backup og meta

Ghairah Seks Ibu Hamil Mula Meningkat? Cuba 8 Gaya Intim Selamat Trimester Ke-2

Ghairah Seks Ibu Hamil Mula Meningkat? Cuba 8 Gaya Intim Selamat Trimester Ke-2

Semasa hamil 4 bulan, ada pasangan suami isteri yang mungkin mahu menghidupkan semula kehidupan seks mereka. Jadi apakah posisi seks trimester kedua yang selamat untuk ibu hamil ya?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Seks pada trimester kedua

Memasuki trimester kedua kehamilan, keinginan seksual wanita adalah berbeza-beza. Sesetengah wanita mengandung mungkin mendapati libido mereka meningkat dan ada juga yang semakin berkurangan.

Dengan perubahan yang dialami, terdapat pasangan yang mungkin tidak selesa dengan idea untuk melakukan seks semasa berbadan dua.

Namun terdapat kajian yang menyatakan kebanyakan pasangan berasa lebih selamat dan intim ketika bersama semasa mengandung.

Jika anda antara pasangan tersebut, ayuh kita ketahui apakah aksi seks yang boleh dicuba sepanjang bulan ke-4 hingga 6 hamil.

Posisi seks trimester kedua yang selamat

Apabila perut anda semakin membesar, sudah tiba masanya untuk meneroka posisi yang sesuai dan selesa.

1. Doggy Style

Ini merupakan antara posisi seks trimester kedua yang paling best untuk dicuba. Posisi ini dilakukan dengan si suami melakukan penetrasi dari belakang isteri dan boleh menentukan kedalaman tusukan yang diinginkan.

posisi seks trimester kedua

Untuk melakukan gaya ini, anda boleh berada di atas katil atau lantai. Jika berasa sakit belakang pada tempoh ini, pertimbangkan untuk menyandarkan bahagian dada dengan bantal.

Kalian juga boleh menggunakan tangan atau alat mainan seks untuk menambah rangsangan klitoris. 

2. Leapfrog

Dianggap sebagai salah satu gaya seks terbaik semasa kehamilan kerana ia mencondongkan pelvis, sekali gus mengubah kedalaman penetrasi untuk menghangatkan keadaan.

Gayanya adalah lebih kurang seperti posisi doggy, tetapi badan perlu lebih dicondongkan ke bawah dengan keadaan pinggul terangkat. 

Wanita disyorkan untuk menambah bantal pada kepala dan lengan untuk memberikan sokongan tambahan.

3. The Hot Seat, posisi seks trimester kedua

Walaupun saiz perut semakin membesar, namun untuk kedudukan seks ini, ia adalah mesra rahim.

Untuk aksi yang lebih selesa, minta pasangan duduk di birai katil atau kerusi dan anda menghadap ke arah bertentangan. Dalam kedudukan ini, anda yang akan menentukan kedalaman tujahan.

Kelebihan gaya ini adalah tangan pasangan anda bebas untuk mengusap payudara dan kelentit anda. Jika dilakukan di hadapan cermin, ia menjadikannya sangat seksi dan intim. 

[embed-health-tool-due-date]

4. Cowgirl

Posisi ini bakal memerlukan si suami untuk berbaring dengan kaki yang lurus, sementara anda melakukan henjutan dalam keadaan lutut menghala atas, dengan kaki di sisi pasangan.

Kelebihan gaya ini membolehkan anda menetapkan kadar kedalaman tujahan mengikut keselesaan diri sambil memberikan pasangan akses terus ke payudara – yang kini lebih sensitif.

posisi seks trimester kedua

5. Spider

Gaya seks ini sesuai dengan tumbesaran baby bump – anda akan menghadap satu sama lain sambil sama-sama melakukan aksi ‘sorong dan tarik papan’.

Cuba kekalkan sudut agar anda tidak perlu berbaring menelentang sepenuhnya, dengan bersandar pada bantal.

6. Posisi seks trimester kedua mesti cuba #Face Off

Kedudukan ini membuatkan kalian berasa rapat secara fizikal. Aksi ini juga membolehkan anda mengawal kedalaman tujahan, kerana berada di atas pasangan.

Untuk melakukan gaya ini, pasangan perlu duduk di atas kerusi atau di tepi katil. Letakkan diri anda di atas pangkuan dan menghadap mereka. Anda boleh melakukan henjutan ke atas dan ke bawah mengikut kelajuan yang diingini.

Baca juga:

7. Stand And Deliver

Berdiri semasa seks masih sesuai untuk dilakukan pada trimester kedua ini memandangkan baby bump anda masih belum terlalu berat – cuma mungkin wujud sedikit rasa tidak selesa.

Ingin mencuba aksi ini? Kalian berdua perlu berdiri dan anda perlu membongkokkan pinggang sebelum pasangan melakukan tujahan.

Pastikan suami memegang lengan anda semasa melakukan penetrasi dari belakang sebagai sokongan untuk anda berdiri. Bukaan kaki yang luas juga dapat membantu keseimbangan diri anda.

8. Magic Mountain, antara posisi seks trimester kedua yang selamat

Dalam aksi ini, penetrasi yang terlalu dalam tidak berlaku – mungkin pilihan yang baik buat anda yang lebih selesa dengan tujahan cetek.

Gaya magic mountain adalah hampir seperti posisi spider, cuma anda dan pasangan harus berada dalam keadaan duduk dengan kaki dibengkokkan serta bersandar pada tangan. Pastikan jarak antara kalian tidak terlalu jauh untuk membolehkan penembusan berlaku, okay?

posisi seks trimester kedua

Posisi seks trimester kedua harus dielakkan

Secara amnya, selagi doktor tidak melarang anda daripada melakukan seks, maka tiada apa-apa yang perlu dihindari.

Cuma pada trimester ini, sebaiknya elakkan sebarang posisi yang memberikan bebanan pada perut seperti pasangan berbaring di atas atau anda perlu berbaring terlentang terlalu lama.

Selain itu, jangan ragu untuk meneruskan aksi seks yang kalian gemari sebelum hamil dan mencuba gaya baharu yang dapat mengeratkan lagi hubungan anda dan suami!

Naik turun keinginan seksual

Gejala awal kehamilan seperti loya dan keletihan mungkin semakin reda pada trimester kedua. Hormon dan pertambahan aliran darah mungkin membuatkan anda mempunyai libido yang tinggi untuk bersama pasangan.

Jika anda mempunyai lebih tenaga serta keinginan terhadap seks, lakukannya bersama pasangan dan carilah posisi seksual yang selesa.

Tetapi sekiranya keinginan menurun walaupun pada trimester kedua, ia adalah perkara normal dan tiada apa yang perlu anda risaukan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Sex in middle pregnancy: men. https://raisingchildren.net.au/pregnancy/dads-guide-to-pregnancy/middle-pregnancy/sex-in-mid-pregnancy, Accessed on May 30, 2022
  2. Sex in trimester one, two and three of pregnancy. https://www.nct.org.uk/pregnancy/relationships-sex/sex-trimester-one-two-and-three-pregnancy, Accessed on May 30, 2022 
  3. Sex during pregnancy: What’s OK, what’s not. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/sex-during-pregnancy/art-20045318, Accessed on May 30, 2022
  4. Sex during pregnancy. https://www.marchofdimes.org/pregnancy/sex-during-pregnancy.aspx, Accessed on May 30, 2022 
  5. Sex during pregnancy. https://www.ucsfhealth.org/education/sex-during-pregnancy, Accessed on May 30, 2022  

 

Versi Terbaru

06/05/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

8 Perkara Yang Ibu Hamil Trimester Kedua Mungkin Perlu Buat (Dan 10 Perlu Elak)!

Dari Minggu 13 Hingga Minggu 27 Kehamilan, Ini Yang Akan Berlaku Pada Janin!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan