backup og meta

Ibu Ayah, Jangan Cepat Panik Bila Bayi Jatuh Katil Ya? Lakukan 5 Langkah Ini Segera!

Ibu Ayah, Jangan Cepat Panik Bila Bayi Jatuh Katil Ya? Lakukan 5 Langkah Ini Segera!

Majoriti ibu bapa mesti ada pengalaman anak jatuh katil bukan? Apabila bayi jatuh katil, pasti anda akan jadi kelam-kabut sampai tidak tahu mahu buat apa. Ini 5 langkah penjagaan yang perlu anda cuba! 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Alamak, bahayanya jika bayi jatuh katil!

Pastinya hati seorang ibu (dan bapa) akan berasa kasihan apabila bayi terjatuh dari katil, kerusi mahupun sebarang tempat tinggi.

Di Malaysia, boleh dikatakan kebanyakan bayi tidur bersama ibu bapanya. Keadaan ini berbeza dengan negara luar yang kerap mempraktikkan tidur berasingan sejak dari bayi. 

Jadi, isu pengalaman anak jatuh katil, khususnya katil dewasa adalah perkara yang sering berlaku. 

Sama ada anda melihat dengan sendiri si manja terjatuh dan bergegas cuba menyelamatkan mereka, atau hanya sedar selepas dengar bunyi terjatuh, ia sudah tentu membuatkan anda rasa bersalah.

Dalam keadaan panik, persoalan paling utama akan menerjah fikiran anda, “Apa yang perlu anda lakukan?”

Bayi jatuh katil, ini 5 langkah penjagaan ibu perlu buat

Terjatuh dari katil dewasa bukan sahaja boleh menjejaskan keadaan si manja akibat hentakan ke lantai, namun wujud risiko bahaya lain.

Bayi anda mungkin terjatuh ke atas barang-barang seperti timbunan pakaian atau beg plastik.

Sekiranya bayi jatuh katil, lakukan langkah penjagaan ini dengan segera:

#1. Angkat dengan segera

Jatuh sudah tentu akan memberi impak sakit kepada individu yang mengalaminya, tanpa mengira usia.

Apabila si manja jatuh, mereka pastinya akan terkejut dan menangis. Tambah mengejutkan bayi jika anda turut menjerit saat melihat mereka terjatuh.

Jadi perkara paling penting untuk anda lakukan adalah segera angkat dan mendukung mereka. Berikan kucupan dan usaplah badan si manja untuk membantu menenangkan diri mereka.

#2. Periksa badan bayi

Apabila keadaan pengalaman anak jatuh katil sudah tenang, anda disarankan untuk memeriksa bahagian kepala dan badan si manja.

Ini bagi melihat jika terdapat sebarang kecederaan, benjolan, pendarahan, luka, calar atau masalah lebih teruk seperti anak demam selepas jatuh.

bayi jatuh katil
Pengawasan bayi oleh ibu bapa.

Jangan pula anda terus memeriksa badan si manja saat mereka masih lagi menangis, atau ia hanya menjadi kerja yang sia-sia kerana anda akan berdepan kesukaran untuk melakukannya.

Sekiranya terdapat benjolan, anda boleh cuba untuk merawatnya dengan merendamkan sehelai kain bersih dengan air suam dan dituamkan di bahagian tersebut.

Sebaiknya, elakkan daripada menggunakan sebarang minyak atau krim, kerana wujud risiko untuk si manja mengalami kerengsaan kulit.

Jika terdapat luka berdarah, lap dan tekankan bahagian tersebut dengan kain bersih selama 10 minit.

Sekiranya pendarahan berterusan dan tidak berhenti, sila bawa bayi anda untuk mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera. 

#3. Berikan mereka susu

Seandainya anda berjaya melakukan langkah penjagaan #1 dan #2 dengan baik tanpa sebarang masalah, anda boleh menyusukan si manja, sama ada susu badan mahupun susu formula. 

Dalam keadaan yang kenyang selepas menyusu, ia akan memudahkan proses untuk bayi tidur kembali. 

#4. Kenal pasti tanda bahaya anak jatuh terlentang

Walaupun bayi anda mungkin sudah berhenti merengek dan menangis serta berjaya ditidurkan kembali, namun anda masih perlu berwaspada.

Kenal pasti tanda-tanda tidak normal yang mungkin dialami bayi jatuh katil seperti:

  • Sukar bangun tidur
  • Terdapat darah atau cecair kuning keluar dari hidung atau telinga
  • Mual-mual
  • Muntah-muntah
  • Menangis dengan kerap dan nyaring
  • Kekejangan pada wajah
  • Terdapat anggota badan yang tidak boleh digerakkan mereka
  • Pengsan
Perkara berbahaya pada bayi
Perkara yang berbahaya kepada bayi di bawah umur 1 tahun.

Jangan panik wahai ibu sekalian. Bertenang dan segera bawa si manja untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dengan doktor bagi mengenal pasti keadaan mereka.

#5. Hindari aktiviti lasak

Dalam keadaan yang tidak berbahaya, apabila bayi jatuh katil, mereka mungkin akan cenderung mengantuk dan kurang daya tumpuan.

Terdapat kemungkinan juga wujud kesakitan pada bahagian kepala atau leher yang berterusan untuk tempoh masa beberapa hari. 

Anda mungkin tidak perlu bimbang dengan keadaan itu jika si manja masih aktif seperti biasa. Tetapi pastikan mereka mendapat rehat yang mencukupi.

Tip

Elakkan sebarang aktiviti yang dikategorikan sebagai lasak untuk pastikan tiada lagi episod anak jatuh tersembam hidung.

Jika mereka mengalami perubahan pada pola tidur, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rundingan daripada pakar kanak-kanak. 

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Child safety. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/in-depth/child-safety/art-20046124. Accessed on May 15, 2020
  2. Child safety. https://www.mottchildren.org/health-library/ue5136. Accessed on May 15, 2020
  3. Falls sheet. https://kidshealth.org/en/parents/falls-sheet.html. Accessed on May 15, 2020
  4. What to do if your infant falls off the bed. https://health.clevelandclinic.org/what-to-do-if-your-infant-falls-off-the-bed-or-changing-table/. Accessed on May 15, 2020
  5. Fall Prevention For Babies. https://www.safekids.org/safetytips/field_age/babies-0%E2%80%9312-months/field_risks/falls. Accessed on May 15, 2020

Versi Terbaru

17/07/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

9 Cara Terbaik Bantu Si Manja Anda Hilangkan Sedu, No. 4 Paling Berkesan!

Bimbang Anak Tiba-Tiba Kena Sawan Demam? Ini Tindakan Ibu Ayah Perlu Lakukan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan