaan puting tenggelam ini memberikan kesan kepada keupayaan bayi untuk melekap (latching) atau tidak.
Berita baiknya, masalah puting yang dialami ini tidak akan sama sekali menjejaskan keupayaan tubuh untuk menghasilkan susu.
Namun anda perlu tahu, dalam kebanyakan kes, keadaan puting yang rata mahupun tenggelam tidak akan menyebabkan masalah penyusuan. Kebanyakan bayi dapat menyusu dengan baik sama ada dengan sedikit bantuan atau tidak.
Cara untuk timbulkan puting tenggelam
Sekiranya anda salah seorang wanita dengan keadaan puting yang terbenam, berikut ada beberapa cara yang boleh anda cuba:
- Cuba menarik tisu payudara ke belakang supaya puting akan lebih tertonjol keluar
- Susukan bayi dalam keadaan menelentang atau baring mengiring, terutamanya jika mempunyai payudara besar
- Pembengkakan payudara boleh menjadi punca puting kurang menonjol, jadi urut secara perlahan-lahan bagi mengatasi keadaan ini
- Gentelkan puting menggunakan ibu jari dan jari telunjuk dan selepas itu, sentuh puting dengan kain sejuk yang lembap – lakukan dengan pantas. Tetapi elakkan daripada menyebabkan puting terlalu sejukÂ
- Gunakan kedua-dua belah tangan pada sebelah payudara untuk membuat ‘sandwic’ – bagi memicit keluar areola dan puting. Picitkan dan berikan tekanan perlahan pada payudara seperti cara anda memegang sandwic besar untuk dimasukkan ke mulut
- Anda boleh menggunakan pam susu manual atau elektrik sejurus sebelum penyusuan sebagai cara untuk timbulkan puting. Sedutan daripada pam selalunya menyebabkan puting lebih menonjol
- Jika cara di atas tidak berjaya, mungkin anda boleh menggunakan nipple shield. Ia adalah alat silikon nipis yang akan diletakkan di atas puting dan areola semasa penyusuan. Alat ini direka untuk membantu ibu menyusukan bayi yang sukar melekap dengan memberikan ruang yang lebih lembut dan mengekalkan lekapan semasa penyusuan
- Cara untuk timbulkan puting lain yang boleh dicuba adalah menggunakan breast shells. Tetapi ia perlu digunakan dengan bimbingan pakar laktasi terlatih dan dianggap sebagai penyelesaian jangka pendek. Ini kerana ia mungkin boleh mengganggu bekalan susu ibu
- Lebih mudah lagi, anda juga boleh menggunakan picagari untuk mencuba menarik keluar puting yang masuk ke dalam!
Jika terdapat sebarang kebimbangan atau kerunsingan, berjumpalah dengan pakar laktasi untuk mendapatkan bantuan dan penyelesaian.
[embed-health-tool-baby-poop-tool]