backup og meta

Minggu 7

Minggu 7

Perkembangan bayi

Kandungan anda kini berkembang pantas dan mencapai saiz buah beri, berukuran kira-kira 1.27 cm.

Kandungan anda sudah mula menyesuaikan diri dengan kehidupan dalam rahim. Dalam minggu ini, tali pusat yang menghubungkan anda dan bayi anda mula terbentuk. Tali pusat membekalkan oksigen dan nutrien daripada darah kepada bayi anda di samping menyingkirkan bahan kumuh daripada bayi. Selain itu, paru-paru, buah pinggang dan saluran gastrousus bayi anda berterusan membentuk. Muka bayi anda juga mula mengambil bentuk. Mata, hidung, mulut dan telinganya membentuk menyerupai anda dan pasangan anda. Anda mungkin berasa teruja ingin melihat rupa bayi anda. Masih terdapat beberapa bulan lagi untuk bertemu bayi anda tidak lama lagi.

Perubahan hidup & tubuh badan

Bagaimanakah perubahan badan saya?

Anda mungkin menyedari perubahan payudara anda. Hormon kehamilan kebiasaannya menyebabkan payudara anda membengkak dan menjadi lembut. Ini disebabkan peningkatan dalam aliran darah ke kawasan payudara dan juga pembentukan lemak. Anda juga akan mendapati puting anda semakin keluar dan kawasan gelap yang dikenali sebagai areola anda, mungkin akan kelihatan lebih gelap dan lebih besar. Ia akan berterusan menjadi semakin gelap dan besar sepanjang tempoh kehamilan. Semua perubahan ini adalah untuk menyediakan payudara untuk penyusuan.

Apakah yang perlu saya beri perhatian?

Ketika dalam trimester pertama, anda mungkin merasa terlalu awal untuk memberitahu orang lain tentang kehamilan anda. Jangan bimbang, rahsia anda selamat bersama kami. Rahim anda semakin membesar dan mungkin menonjol ke luar atau tidak. Jika anda pernah hamil sebelum ini, kemungkinan besar perkembangan rahim anda akan membuat perut anda kelihatan lebih besar daripada dahulu. Ini adalah perkara biasa. Otot dan ligamen abdomen anda pernah berkembang sebelum ini menjadikannya lebih mudah dan lebih cepat berkembang semasa kehamilan kedua. Malangnya, ini juga bermakna anda mungkin merasa sakit belakang dan sakit pelvis lebih awal. Jika anda masih mahu merahsiakan kehamilan anda, cuba pakai pakaian longgar yang sesuai. Anda hanya perlu memberitahu orang lain perihal kehamilan anda apabila anda sudah bersedia.

Pertemuan dengan doktor

Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?

Anda perlu memaklumkan doktor anda jika terdapat sebarang simptom kehamilan yang mengganggu anda atau semakin teruk. Anda mungkin menyedari makanan atau bau tertentu membuatkan anda berasa lebih loya atau membuat anda muntah. Ini dipanggil penolakan makanan disebabkan kehamilan, yang sangat biasa berlaku. Doktor mungkin mencadangkan cara-cara untuk mengurangkan ketidakselesaan anda.

Apakah ujian yang perlu saya tahu?

Anda mungkin mendapatkan temu janji doktor yang pertama atau belum lagi. Jika ya, doktor hanya akan melakukan pemeriksaan biasa pada masa ini. Ini termasuklah mengukur berat badan dan tekanan darah. Anda juga mungkin perlu menjalani ujian air kencing untuk mengesan kandungan gula yang tinggi.

Kesihatan & keselamatan

Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?

Anda mungkin mengalami pelbagai kebimbangan tentang kesihatan dan keselamatan anda dan bayi anda. Berikut adalah beberapa kebimbangan yang mungkin anda risaukan:

  • Penggunaan komputer berlebihan

Apabila pekerjaan anda memerlukan anda menghadap komputer sepanjang hari, anda mungkin bimbang tentang kemungkinan kesan bahaya kepada anda dan bayi anda. Selama bertahun-tahun, ada pendapat yang mengaitkan penggunaan komputer dalam wanita hamil untuk jangka masa panjang dan keguguran. Tetapi teori ini masih belum terbukti dan masih memerlukan kajian lanjut. Tetapi kesan bahaya yang terbukti ialah duduk untuk jangka masa panjang menyebabkan peredaran darah yang lemah. Anda disyorkan untuk berdiri dan berjalan sekurang-kurangnya setiap jam di antara masa skrin komputer. Anda juga boleh meregangkan badan atau turun naik tangga untuk memastikan darah anda dipam.

  • Menghidu asap rokok

Anda perlu mengelakkan kawasan berasap. Jika berada di restoran, minta untuk duduk di kawasan larangan merokok. Asap rokok telah dikaitkan dengan komplikasi dalam plasenta, yang menyebabkan berat kelahiran yang rendah dan mungkin IQ rendah pada bayi. Walaupun komplikasi ini belum lagi terbukti, adalah lebih baik untuk mengelakkan asap rokok sebaik mungkin. Bukan merokok sahaja yang berbahaya kepada bayi tetapi anda juga boleh mendapatkan kesan berbahaya apabila terhidu asap rokok orang lain.

Temui anda pada minggu ke-8! Kami teruja untuk melihat perkembangan anda dan bayi anda.

Hello Health Group tidak menawarkan sebarang nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Poppy seed to pumpkin: How big is your baby? http://www.babycenter.com/slideshow-baby-size. Accessed May 27, 2016.

Pregnancy calendar – Week 7  http://kidshealth.org/parent/pregnancy_center/pregnancy_calendar/week7.html#cat20733. Accessed May 27, 2016.

Your pregnancy: 7 weeks http://www.babycenter.com/6_your-pregnancy-7-weeks_1096.bc. Accessed May 27, 2016.

7 weeks pregnant. http://www.whattoexpect.com/pregnancy/week-by-week/week-7.aspx. Accessed May 27, 2016.

Is it safe to be around computers all day? http://www.babycenter.com/404_is-it-safe-to-be-around-computers-all-day-when-im-pregnant_1245297.bc. Accessed May 27, 2016.

Versi Terbaru

13/01/2022

Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nurul Iftida Basri

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Keputihan Semasa Mengandung Ganggu Keselesaan Bakal Ibu? Amalkan 5 Tip Ini, Berkesan!

Sakit Kepala Sebab Anemia? Amalkan 9 Jenis Makanan Ini Masa Hamil, Hb Akan Naik!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Nurul Iftida Basri

Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser · Disemak pada 13/01/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan