Wanita yang hamil melalui pelbagai jenis perubahan dalam badan mereka. Sesetengah daripada perubahan seperti buah dada dan kaki membengkak adalah sementara namun terdapat beberapa jenis perubahan yang kekal lebih lama dan mempengaruhi kehidupan perempuan tersebut. Salah satu daripada perubahan pasca-kelahiran yang dimaksudkan adalah sejenis perpisahan bahagian tengah abdomen. Ini apa yang anda perlu tahu tentang masalah ini.
Apa Itu Perpisahan Abdomen?
Perpisahan Abdomen yang disebut sebagai Diastasis Recti adalah keadaan di mana linea alba, struktur berserat yang menghubungkan otot abdomen kanan dan kiri kepada bahagian tengah abdomen terpisah akibat tekanan yang tinggi dalam bahagian abdomen. Dalam konteks ibu mengandung, ianya disebabkan oleh tekanan yang terbina disebabkan bayi yang membesar dalam rahim, membawa kepada perpisahan abdomen.
Perpisahan ini dapat diukur dengan jarak sekitar 3 cm atau lebih antara bahagian kiri dan kanan otot rectus abdominis, mengakibatkan struktur yang dulunya dilindungi oleh liputan otot dan struktur berserat tadi, membonjol keluar. Kebanyakkan ibu mengandung dengan keadaan ini menceritakan keadaa perut kembung mereka seolah-olah masih lagi mengandung.
Perpisahan abdomen turut boleh berlaku dalam bayi yang baru lahir. Bagaimanapun, keadaan ini tidak berbahaya dan semakin bayi membesar, abdomen mereka akan menjadi normal semula.
Walaupun perpisahan abdomen ini tidak dianggap sebagai satu penyakit, jauh sekali keadaan yang mengancam nyawa, terdapat beberapa masalah yang dihadapai oleh ibu hamil akibat kelemahan dalam sokongan otot dan struktur abdomen tadi, antaranya:
+ Sakit pinggang dan bahagian bawah belakang
+ Air kencing terlepas keluar
+ Sembelit
+ Kesukaran berjalan dan bernafas
+ Kesukaran menjalani proses bersalin mengukit faraj
Dalam kes yang sangat jarang berlaku, perpisahan abdomen ini berupaya untuk membawa kepada berlakunya hernia – keadaan di mana tisu penghubung yang meliputan abdomen terkoyak, menyebabkan organ dalam terkeluar melalui ruang koyak ini.
Apakah faktor yang meningkatkan risiko kepada keadaan ini?
Menurut Sarah Haag, seorang juruterapi fizikal dari Chicago, hampir semua wanita hamil akan mendapat diastasis recti pada tahap yang berbeza, apabila mereka tiba ke trimester ke-3 mereka. Bagaimanapun, darjah keterukan diastasis recti itu meningkat jika wanita hamil tersebut tergolong dalam mana-mana kategori ini.
+ Usia yang lebih daripada 30 tahun
+ Mengandung lebih daripada satu janin dalam satu masa
+ Bayi yang dikandung adalah besar
Bolehkah abdomen saya sembuh dengan sendirinya?
Berita baiknya adalah selepas bersalin, linea alba akan mendapat semula ketegangan dan keanjalan semula jadinya. Jarak antara dua belah abdomen akan berkurang dan tertutup sendiri. Walaubagaimanapun, badan hanya mampu untuk mengecilkan perpisahan tersebut hingga ke tahap tertentu sahaja. Justeru, peluang untuk anda mendapat semula bentuk badan sebelum mengandung secara semula jadinya adalah rendah.
Pencegahan dan rawatan untuk perpisahan abdomen
Kaedah optimum dalam merawat dan mencegah perpisahan otot abdomen adalah melalui senaman pengukuh otot abdomen badan seperti yoga, kontraksi quadruped dan juga lunjuran kaki.
Elakan daripada melakukan senaman yang berupaya untuk menerukkan keadaan seperti tekan tubi, crunches, sit-ups, angkat berat dan juga planks. Ibu juga perlu mengelakkan mengangkat objek berat pasca-bersalin .
Jangan mulakan sebarang senaman abdomen dalam 6 minggu pertama selepas bersalin kerana ianya akan meggangu proses penyembuhan semulajadi otot.
Penting untuk wanita hamil belajar teknik meneran sebelum ke fasa bersalin kerana teknik yang salah akan meletakkan tekanan yang tinggi pada bahagian abdomen dan menerukkan lagi regangan otot abdomen.
Untuk kes-kes yang teruk, ibu boleh mempertimbangkan pembedahan untuk mengurangkan jarak akibat perpisahan abdomen.
Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Baca juga:
Adakah menggugurkan kandungan beberapa kali mempengaruhi peluang untuk hamil di masa hadapan?
Adakah saya sedang dalam fasa pelahiran? Tanda pelahiran yang perlu anda tahu
Hamil tanpa memasukkannya: Betul atau Tidak?
Adakah memiliki satu testis mengurangkan peluang saya untuk mendapat zuriat?
[embed-health-tool-due-date]