backup og meta

Artikel Ditaja Oleh Friso Gold

Anak Sukar Buang Air Besar? Ini Punca dan Cara Mudah Untuk Atasinya!

Alamak! Tiba-tiba anak susah berak? Ibu ayah mana yang tidak risau jika si manja anda mengalami situasi seperti ini bukan?

Anak Sukar Buang Air Besar? Ini Punca dan Cara Mudah Untuk Atasinya!

Masalah anak susah berak atau sembelit bukanlah perkara luar biasa dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya ketika mereka sedang membesar dan meneroka pelbagai jenis makanan.1 

Namun, jika tidak ditangani dengan betul, ia boleh menjejaskan keselesaan harian si kecil anda. 

Jadi, adakah normal jika anak tidak membuang air besar setiap hari? Dan kenapa sembelit sering terjadi kepada si manja anda? Teruskan pembacaan anda untuk ketahui lebih lanjut mengenai hal ini!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Kenapa sembelit berlaku? Ketahui puncanya! 

Sebelum anda mengetahui petua anak susah berak, adalah lebih baik anda memahami tentang punca kenapa anak susah nak berak terlebih dahulu. 

Sebenarnya, ada banyak perkara yang boleh menjadi penyebab kenapa anak susah nak berak seperti: 

  • Dehidrasi, penyebab sembelit 

Sembelit boleh disebabkan oleh kekurangan cecair dan menjadi penyebab anak susah berak.2

Terdapat pelbagai sebab mengapa anak anda mungkin tidak mendapat cecair yang mencukupi:

  • Mempunyai penyakit seperti selesema, tekak atau jangkitan telinga
  • Kanak-kanak tidak mendapat sumber minuman atau cecair yang mencukupi
  • Kekurangan cecair boleh menyebabkan najis anak anda lebih keras dan sukar untuk ditolak
  • Kekurangan serat

anak susah berak
Buah-buahan dan sayur-sayuran penting untuk menggalakkan kesihatan usus.

Sembelit boleh boleh berlaku kepada kanak-kanak disebabkan oleh kekurangan serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin dalam diet mereka.3

Oleh itu, anda perlu menambah makanan ini di dalam pemakanan seharian walaupun mereka sering menolak.3

  • Mengabaikan keinginan untuk menggunakan tandas

Punca terjadinya sembelit pada anak disebabkan mereka sering mengabaikan keinginan untuk membuang air besar.4 Si manja berkemungkinan mengalami situasi berikut:

  • Tidak bersedia untuk latihan tandas
  • Sedang belajar mengawal pergerakan usus
  • Pernah mengalami pembuangan air besar yang menyakitkan dan mengelak ke tandas
  • Tidak mahu menggunakan tandas sekolah atau awam

Antara sebab lain yang boleh mengakibatkan sembelit pada anak ialah:

  • Penyakit usus, seperti yang menjejaskan otot atau saraf usus
  • Keadaan perubatan lain yang menjejaskan usus
  • Penggunaan ubat-ubatan tertentu

Kenapa anak susah nak berak?

anak susah berak
Kenali sebab anak susah berak

Kenapa anak susah nak berak ya? Perhatikan tanda-tanda di bawah untuk kenalpasti sebab anak susah berak.

Sembelit adalah perkara biasa pada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, pergerakan usus yang normal adalah berbeza bagi setiap kanak-kanak.

Tanda-tanda sembelit pada kanak-kanak termasuk:5

  1. Buang air besar kurang daripada 3 kali dalam seminggu
  2. Sukar untuk membuang air besar dan tahi yang lebih besar daripada biasa
  3. Najis kering, keras, berketul atau seperti pelet
  4. Angin dan najis berbau luar biasa
  5. Anak anda mungkin kurang mempunyai lapar seperti kebiasaan
  6. Sakit perut 
  7. Tanda-tanda sembelit lain ialah anak anda kurang tenaga dan agak pemarah.
  8. Meneran lebih daripada biasa untuk membuang air besar

Pastikan anda kenalpasti masalah yang anak anda hadapi seperti: 

Sesetengah kanak-kanak tidak membuang air besar setiap hari.5

Selain itu, sesetengah kanak-kanak yang sihat sentiasa mempunyai najis yang sangat lembut. 

Ada juga yang mempunyai najis yang keras, tetapi mampu membuangnya tanpa masalah.

3 Cara mengatasi anak yang susah berak  

Setelah kita kenalpasti punca dan sebab anak susah berak, apa yang ibu bapa boleh lakukan untuk bantu si manja mereka? 

Masalah penghadaman si manja anda boleh diselesaikan dengan perkara-perkara di bawah ini:1

  • Bijirin oat, gandum atau barli juga boleh membantu melancarkan penghadaman anak anda. Tetapi, bijirin beras boleh menyebabkan sembelit pada sesetengah kanak-kanak
  • Anda boleh mandikan anak anda dengan air suam atau membawa mereka menunggang basikal bagi membantu merangsang usus untuk bergerak
  • Hubungi profesional kesihatan anak anda sebelum memberi mereka julap, minyak mineral kanak-kanak, atau enema untuk merawat masalah anak sembelit

Cara mengatasi anak yang susah berak dari aspek perubatan pula adalah:1

  • Berikan anak anda ubat berdasarkan saranan doktor
  • Periksa suhu anak anda menggunakan termometer rektum digital. Letakkan sedikit jeli petroleum pada bahagian hujung sebelum dimasukkan ke dalam rektum. Mengambil suhu rektum boleh merangsang anak untuk membuang najis

Susu juga berperanan, bantu anak lebih lawas!

Dalam usaha membantu si manja anda mengatasi masalah sembelit, pemilihan susu yang sesuai boleh menjadi pelengkap penting kepada diet harian mereka.

Susu yang diperkaya dengan nutrien seperti galacto-oligosaccharide (GOS), 2′-fucosyllactose (2’-FL), dan Bifidobacterium lactis HN019 dapat membantu menyokong keseimbangan mikrobiota usus serta sistem pertahanan tubuh si manja. 

Lebih menarik lagi, Susu Friso® Gold diformulasi khas dengan NOVAS Signature Milk yang berstruktur halus dan lembut sementara teknologi LocNutri berfungsi mengekalkan nutrien dalam struktur aslinya melalui  teknologi pemprosesan tunggal yang menggunakan suhu rendah, sekali gus dapat memudahkan proses penyerapannya dan penghadaman.

Dengan teknologi ini, Friso® Gold secara efektifnya mengekalkan lebih 90% nutrien semula jadinya dalam bentuk cecair, meningkatkan penghadaman.

Ini dapat memudahkan si manja anda untuk membuang air besar dan kurang berdepan dengan masalah sembelit.

anak susah berak
Kesan buruk lain akibat masalah anak sembelit.

Anak susah berak? Bantu pergerakan usus si manja 

Sembelit yang tidak dirawat akan menyukarkan lagi si manja membuang air besar.

Kini, anda sudah tahu masalah anak susah berak bukanlah perkara luar biasa, tetapi ia tidak boleh diabaikan. Masalah kenapa anak susah nak berak boleh berpunca daripada pemakanan, kurang cecair, perubahan rutin atau perkembangan usus yang masih belum matang. 

Sebagai ibu bapa, penting untuk memerhati tanda-tanda awal seperti najis keras, anak meneran kuat, atau tidak membuang selama beberapa hari.

Artikel ini bertujuan untuk maklumat umum sahaja dan tidak menggantikan nasihat perubatan. Sila rujuk doktor atau profesional kesihatan untuk diagnosis dan rawatan yang tepat.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Constipation in children, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/constipation-in-children/symptoms-causes/syc-20354242, Accessed June 30, 2025.
  2. Dehydration, https://www.cedars-sinai.org/health-library/diseases-and-conditions/d/dehydration.html, Accessed June 30, 2025.
  3. Fibre, https://www.nutrition.org.uk/nutritional-information/fibre/, Accessed June 30, 2025.
  4. Urinary Urgency, https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/urinary-urgency, Accessed June 30, 2025.
  5. Constipation, https://gutscharity.org.uk/advice-and-information/symptoms/constipation/, Accessed June 30, 2025.
  6. Is Dairy Milk Good for You?, https://health.clevelandclinic.org/is-milk-good-for-you, Accessed June 30, 2025.

Versi Terbaru

28/08/2025

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Najis Bayi Warna Hijau Sebab Susu Ibu Cair? Ini 9 Punca Sebenarnya!

Baby Tak Berak Sebab Sembelit? Ini 6 Cara Ibu Bapa Boleh Buat Untuk Atasinya!


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Dikemas kini 28/08/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan