brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Bayi 6 Bulan Makan Berapa Kali Sehari? Ini Cara Nak Tahu Bayi Kenyang Atau Lapar!

Bayi 6 bulan makan berapa kali sehari ya? Itu pastinya antara persoalan bermain di minda para ibu apabila memikirkan mengenai aspek pemakanan si manja.

Bayi 6 Bulan Makan Berapa Kali Sehari? Ini Cara Nak Tahu Bayi Kenyang Atau Lapar!

Dalam perkongsian artikel ini, ada jawapan bayi 6 bulan makan berapa banyak dan bayi makan berapa kali sehari! 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Bayi 6 bulan makan berapa kali sehari? Bayi 6 bulan makan berapa banyak?

Bayi tahu bila saat mereka lapar atau kenyang. Pastikan anda hanya memberikan si manja menyusu atau makan setiap kali mereka lapar.

Umumnya, bayi yang diberi susu ibu perlu menyusu antara 8-12 kali sehari – 10-15 minit bagi sebelah payudara setiap penyusuan.

Bayi yang diberi susu formula hendaklah menyusu 6-10 kali sehari, termasuk pada waktu malam. 

Menambah makanan dalam botol susu seperti bijirin beras untuk membuatkan bayi tidur pada waktu malam adalah tidak digalakkan.

Selain risiko tercekik, ia juga boleh menyebabkan penambahan berat secara berlebihan dan mengurangkan pengambilan nutrien penting.

Apabila bayi mula mengambil makanan pejal, mereka akan kurang menyusu. Secara beransur-ansur tingkatkan jumlah pemakanan si manja yang ditawarkan dan kurangkan sesi penyusuan.

Bayi 6 bulan makan berapa kali sehari? Fahami tanda lapar atau kenyang 

Bayi boleh menangis atau meragam apabila lapar, letih, kecewa, tidak selesa, perlu menukar lampin atau bersendawa.

Beberapa tanda umum bayi lapar seperti:

  • Mencebik bibir
  • Mencengkam atau bersandar ke arah payudara atau botol
  • Menunjuk pada sudu, makanan atau tangan penyuap
  • Menggerakkan tangan ke mulut atau menghisap tangan sendiri

Apabila isyarat di atas tidak diendahkan, bayi akan menjadi marah, meragam atau menangis.

Antara tanda bayi sudah kenyang:

  • Melepaskan botol, payudara atau mengelakkan sudu
  • Tertidur
  • Mengubah posisi, menggelengkan kepala, menutup mulut
  • Menyerahkan makanan kembali kepada penyuap

Bayi 6 bulan makan berapa kali sehari? Ini panduannya

Bayi 6 bulan makan berapa banyak? Berikut panduan ringkas pemakanan si manja untuk tahun pertama:

  • Mulakan dengan saiz hidangan kecil bagi setiap pengenalan makanan pejal baharu
  • Mulakan dengan bubur kosong dahulu sebelum dicampur sayuran, buah atau daging
  • Tunggu 3-5 hari sebelum memperkenalkan makanan baharu untuk menilai kemungkinan tindak balas alahan, seperti cirit-birit, muntah atau ruam. Jika berlaku, lakukan pemeriksaan dengan pakar pediatrik
  • Jika ingin membuat puri, pilihlah kacang pis atau ubi keledek. Jangan tambah garam, gula atau bahan perasa
  • Daging dan sayuran mengandungi lebih banyak nutrien 
  • American Academy of Pediatrics tidak menyarankan untuk memberi jus buah-buahan kepada bayi di bawah usia setahun
  • Bayi yang sihat biasanya tidak memerlukan air tambahan, kecuali apabila cuaca sangat panas. Jika makanan pejal telah diperkenalkan, air tambahan selalunya diperlukan
  • Apabila bayi sudah boleh memasukkan tangan atau objek ke mulut – bulan ke 9-12 – anda boleh mengurangkan makanan puri dan menawarkan finger food. Pastikan ia dipotong kecil untuk mengelakkan tercekik
bayi 6 bulan makan berapa kali sehari
Anak perlu diperkenalkan kepada banyak rasa dan tekstur makanan.
  • Hadkan masa makan kepada 15-20 minit dan kurangkan gangguan seperti menonton TV
  • Kebanyakan bayi perlu makan 3-6 kali sehari – 3 hidangan utama, 2-3 snek
  • Makanan yang baik untuk bayi adalah makanan kaya dengan tenaga, protein, vitamin dan mineral seperti:
    • Daging lembu, ayam, itik
    • Ikan 
    • Buah-buahan berwarna-warni
    • Sayur-sayuran
  • Elakkan:
  • Makanan pedas, masin dan bergula
  • Makanan berisiko untuk tercekik seperti kacang, bijian, bertih jagung, kerepek, anggur tidak dipotong, kepingan sosej dan makanan melekit seperti marshmallow
  • Bayi 6 bulan makan berapa kali sehari: Saiz hidangan

    Berikut adalah jadual waktu makan bayi 6 bulan.

    0-4 bulan

    • Susu ibu atau formula bayi: 2-4 auns; 8-12 kali sehari
    bayi 6 bulan makan berapa kali sehari
    Bayi bawah 12 bulan perlu minum susu ibu.

    Pemakanan bayi 4-6 bulan

    • Susu ibu atau formula bayi: 6-8 auns; 4-6 kali sehari
    • Bijirin bayi: 1-2 sudu besar

    Pemakanan bayi 6-8 bulan

    • Susu ibu atau formula bayi: 6-8 auns; 3-5 kali
    • Bijirin bayi: 2-4 sudu besar
    • Kraker: 2 keping; roti: ½ keping
    • Jus atau air: 0-3 auns
    • Buah atau sayur: 2-3 sudu besar
    • Daging atau kekacang: 1-2 sudu besar

    Pemakanan bayi berusia 8-12 bulan

    • Susu ibu atau formula bayi: 6-8 auns; 3-4 kali sehari
    • Keju: ½ auns atau yogurt: ½ cawan
    • Bijirin bayi: 2-4 sudu besar, roti: ½ keping, kraker: 2 keping atau pasta: 3-4 sudu besar
    • Jus atau air: 3 auns
    • Buah atau sayur: 3-4 sudu besar
    • Daging atau kekacang: 3-4 sudu besar

    Jika terdapat keraguan mengenai jumlah bayi 6 bulan makan berapa kali sehari atau sebarang pertanyaan mengenai pemakanan mereka seperti bayi 6 bulan makan berapa banyak, berundinglah dengan doktor untuk lebih kepastian. 

    Kenali tanda-tanda umum pada anak anda!

    Ini kerana sangat penting untuk ibu bapa mengetahui sama ada bayi sedang lapar atau kenyang sebelum memutuskan sama ada untuk memberikan mereka makan atau tidak!
    medical
    Dr. Ahmad Wazir Aiman
    Disemak secara perubatan oleh
    Dokter Umum · Hello Health Group
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/02/2025