backup og meta

Fahami Keperluan Kalori Bayi Cukup Bulan Dan Pramatang, BAHAYA Jika Tak Mencukupi!

Ditulis oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Disemak pada 28/12/2022

    Fahami Keperluan Kalori Bayi Cukup Bulan Dan Pramatang, BAHAYA Jika Tak Mencukupi!

    Tahukah anda terdapat keperluan perbezaan kalori bagi bayi tak cukup bulan dan si comel yang dilahirkan matang (cukup bulan)? 

    Menerusi perkongsian artikel ini, anda sebagai ibu bapa akan dapat memahami mengenai perbezaan tersebut dalam proses tumbesaran bayi.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Perbezaan bayi tak cukup bulan

    Kelahiran anak yang dikandung dengan penuh kasih sayang adalah satu anugerah Tuhan cukup istimewa. Apatah lagi jika kandungan tersebut merupakan kehamilan yang sekian lama dinanti. 

    Namun terdapat keadaan di mana bayi yang dikandungkan itu tidak sempat sampai ke tempoh matang sebelum dilahirkan ke dunia. 

    Sekali gus, si kecil tersebut ditakrifkan sebagai bayi tak cukup bulan atau pramatang dan terdapat perbezaan dalam aspek penjagaannya berbanding si comel cukup bulan (kehamilan penuh) yang lain. 

    Salah satu aspek utama yang dibezakan antara kedua-dua populasi bayi ini adalah dari segi keperluan kalori mereka.  

    bayi tak cukup bulan

    0- 2 tahun: Tempoh genting proses tumbesaran bayi

    Tempoh waktu selepas lahir hingga usia 2 tahun adalah fasa yang sangat genting dalam proses tumbesaran bayi. Tempoh waktu ini juga menyaksikan anjakan tumbesaran yang mendadak pada si kecil. 

    Pemberian nutrisi mencukupi dalam tempoh ini akan membantu bayi untuk membesar dengan baik, di samping menyokong perkembangan otak dan sistem muskuloskeletal yang sihat. 

    Sebaliknya, jika terdapat gangguan nutrisi yang berlarutan dalam tempoh ini, bayi akan terdedah kepada risiko penyakit metabolik, gangguan intelektual dan juga kesihatan reproduktif di masa akan datang. 

    Kesan defisit kalori pada tumbesaran bayi

    Apabila pengambilan kalori bayi tidak mencukupi, ia akan dizahirkan melalui bacaan parameter tumbesaran mereka. 

    Parameter pertama yang akan mula terencat adalah dari segi berat bayi. Berat bayi akan menurun dan tidak berada pada tahap yang sepatutnya mengikut umur mereka. 

    Jika masih berlaku ketidakcukupan kalori yang berpanjangan, parameter seterusnya yang akan terencat adalah panjang atau ketinggian bayi tersebut. 

    Ukur lilit kepala bayi adalah ukuran terakhir yang akan susut kerana badan mereka akan cuba sedaya upaya untuk membekalkan nutrisi mencukupi untuk perkembangan otak. 

    Baca juga:

    Terdapat perbezaan keperluan kalori harian di antara bayi pramatang dan juga si kecil yang dilahirkan cukup bulan.

    Perbezaan ini disebabkan oleh keperluan tambahan bayi tak cukup bulan dalam mengejar defisit tumbesaran mereka. 

    Untuk bayi matang, keperluan kalori harian mereka adalah 110 sehingga 115 Kcal/Kg/Sehari bagi tempoh 6 bulan pertama. Bagi usia yang sama, bayi pramatang pula memerlukan sekitar 120 hingga 140 Kcal/Kg/Sehari. 

    Keperluan kalori mungkin akan menjadi lebih tinggi untuk bayi yang mempunyai masalah kesihatan kronik. Ini kerana keadaan kesihatan seperti itu akan membakar lebih banyak kalori. 

    Mengejar defisit kalori dalam bayi tak cukup bulan

    Bagi mencapai sasaran kalori tambahan ini, terdapat dua kaedah utama yang boleh digunakan:

    Tambahan Human Milk Fortifier (HMF) pada susu badan yang telah diperah (EBM)

    Di hospital, doktor akan menyarankan penambahan HMF pada susu badan ibu yang telah diperah sebelum diberikan kepada bayi pramatang. 

    bayi tak cukup bulan

    Preskripsi ini lazimnya diberikan untuk bayi bawah usia 32 minggu atau kurang daripada 1,500 gram. 

    HMF adalah protein daripada susu lembu yang telah dipecahkan kepada cebisan lebih kecil. 

    Proses pemecahan (hydrolysation) ini akan memudahkan penyerapan zat untuk bayi pramatang, menambah kalori dan juga mengurangkan tindak balas alahan. 

    Pemberian susu formula pramatang

    Jika EBM tidak dapat diperolehi, alternatif lain adalah untuk menggunakan susu formula pramatang. Beza dengan susu formula biasa, ia mengandungi lebih banyak kalori. 

    Kegagalan untuk membesar adalah satu keadaan yang perlu diberi perhatian serius kerana ia mampu mengakibatkan kesan jangka panjang. 

    Jika mempunyai sebarang kerisauan dan persoalan tentang keadaan dan proses tumbesaran bayi anda, dapatkan konsultasi daripada doktor pediatrik untuk lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Disemak pada 28/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan