backup og meta

Ibu Ada Masalah Bengkak Susu? Atasinya Dengan 9 Cara Ini!

Ibu Ada Masalah Bengkak Susu? Atasinya Dengan 9 Cara Ini!

Masalah bengkak susu sememangnya satu keadaan yang amat memeritkan. Pada ketika itu, payudara anda terasa amat keras, sangat sensitif terhadap sebarang sentuhan.

Silap hari bulan, emosi anda turut akan terganggu; rasa ingin marah sahaja. Hanya mereka yang mengalaminya sahaja akan tahu betapa terseksanya jiwa raga ketika itu.

Tetapi apakah sebenarnya masalah bengkak susu ini? Dan adakah cara hilangkan bengkak susu tersumbat?

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Apa itu bengkak susu berketul?

Bengkak susu merupakan antara masalah yang sering dihadapi oleh ibu yang menyusukan bayi, selain daripada isu kekurangan susu, puting melecet dan sebagainya.

Namun, setiap masalah yang dihadapi, sudah tentu ada jalan penyelesaiannya. Tetapi sebelum itu apa kata kita fahami terlebih dahulu mengenai masalah bengkak susu ini. 

Bengkak susu merupakan satu keadaan yang terjadi apabila payudara membengkak.

Kenapa jadi bengkak susu ya?

Kebiasaannya ia berlaku disebabkan susu ibu yang berlebihan dan tidak dikeluarkan. Keadaan ini menyebabkan payudara akan berasa sakit akibat mengeras.

Masalah ini akan berlaku apabila susu ibu yang dihasilkan adalah secara berlebihan tetapi bayi hanya menyusu sedikit sahaja. Ia seperti situasi supply dan demand yang tidak seimbang. Kesannya payudara akan menjadi keras dan membengkak. Ini sekali gus menyukarkan ibu untuk menyusukan bayi. 

Selalunya masalah bengkak susu berlaku pada kawasan dada sehingga ketiak. Beberapa simptom bengkak susu berketul yang boleh dikenal pasti, antaranya:

  • Payudara mengalami bengkak, keras, ngilu dan sakit
  • Keadaan sekitar payudara mengalami kemerah-merahan, terasa panas dan terdapat benjolan keras apabila disentuh
  • Puting menjadi bengkak, bahagian areola mengeras sehingga menyukarkan bayi untuk menyusu
  • Kelenjar pada bahagian ketiak turut mengalami bengkak dan sakit 

Walau bagaimanapun masalah ini jarang berlaku pada kedua-dua bahagian payudara secara serentak. Ada masanya ia hanyalah bengkak pada bahagian areola atau ketiak sahaja.

Dalam sesetengah kes, ibu yang berdepan keadaan ini turut mengalami demam ringan. Namun, bengkak susu ini merupakan satu masalah yang boleh dirawat di rumah dan tidak memerlukan rawatan bengkak susu di hospital. 

Atasi masalah bengkak susu

Petua mengatasi bengkak susu di rumah.
Petua mengatasi bengkak susu di rumah.

Berikut adalah beberapa cara hilangkan bengkak susu tersumbat yang boleh dilakukan di rumah.

  • Tuam atau basuh payudara dengan air suam (bukan air panas) bagi membolehkan susu ibu berjalan lancar
  • Anda juga boleh memilih untuk mandi dengan air panas dengan menghalakan air panas ke bahagian payudara. Ketika mandi, jangan lupa untuk membuat urutan bengkak susu secara membulat pada bahagian payudara.
  • Sebaiknya lakukan penyusuan bayi secara rutin selama dua atau tiga jam sekali. Sekiranya bayi sedang tidur tetapi susu tetap mengalir keluar, anda disyorkan untuk mengepam susu tersebut
  • Anda juga boleh membuat urutan bengkak susu secara perlahan pada bahagian payudara supaya susu ibu lebih lancar dan membantu mengurangkan rasa sakit disebabkan bengkak
  • Sewaktu bengkak, perah susu dengan tangan. Perbuatan ini dapat membantu mengekalkan kelembutan areola
  • Jika bayi anda menyusu secara terus daripada payudara, elakkan mengepam susu terlalu kerap
  • Anda juga boleh menuam (tuam) payudara anda dengan air batu sebelum dan selepas menyusukan bayi
  • Elakkan dari menggunakan baju dalam yang kecil bagi mengelakkan saluran penyusuan daripada tersumbat
  • Jika masalah bengkak yang dialami terlalu menyakitkan, anda boleh memakan ubat yang bersesuaian. Namun, pastikan anda mendapat nasihat dan rundingan daripada doktor terlebih dahulu

Elak 2 perkara rawatan bengkak susu

Sukatan susu mengikut umur bayi.
Sukatan susu bayi.

Daun kubis

Ada yang mengatakan cara hilangkan bengkak susu cara tradisional menggunakan daun kubis boleh membantu mengurangkan masalah bengkak susu yang dialami.

Namun, dalam masa yang sama di dalam kubis mengandungi enzim yang boleh menyebabkan ‘kilang pengeluaran’ susu mengecut dan ini boleh mengakibatkan pengeluaran susu ibu berkurangan.

Seandainya anda masih mahu meletakkannya, disarankan untuk meletakkan dalam tempoh yang sekejap sahaja.

Pam susu

Sememangnya bengkak susu ini berlaku kerana susu yang berlebihan tidak dikeluarkan. Tetapi sebaiknya, anda elakkan daripada mengepam susu ketika payudara masih terlalu bengkak.

Ini kerana ada yang mengatakan ia boleh menyebabkan bengkak lambat surut dan berisiko mengakibatkan keadaan semakin melarat.

Pilihlah untuk menggunakan tangan. Tangan anda boleh merasai setiap satu saluran pada payudara. Malah, keadaan tangan yang panas juga dipercayai dapat melancarkan aliran susu yang tersumbat.

Apabila keadaan bengkak pada payudara sudah berkurangan, anda boleh memilih cara hilangkan bengkak susu cara tradisional menggunakan pam susu. Namun, pastikan anda menggunakan mod mengepam yang paling ringan. 

Perahan susu untuk bayi.
Susu bayi.

Jangan ambil mudah masalah bengkak susu

Bengkak susu berketul bukanlah satu perkara yang boleh dianggap sebagai satu perkara remeh. Walaupun ia bukan satu masalah kesihatan yang memerlukan rawatan di hospital. Tetapi keadaan ini, jika dibiarkan boleh mendatangkan risiko bahaya kepada ibu. 

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Jadi kepada ibu yang menyusukan bayi, pastikan kerap melakukan sesi penyusuan badan kepada bayi. Tidak ada sebarang jadual penyusuan bayi.


Susukanlah bayi anda anda 10 hingga 12 kali sehari. Proses penyusuan ini merupakan antara saat untuk memperkukuhkan ikatan kasih sayang dari anda dan bayi. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Milk allergy. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/milk-allergy/symptoms-causes/syc-20375101. Accessed Nov 16, 2021.

Breast Engorgement. https://www.uofmhealth.org/health-library/hw133953. Accessed Nov 16, 2021.

Breast Engorgement. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/breast-engorgement. Accessed Nov 16, 2021.

Treatment for breast engorgement (overfull, hard, painful breasts) in breastfeeding women. https://www.cochrane.org/CD006946/PREG_treatment-breast-engorgement-overfull-hard-painful-breasts-breastfeeding-women. Accessed Nov 16, 2021.

Engorgement. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/breastfeeding/Pages/Engorgement.aspx. Accessed Nov 16, 2021.

Versi Terbaru

11/10/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Masa Menyusu, Ibu Mungkin Alami 9 Masalah Penyusuan Ini

11 Posisi Penyusuan Untuk Mama Pilih Semasa Menyusukan Bayi


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 11/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan