Ibu Ayah Jangan Panik Bila Bayi Jatuh Katil, Buat 5 Langkah Ini Dulu & Kenal Pasti Tanda Bahaya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/01/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Apabila bayi jatuh katil, pasti anda jadi kelam-kabut, adakalanya sampai tidak tahu nak buat apa, bukan? Ini 5 langkah penjagaan yang perlu anda lakukan.

Alamak! Bayi jatuh katil

Pastinya hati seorang ibu (dan bapa) akan berasa kasihan apabila bayi terjatuh dari katil, kerusi mahupun sebarang tempat tinggi.

Di Malaysia, boleh dikatakan kebanyakan bayi tidur bersama ibu bapanya. Keadaan ini berbeza dengan negara luar yang kerap mempraktikkan tidur berasingan sejak dari bayi. 

Jadi, isu bayi jatuh katil, khususnya katil dewasa adalah perkara yang sering berlaku. 

Sama ada anda melihat dengan sendiri si manja terjatuh dan bergegas cuba menyelamatkan mereka, atau hanya sedar selepas dengar bunyi terjatuh, ia sudah tentu membuatkan anda rasa bersalah.

Dalam keadaan panik, persoalan paling utama akan menerjah fikiran anda, “Apa yang perlu anda lakukan?”

Bayi jatuh katil, ini 5 langkah penjagaan ibu perlu buat

Terjatuh dari katil dewasa bukan sahaja boleh menjejaskan keadaan si manja akibat hentakan ke lantai, namun wujud risiko bahaya lain.

Bayi anda mungkin terjatuh ke atas barang-barang seperti timbunan pakaian atau beg plastik.

Sekiranya si manja terjatuh dari katil, lakukan langkah penjagaan ini dengan segera:

#1. Angkat dengan segera

langkah penjagaan

Jatuh sudah tentu akan memberi impak sakit kepada individu yang mengalaminya, tanpa mengira usia.

Apabila si manja jatuh, mereka pastinya akan terkejut dan menangis. Tambah mengejutkan bayi jika anda turut menjerit saat melihat mereka terjatuh.

Jadi perkara paling penting untuk anda lakukan adalah segera angkat dan mendukung mereka. Berikan kucupan dan usaplah badan si manja untuk membantu menenangkan diri mereka.

#2. Periksa badan

Apabila keadaan bayi jatuh katil sudah tenang, anda disarankan untuk memeriksa bahagian kepala dan badan si manja.

Ini bagi melihat jika terdapat sebarang kecederaan, benjolan, pendarahan, luka atau calar.

Jangan pula anda terus memeriksa badan si manja saat mereka masih lagi menangis, atau ia hanya menjadi kerja yang sia-sia kerana anda akan berdepan kesukaran untuk melakukannya.

Sekiranya terdapat benjolan, anda boleh cuba untuk merawatnya dengan merendamkan sehelai kain bersih dengan air suam dan dituamkan di bahagian tersebut.

Sebaiknya, elakkan daripada menggunakan sebarang minyak atau krim, kerana wujud risiko untuk si manja mengalami kerengsaan kulit.

Jika terdapat luka berdarah, lap dan tekankan bahagian tersebut dengan kain bersih selama 10 minit.

Sekiranya pendarahan berterusan dan tidak berhenti, sila bawa bayi anda untuk mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera. 

#3. Berikan susu

Seandainya anda berjaya melakukan langkah penjagaan #1 dan #2 dengan baik tanpa sebarang masalah, anda boleh menyusukan si manja, sama ada susu badan mahupun susu formula. 

Dalam keadaan yang kenyang selepas menyusu, ia akan memudahkan proses untuk bayi tidur kembali. 

jangan-panik-bila-bayi-jatuh-katil-buat-5-langkah-ini

#4. Kenal pasti tanda bahaya

Walaupun bayi anda mungkin sudah berhenti merengek dan menangis serta berjaya ditidurkan kembali, namun anda masih perlu berwaspada.

Kenal pasti tanda-tanda tidak normal yang mungkin dialami bayi selepas terjatuh dari katil seperti:

Jangan panik wahai ibu sekalian. Bertenang dan segera bawa si manja untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dengan doktor bagi mengenal pasti keadaan mereka.

#5. Hindari aktiviti lasak

Dalam keadaan yang tidak berbahaya, apabila bayi jatuh katil, mereka mungkin akan cenderung mengantuk dan kurang daya tumpuan.

Terdapat kemungkinan juga wujud kesakitan pada bahagian kepala atau leher yang berterusan untuk tempoh masa beberapa hari. 

Anda mungkin tidak perlu bimbang dengan keadaan itu jika si manja masih aktif seperti biasa. Tetapi pastikan mereka mendapat rehat yang mencukupi.

Buat seketika, elakkan sebarang aktiviti yang dikategorikan sebagai lasak. 

Jika mereka mengalami perubahan pada pola tidur, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rundingan daripada pakar kanak-kanak. 

Tingkatkan langkah pencegahan

langkah penjagaan

Bayi jatuh katil bukanlah 1 perkara yang menggembirakan.

Tetapi apabila ia berlaku, pastinya secara tidak langsung akan meningkatkan kesedaran anda untuk mencegah perkara ini daripada berulang, bukan?

Dalam apa jua keadaan, seorang bayi atau kanak-kanak yang masih kecil, tidak sepatutnya dibiarkan sendirian di atas katil dewasa tanpa pemantauan. 

Selain berdepan risiko terjatuh dari katil, mereka juga mungkin boleh terhantuk dinding berhampiran katil atau terperangkap bersama barangan lain.

Pemeriksaan doktor

Bertindak segera dan sentiasa memantau keadaan si manja – ini dapat mengurangkan kesan risiko akibat bayi jatuh katil.

Anda mungkin perlu memerhatikan perkembangan bayi untuk tempoh beberapa bulan bagi memastikan kesan jangka panjang daripada kecederaan otak tidak berlaku.

Jika wujud kebimbangan dan keraguan mengenai keadaan si manja, rujuklah doktor bagi mendapatkan kepastian.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ibu, Jangan Pandang Remeh Jika Anak Menangis Tak Keluar Air Mata! Ada 4 Punca Kena Pantau

Kalau anda nak tahu, bayi yang baru lahir kebiasaannya menangis tak keluar air mata. Ia boleh jadi normal atau disebabkan oleh masalah kesihatan seperti...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Mood Nak Bersetubuh Hilang Sebab Ada Benjolan Pada Alat Sulit? Ini 13 Punca Kenapa Ia Berlaku

Ramai menganggap punca benjolan pada kemaluan adalah disebabkan oleh penyakit kelamin. Apa yang anda perlu faham adalah terdapat punca lain.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kesihatan Seksual, STI & STD Lain 28/07/2020 . 3 minit bacaan

Si Manja Ibu Asyik Lena Saja, Ada 5 Situasi Mak Ayah Perlu Kejut Bayi Jika Tidur Lama

Dari pagi sampai petang, bayi sering tidur normalkah? Wujudkah masalah jika si manja tidur terlalu banyak dan apakah waktu tidur bayi yang sesuai?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Bayi, Keibubapaan, Tahun Pertama Bayi 10/06/2020 . 3 minit bacaan

Susu Time! Tapi Bagaimana Nak Bangunkan Bayi Untuk Menyusu? Jom cuba 7 Kaedah Ini!

Eh, pukul 1 petang, sudah waktu penyusuan tetapi si comel masih tidur. Ini cara bangunkan bayi untuk menyusu boleh ibu cuba.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Bayi, Keibubapaan, Penjagaan Bayi 28/04/2020 . 4 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

bayi tidur berdengkur

Terkejut Dengar Bayi Berdengkur Kuat, Bahaya Ibu Jika Ia Muncul Bersama Simptom Lain!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan
bayi menangis

Bayi Kerap Menangis Kerana Ada Gangguan? Ini Penjelasan Saintifik & 17 Cara Pujuk Si Manja

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 30/12/2020 . 3 minit bacaan
cara menidurkan bayi

Mainan Gantung Bayi Tak Dapat Bantu Si Manja Cepat Tidur, Tapi Ada Manfaat Lain!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 21/10/2020 . 3 minit bacaan
penghawa dingin

Selamat Ke Penyaman Udara Untuk Si Manja? Sebelum Buka Aircond Dalam Bilik Bayi, Baca Ini Dulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan