backup og meta

Minggu 19

Minggu 19

Perkembangan bayi

Perkembangan bayi dalam kandungan  

Bayi anda sekarang adalah dalam saiz tomato, dengan berat kira-kira 240 gram dan panjang daripada kepala ke kaki sekitar 15 cm.

Bayi anda kini dilindungi oleh lapisan lilin putih untuk kulit sensitif. Lapisan lilin ini akan hilang pada akhir kehamilan, jadi bayi pramatang sering diliputi dalam lilin apabila dilahirkan. Minggu ini, lapisan lemak berwarna coklat akan terbentuk dan menghangatkan bayi anda selepas kelahiran. Pada trimester ketiga kehamilan, lebih banyak lapisan lemak akan terbentuk untuk melindungi bayi anda.

Perubahan hidup & tubuh badan

Bagaimanakah perubahan badan saya?

Pada masa ini, anda akan mula merasa pergerakan bayi dalam badan anda. Pergerakan pertama adalah sangat pendek dan ringan, jadi anda mungkin terkeliru dengan gas perut. Tetapi anda mungkin merasa tendangan, tumbukan, dan sedu sedikit dalam perut anda sekali. Setiap bayi mempunyai cara berbeza untuk bergerak. Jika kekerapan dan intensiti pergerakan bayi anda berkurang, anda perlu bertemu doktor untuk mendapatkan bantuan dan nasihat dengan segera.

Apakah yang perlu saya beri perhatian?

Tidak ada bukti saintifik yang kukuh bahawa kehamilan boleh memudaratkan aktiviti mental. Sesetengah ibu sering menyangka bahawa ingatan mereka dipengaruhi kehamilan. Ini jarang berlaku tetapi anda perlu membiasakan diri dengan sebarang perubahan fizikal dan mental dan berfikir tentang aspek-aspek positif kehamilan, seperti waktu selepas kelahiran bayi tersebut.

Pertemuan dengan doktor

Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?

Anda mungkin mengalami hari di mana anda merasakan bayi anda bergerak terus-menerus, tetapi pada hari berikutnya, bayi anda senyap dan kurang bergerak. Ini adalah perkara biasa. Pada peringkat kehamilan ini, anda tidak perlu bimbang tentang ketidakstabilan pergerakan bayi. Pergerakan bayi anda akan menjadi lebih konsisten pada minggu ke-28 kehamilan. Pada waktu inilah anda perlu memeriksa pergerakan bayi dengan kerap.

Jika anda tidak merasa sebarang pergerakan bayi sepanjang hari, anda boleh merangsang pergerakannya dengan cara berikut: berbaring dalam satu atau dua jam pada waktu petang selepas minum segelas susu, secawan jus oren atau makan makanan ringan yang sihat. Ini boleh merangsang bayi anda bergerak. Tetapi jika kaedah ini tidak berfungsi, jangan bimbang, cuba lagi selepas beberapa jam. Malah, ramai wanita tidak dapat mengesan pergerakan bayi dalam satu atau dua, mahupun tiga atau empat hari. Jika anda masih bimbang, anda boleh menemui doktor untuk berasa lebih selamat.

Apakah ujian yang perlu saya tahu?

Doktor anda mungkin mencadangkan ujian amniosentesis. Ujian amniosentesis dilakukan atas sebab-sebab tertentu dan bukan ujian rutin. Adalah penting untuk anda membincangkan manfaat dan risiko ujian dengan doktor anda. Melalui amniosentesis, sampel cecair amnion diambil dari kantung yang mengelilingi bayi. Sampel ini diuji untuk melihat jika bayi mempunyai keabnormalan genetik tertentu, seperti sindrom Down. Ujian ini mempunyai beberapa risiko, jadi sila berbincang dengan doktor anda apakah pilihan yang terbaik untuk anda.

Kesihatan & keselamatan

Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?

Hubungan kelamin

Anda bimbang bahawa hubungan kelamin akan terjejas apabila anda hamil? Anda fikir aktiviti seksual pada masa ini akan menjejaskan bayi? Jangan bimbang. Hubungan kelamin  dibenarkan dan selamat pada semua peringkat kehamilan, selagi kehamilan anda bukan berisiko. Walau bagaimanapun, mengetahui bahawa hubungan kelamin adalah selamat tidak bermakna anda mempunyai keinginan untuk hubungan kelamin pada masa ini. Ramai wanita mendapati keinginan seksual mereka terkesan dengan status kesihatan, status mental, saiz bayi dan perubahan lain badan anda. Anda perlu berbincang dengan suami anda mengenai hubungan intim. Ia adalah sangat penting bahawa anda berdua mempunyai masa peribadi bersama-sama.

Susu lembu dan hormon BST

Ramai wanita hamil minum susu kerana ia dianggap berkhasiat dan baik untuk bayi. Tetapi susu mengandungi hormon BST dianggap mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan. Jadi adakah ia selamat? Lembu biasanya disuntik BST untuk menghasilkan lebih banyak susu. BST adalah protein, bukannya steroid, jadi ia tidak mempunyai aktiviti biologi pada manusia dan boleh dihadamkan seperti protein lain apabila anda mengambil susu mengandungi BST.

Gambaran Janin Minggu ke-19

perkembangan janin minggu ke-19

Jadi bagaimana tumbesaran bayi anda pada minggu depan?

Hello Health Group tidak menawarkan sebarang khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Poppy seed to pumpkin: How big is your baby? http://www.babycenter.com/slideshow-baby-size. Accessed March 30, 2015.

Pregnancy calendar week 19. http://kidshealth.org/parent/pregnancy_center/pregnancy_calendar/week19.html. Accessed March 30, 2015.

Your pregnancy: 19 weeks. http://www.babycenter.com/6_your-pregnancy-19-weeks_1108.bc. Accessed March 30, 2015.

Versi Terbaru

02/12/2019

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab


Artikel Berkaitan

Keputihan Semasa Mengandung Ganggu Keselesaan Bakal Ibu? Amalkan 5 Tip Ini, Berkesan!

Sakit Kepala Sebab Anemia? Amalkan 9 Jenis Makanan Ini Masa Hamil, Hb Akan Naik!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 02/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan