backup og meta

Minggu 10

Minggu 10

Perkembangan bayi

Dalam minggu ini, bayi anda bersaiz seperti buah zaitun yang seberat 7 gram dan kira-kira 2.54 cm dari kepala ke kaki. Pada minggu ke-10, semua organ-organ bayi telah terbentuk tetapi masih memerlukan masa untuk matang sebelum kelahiran.

Tulang dan tulang rawan pada kaki bayi anda sedang terbentuk untuk perkembangan lutut dan buku lali. Pada masa yang sama juga, tangan akan terbentuk dan menjadi kuat. Tulang semakin kuat, dan gigi sedang terbentuk di bawah gusi tetapi tidak akan memecahkan gusi sehinggalah usia bayi sekurang-kurangnya 6 bulan. Sistem lain juga sibuk berkembang seperti sistem penghadaman menghasilkan jus pencernaan manakala buah pinggang mengeluarkan air kencing yang akan dikeluarkan dengan air kencing anda. Jika bayi anda lelaki lelaki, testisnya akan mula menghasilkan hormon lelaki yang dikenali sebagai testosteron.

Perubahan hidup & tubuh badan

Bagaimanakah perubahan badan saya?

Sebelum kehamilan anda, rahim anda kira-kira saiz pir kecil. Minggu ini, ia telah berkembang menjadi sebesar limau gedang. Perut anda akan mula menonjol ke luar, juga dikenali sebagai benjolan bayi ‘baby bump’. Anda mungkin mahu mempertimbangkan pemakaian pakaian ibu mengandung sekarang. Walaupun pakaian materniti mungkin tidak diperlukan, anda mungkin akan berasa tidak selesa dan ketat di bahagian dada. Sebab perut anda lebih besar mungkin disebabkan oleh berat badan yang bertambah sedikit dan kembung perut. Jika anda keliru antara memakai pakaian biasa atau pakaian ibu mengandung, seluar dan skirt dengan bahan elastik (atau pinggang rendah di bawah perut) merupakan cara yang baik untuk memulakannya. 

Apakah yang perlu saya beri perhatian?

Anda mungkin bimbang tentang pertambahan berat badan sewaktu kehamilan. Pertambahan berat badan sewaktu kehamilan adalah perkara semula jadi yang tidak dapat dielakkan. Penting untuk anda mengetahui berapa pertambahan berat badan yang sesuai. Secara umum, anda mungkin bertambah sebanyak 11 kg hingga 16 kg. Ini adalah untuk wanita yang mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) yang normal, yang merupakan ukuran lemak badan berdasarkan berat badan dan ketinggian anda. Jika anda dianggap kurang berat badan, anda boleh bertambah berat badan lebih-lebih lagi sewaktu kehamilan. Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, anda perlu mengehadkan pertambahan berat badan anda untuk mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan.

Dari manakah datangnya semua berat ini? Anda mungkin terfikir daripada perut anda semata-mata, tetapi ianya tidak benar. Berat badan tersebut terbahagi kepada bahagian-bahagian badan anda untuk menyokong badan anda dan untuk memupuk bayi yang sihat. Sebagai contoh, jika anda mendapat kira-kira 15 kg semasa kehamilan, pecahan pengagihan berat badan anda akan menjadi seperti di bawah:

  • Bayi: 3.75 kg
  • Plasenta: 0.75 kg
  • Cecair Amnion: 1 kg
  • Pembesaran rahim: 1 kg
  • Tisu payudara: 1 kg
  • Jumlah darah ibu: 2 kg
  • Cecair dalam tisu ibu: 2 kg
  • Lemak ibu: 3.5 kg

Cuba untuk tidak tertekan dengan kenaikan berat badan anda. Selagi anda mengamalkan diet yang sihat dengan makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, bayi anda akan menyerap semua nutrien yang penting untuk perkembangannya.

Pertemuan dengan doktor

Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?

Adakah anda berasa lebih letih? Ini adalah perkara biasa semasa trimester pertama. Anda perlu memberitahu doktor anda apabila keletihan menjejaskan kerja atau aktiviti harian. Terdapat banyak sebab yang boleh menyebabkan anda berasa lebih letih. Sebab utama kerana badan anda bekerja lebih untuk menyokong bayi yang semakin membesar. Hormon kehamilan menyebabkan darah bertambah dan bentuk badan anda berubah. Memang wajar untuk anda berasa penat. Maklumkan doktor anda perasaan anda dan bagaimana anda tidur. Doktor boleh membantu anda mencari cara untuk menguruskan keletihan.

Apakah ujian yang perlu saya tahu?

Bergantung kepada keperluan khusus anda, doktor mungkin melaksanakan ujian berikut:

  • Mengukur berat badan dan tekanan darah anda;
  • Ujian air kencing untuk tahap gula dan protein;
  • Mengukur kadar jantung janin;
  • Mengukur saiz rahim dengan cara merasa bahagian luar abdomen dan membandingkannya dengan minggu kehamilan
  • Ketinggian bahagian atas rahim;
  • Meneliti bengkak tangan dan kaki, periksa vena varikos pada kaki.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan mengenai keputusan ujian anda, anda perlu berbincang dengan doktor anda.

Kesihatan & keselamatan

Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?

Anda mungkin tertanya-tanya sama ada selamat atau tidak untuk melakukan hubungan kelamin dalam tempoh ini. Bagi kehamilan normal, hubungan kelamin adalah selamat. Jika anda mempunyai tenaga dan keinginan, anda tidak perlu teragak-agak untuk melakukan hubungan kelamin dengan pasangan anda. Keletihan dan loya boleh menurunkan libido, tetapi bagi sesetengah wanita peningkatan aliran darah ke kawasan kelamin dan payudara boleh mempunyai kesan yang sebaliknya.

Adalah penting untuk memeriksa dengan doktor anda untuk memastikan hubungan kelamin adalah selamat. Berikut adalah beberapa sebab mengapa doktor anda mungkin menasihatkan anda untuk mengelakkan hubungan kelamin pada masa ini:

  • Anda berisiko mengalami kelahiran pramatang;
  • Anda mempunyai pendarahan faraj yang tidak dapat dijelaskan;
  • Anda kebocoran cecair amnion;
  • Anda mengalami kelahiran pramasa atau kelahiran pramatang pada masa lalu;
  • Kehamilan kembar;
  • Pembukaan serviks pramatang (Pangkal rahim tidak kompeten);
  • Plasenta anda meliputi pembukaan serviks sama ada sebahagiannya atau sepenuhnya (plasenta previa).

Jika anda tidak mempunyai mana-mana faktor risiko di atas, anda mungkin selamat untuk melakukan hubungan kelamin.

Jom kita bertemu minggu depan! Kita akan melihat perkembangan anda dan bayi anda.

Hello Health Group tidak menawarkan sebarang nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Gambaran Janin Minggu ke-10

perkembangan janin minggu ke-10

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Poppy seed to pumpkin: How big is your baby? On 06/06/2015 http://www.babycenter.com/slideshow-baby-size. Accessed May 27, 2016.

Pregnancy Calendar – Week 10 http://kidshealth.org/parent/pregnancy_center/pregnancy_calendar/week10.html#cat20733. Accessed May 27, 2016.

Your pregnancy – 10 weeks http://www.babycenter.com/6_your-pregnancy-10-weeks_1099.bc. Accessed May 27, 2016.

10 weeks pregnant. http://www.whattoexpect.com/pregnancy/week-by-week/week-10.aspx. Accessed May 27, 2016.

How much weight you should gain during pregnancy. http://www.whattoexpect.com/pregnancy/weight-gain/. Accessed May 27, 2016.

Sex during pregnancy. http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/sex-during-pregnancy/art-20045318?pg=2. Accessed May 27, 2016.

Versi Terbaru

26/11/2019

Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Keputihan Semasa Mengandung Ganggu Keselesaan Bakal Ibu? Amalkan 5 Tip Ini, Berkesan!

Sakit Kepala Sebab Anemia? Amalkan 9 Jenis Makanan Ini Masa Hamil, Hb Akan Naik!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser · Disemak pada 26/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan