Alamak! Tiba-tiba anak susah berak? Ibu ayah mana yang tidak risau jika si manja anda mengalami situasi seperti ini bukan?
Artikel Ditaja Oleh 
Alamak! Tiba-tiba anak susah berak? Ibu ayah mana yang tidak risau jika si manja anda mengalami situasi seperti ini bukan?

Masalah anak susah berak atau sembelit bukanlah perkara luar biasa dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya ketika mereka sedang membesar dan meneroka pelbagai jenis makanan.1
Namun, jika tidak ditangani dengan betul, ia boleh menjejaskan keselesaan harian si kecil anda.
Jadi, adakah normal jika anak tidak membuang air besar setiap hari? Dan kenapa sembelit sering terjadi kepada si manja anda? Teruskan pembacaan anda untuk ketahui lebih lanjut mengenai hal ini!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Sebelum anda mengetahui petua anak susah berak, adalah lebih baik anda memahami tentang punca kenapa anak susah nak berak terlebih dahulu.
Sebenarnya, ada banyak perkara yang boleh menjadi penyebab kenapa anak susah nak berak seperti:
Sembelit boleh disebabkan oleh kekurangan cecair dan menjadi penyebab anak susah berak.2
Terdapat pelbagai sebab mengapa anak anda mungkin tidak mendapat cecair yang mencukupi:

Sembelit boleh boleh berlaku kepada kanak-kanak disebabkan oleh kekurangan serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin dalam diet mereka.3
Oleh itu, anda perlu menambah makanan ini di dalam pemakanan seharian walaupun mereka sering menolak.3
Punca terjadinya sembelit pada anak disebabkan mereka sering mengabaikan keinginan untuk membuang air besar.4 Si manja berkemungkinan mengalami situasi berikut:
Antara sebab lain yang boleh mengakibatkan sembelit pada anak ialah:

Kenapa anak susah nak berak ya? Perhatikan tanda-tanda di bawah untuk kenalpasti sebab anak susah berak.
Sembelit adalah perkara biasa pada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, pergerakan usus yang normal adalah berbeza bagi setiap kanak-kanak.
Tanda-tanda sembelit pada kanak-kanak termasuk:5
Pastikan anda kenalpasti masalah yang anak anda hadapi seperti:
Sesetengah kanak-kanak tidak membuang air besar setiap hari.5
Selain itu, sesetengah kanak-kanak yang sihat sentiasa mempunyai najis yang sangat lembut.
Ada juga yang mempunyai najis yang keras, tetapi mampu membuangnya tanpa masalah.
Setelah kita kenalpasti punca dan sebab anak susah berak, apa yang ibu bapa boleh lakukan untuk bantu si manja mereka?
Masalah penghadaman si manja anda boleh diselesaikan dengan perkara-perkara di bawah ini:1
Cara mengatasi anak yang susah berak dari aspek perubatan pula adalah:1
Dalam usaha membantu si manja anda mengatasi masalah sembelit, pemilihan susu yang sesuai boleh menjadi pelengkap penting kepada diet harian mereka.
Susu yang diperkaya dengan nutrien seperti galacto-oligosaccharide (GOS), 2′-fucosyllactose (2’-FL), dan Bifidobacterium lactis HN019 dapat membantu menyokong keseimbangan mikrobiota usus serta sistem pertahanan tubuh si manja.
Lebih menarik lagi, Susu Friso® Gold diformulasi khas dengan NOVAS Signature Milk yang berstruktur halus dan lembut sementara teknologi LocNutri berfungsi mengekalkan nutrien dalam struktur aslinya melalui teknologi pemprosesan tunggal yang menggunakan suhu rendah, sekali gus dapat memudahkan proses penyerapannya dan penghadaman.
Dengan teknologi ini, Friso® Gold secara efektifnya mengekalkan lebih 90% nutrien semula jadinya dalam bentuk cecair, meningkatkan penghadaman.
Ini dapat memudahkan si manja anda untuk membuang air besar dan kurang berdepan dengan masalah sembelit.

Kini, anda sudah tahu masalah anak susah berak bukanlah perkara luar biasa, tetapi ia tidak boleh diabaikan. Masalah kenapa anak susah nak berak boleh berpunca daripada pemakanan, kurang cecair, perubahan rutin atau perkembangan usus yang masih belum matang.
Sebagai ibu bapa, penting untuk memerhati tanda-tanda awal seperti najis keras, anak meneran kuat, atau tidak membuang selama beberapa hari.
Artikel ini bertujuan untuk maklumat umum sahaja dan tidak menggantikan nasihat perubatan. Sila rujuk doktor atau profesional kesihatan untuk diagnosis dan rawatan yang tepat.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
26/09/2025
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa