Tahukah anda terdapat keperluan perbezaan kalori bagi bayi tak cukup bulan dan si comel yang dilahirkan matang (cukup bulan)?
Menerusi perkongsian artikel ini, anda sebagai ibu bapa akan dapat memahami mengenai perbezaan tersebut dalam proses tumbesaran bayi.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Perbezaan bayi tak cukup bulan
Kelahiran anak yang dikandung dengan penuh kasih sayang adalah satu anugerah Tuhan cukup istimewa. Apatah lagi jika kandungan tersebut merupakan kehamilan yang sekian lama dinanti.
Namun terdapat keadaan di mana bayi yang dikandungkan itu tidak sempat sampai ke tempoh matang sebelum dilahirkan ke dunia.
Sekali gus, si kecil tersebut ditakrifkan sebagai bayi tak cukup bulan atau pramatang dan terdapat perbezaan dalam aspek penjagaannya berbanding si comel cukup bulan (kehamilan penuh) yang lain.
Salah satu aspek utama yang dibezakan antara kedua-dua populasi bayi ini adalah dari segi keperluan kalori mereka.
0- 2 tahun: Tempoh genting proses tumbesaran bayi
Tempoh waktu selepas lahir hingga usia 2 tahun adalah fasa yang sangat genting dalam proses tumbesaran bayi. Tempoh waktu ini juga menyaksikan anjakan tumbesaran yang mendadak pada si kecil.
Pemberian nutrisi mencukupi dalam tempoh ini akan membantu bayi untuk membesar dengan baik, di samping menyokong perkembangan otak dan sistem muskuloskeletal yang sihat.
Sebaliknya, jika terdapat gangguan nutrisi yang berlarutan dalam tempoh ini, bayi akan terdedah kepada risiko penyakit metabolik, gangguan intelektual dan juga kesihatan reproduktif di masa akan datang.
[embed-health-tool-vaccination-tool]
Kesan defisit kalori pada tumbesaran bayi
Apabila pengambilan kalori bayi tidak mencukupi, ia akan dizahirkan melalui bacaan parameter tumbesaran mereka.
Parameter pertama yang akan mula terencat adalah dari segi berat bayi. Berat bayi akan menurun dan tidak berada pada tahap yang sepatutnya mengikut umur mereka.
Jika masih berlaku ketidakcukupan kalori yang berpanjangan, parameter seterusnya yang akan terencat adalah panjang atau ketinggian bayi tersebut.
Ukur lilit kepala bayi adalah ukuran terakhir yang akan susut kerana badan mereka akan cuba sedaya upaya untuk membekalkan nutrisi mencukupi untuk perkembangan otak.
Baca juga: