backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Waktu Sesuai Jus Epal Diberi kepada Anak

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/07/2023

    Waktu Sesuai Jus Epal Diberi kepada Anak

    Nak berikan anak jus epal? Tapi bilakah masa yang sesuai untuk memberikannya? Jawapannya ada dalam artikel ini…

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Waktu sesuai berikan jus epal kepada anak

    Jus merupakan minuman yang mudah dan sesuai untuk diminum oleh anak-anak kerana mempunyaipelbagai vitamin dan mineral.

    Walaubagaimanapun, anda perlu memberi perhatian dan pertimbangan yang lebih ketika memberi anak anda minum jus terutamanya kepada yang lebih kecil.

    Jus bagus untuk anak-anak yang kerap sembelit

    Ramai pakar pediatrik menyarankan anda untuk memberikan anak anda campuran jus epal merah dan air untuk melegakan sembelit.

    jus epal

    Namun harus diingatkan bahawa jus perlu 100% asli dan tiada tambahan gula atau perasa selain pastikan susu itu telah dipasteur.

    Berbincanglah dengan doktor, pakar diet atau pakar pediatrik anda sebelum memberikan sebarang jenis jus kepada anak anda untuk mengelakkan bahaya kepada badan anak anda.

    Jangan mengambil nasihat daripada orang yang tidak berpengalaman atau orang yang tidak berlatarbelakang perubatan.
    Mereka mungkin mempunyai niat yang baik tetapi nasihat yang salah lebih mendatangkan keburukan daripada kebaikan.

    Jangan beri jus epal kepada bayi berumur 8 bulan ke bawah

    Ramai pakar pediatrik percaya bahawa anak berumur 8 bulan ke bawah tidak seharusnya diberikan sebarang jenis jus.

    Sebaliknya bayi dalam linkungan umur ini perlu diberikan buah-buahan dan sayur-sayuran yang dikisar untuk memastikan mereka mempunyai nutrisi yang mencukupi.

    Selain itu, jangan beri anak anda jus sehingga dia sudah boleh minum daripada cawan bayi.

    Namun, anda perlu memastikan jus tersebut telah dikisar dan dihaluskan sepenuhnya terlebih dahulu.

    jus epal

    Minum terlalu banyak jus juga boleh menyebabkan hilang keinginan minum air selain mereputkan gigi.

    Oleh itu, anda hanya boleh beri anak anda minum jus di dalam botol sekiranya doktor anda mengizinkan bagi tujuan melegakan sembelit di dalam badan anak anda.

    Jus tidak mempunyai nutrisi yang mencukupi

    Bayi yang baharu lahir memerlukan vitamin, mineral, protein dan lemak setiap hari untuk membesar dengan sihat.

    Penting untuk anda mengetahui kepentingan susu badan dan susu formula sebagai sumber utama kalori anak anda.

    Jika anak anda minum terlalu banyak jus, dia akan mula menolak untuk minum susu badan dan susu formula.

    Baca juga:

    Keburukan jus

    Minum terlalu banyak jus boleh menyebabkan kesan jangka masa panjang seperti malnutrisi atau anemia yang boleh merosakkan enamel gigi sekaligus mereputkan gigi.

    Jika anak anda minum lebih daripada 12 fl oz jus buah-buahan dalam sehari, nescaya akan menyebabkan anak anda bantut dan obesiti.

    Jus buah-buahan juga mempunyai kandungan fruktosa tinggi yang boleh menyebabkan kegelisahan, angin dalam badan serta ketidakselesaan pada perut bagi bayi yang baharu lahir.

    Jus yang tidak dipasteur juga mempunyai bakteria seperti E-coli atau Salmonella.

    Minum terlalu banyak jus akan menyebabkan anak anda hilang keinginan untuk minum air lantas meninggikan risiko dehidrasi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan