backup og meta

Minggu 12

Minggu 12

Perkembangan bayi

Sekarang bayi anda bersaiz sebesar limau kasturi dengan berat kira-kira 15 g dengan kepanjangan daripada kepala ke kaki kira-kira 5 cm. Dalam minggu ini, sebahagian besar organ-organ bayi anda sedang berkembang tetapi masih memerlukan masa untuk matang sepenuhnya bagi berfungsi dengan baik. Antara organ-organ yang berkembang, adalah organ-organ dalam sistem pencernaan. Bayi anda sudah mula berlatih pergerakan pencernaan. Ini mungkin melibatkan refleks seperti menggenggam, menghisap dan juga sedu. Anda tidak boleh merasa pergerakan ini lagi tetapi dalam beberapa minggu ia akan menjadi sangat ketara.

Sumsum tulang dalam tulang bayi anda mula menghasilkan sel-sel darah putih yang bertanggungjawab melawan jangkitan. Di samping membina sistem imun yang kuat, kelenjar pituitari bayi anda akan mula menghasilkan hormon penting yang mengekalkan ciri-ciri biologi reproduktif.

Perubahan hidup & tubuh badan

Bagaimanakah perubahan badan saya?

Aliran darah yang menghasilkan seri wajah anda juga boleh menyebabkan rasa pening. Hormon kehamilan anda, termasuk progesteron, menyebabkan saluran darah melebar. Ini membolehkan lebih banyak aliran darah mengalirkan nutrien penting untuk bayi anda. Ini boleh menyebabkan tekanan darah anda menurun dan aliran darah kurang ke otak, yang menyebabkan pening. Anda mungkin merasa lebih pening apabila berdiri terlalu cepat atau bergerak terlalu cepat. Inilah sebabnya mengapa doktor akan mengesyorkan anda untuk jangan membebankan diri. Satu lagi sebab yang boleh menyebabkan anda berasa pening adalah tahap gula dalam darah yang rendah. Ini boleh berlaku apabila anda tidak makan secara tetap atau lupa untuk makan. Pastikan anda menyimpan beberapa snek berkhasiat di meja atau dalam beg tangan anda. Untuk membantu anda menguruskan rasa pening, anda boleh berbaring atau duduk dengan kepala anda antara lutut dan mengambil nafas dalam. Anda juga boleh cuba minum air atau jus buah-buahan.

Apakah yang perlu saya beri perhatian?

Pada masa ini, berat badan anda mungkin tidak banyak meningkat. Apabila anda memasuki trimester kedua, anda akan bertambah berat badan. Ini adalah kerana anda akan memerlukan lebih banyak nutrien dan tenaga untuk menyokong bayi anda.

Anda mungkin bertambah berat badan berlebihan pada peringkat awal kehamilan. Ini adalah sebahagiannya kerana anda berfikir yang anda makan untuk dua orang, tetapi sebenarnya janin yang sedang membesar tidak memerlukan sebegitu banyak keperluan pemakanan. Anda juga mungkin mengidamkan makanan yang tinggi kalori, lemak dan gula. Untuk mengawal berat badan anda, anda boleh membuat perancangan makanan. Anda boleh berunding dengan doktor atau pakar pemakanan untuk mendapatkan nutrien terbaik. Diet anda berkemungkinan besar terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan lemak yang sihat seperti kacang.

Pertemuan dengan doktor

Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?

Jika anda masih bimbang tentang berat badan anda, bincanglah dengan doktor anda. Adalah tidak sihat untuk sentiasa merasa bimbang akan keadaan anda dan bayi. Doktor anda boleh membantu anda mencari cara untuk menguruskan berat badan anda. Jika anda tidak bertambah berat badan dengan mencukupi, ini mungkin berbahaya untuk bayi anda. Adalah penting untuk pastikan peningkatan berat badan pada kadar yang stabil untuk membekalkan nutrien yang mencukupi kepada bayi anda. Bincang dengan doktor anda untuk mengetahui Indeks Jisim Badan (BMI) yang sesuai. Ini boleh membantu anda mengira berapa banyak pertambahan berat badan yang sesuai semasa kehamilan anda.

Apakah ujian yang perlu saya tahu?

Minggu lepas, doktor anda mungkin sudah menjalankan ujian darah dan melakukan satu ultrabunyi ke skrin bagi sebarang keabnormalan kromosom. Kromosom tidak normal yang paling biasa adalah sindrom Down. Ultrabunyi adalah untuk mengukur ketebalan leher, yang juga dikenali sebagai nuchal translucency. Anda akan mendapatkan keputusan ujian anda minggu ini. Perlu diingatkan ujian ini hanya anggaran risiko. Jika keputusan mengesahkan risiko yang tinggi, ini bermakna anda perlu melakukan ujian diagnostik untuk mengesahkan bayi anda mempunyai kromosom yang tidak normal. Pilihan untuk melaksanakan ujian ini adalah peribadi. Terdapat risiko 1% menyebabkan keguguran. Anda perlu berbincang dengan doktor anda mengenai risiko dan manfaat ujian ini.

Kesihatan & keselamatan

Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?

Menjaga kesihatan dan keselamatan diri anda dan bayi adalah sangat penting. Berikut adalah beberapa perkara yang mungkin anda risaukan:

  • Benjolan bayi (baby bump)

Apabila anda memasuki trimester kedua, benjolan bayi anda akan menjadi lebih ketara. Ini bermakna bayi anda berkembang tetapi ia juga boleh bermakna anda akan mempunyai sakit belakang yang teruk. Apabila perut anda terus berkembang, pusat graviti anda akan berubah. Adalah penting untuk mengambil langkah-langkah tambahan untuk melindungi belakang badan anda. Anda boleh memulakan kelas yoga pranatal atau meluangkan masa untuk melakukan regangan pada awal pagi atau sebelum tidur. Ini boleh membantu belakang badan anda menyesuaikan diri dengan perubahan yang baru. Anda tidak perlu menegangkan diri atau membuat apa-apa pergerakan secara tiba-tiba.

Benjolan bayi anda yang semakin kelihatan juga bermakna saiz rahim anda semakin membesar. Ini boleh meningkatkan risiko tekanan pada saraf siatik anda, iaitu saraf terbesar dalam badan daripada bahagian belakang ke punggung dan belakang kaki anda hingga ke bawah buku lali. Ini menyebabkan sakit tajam dan berdenyut-denyut di belakang punggung anda, juga dikenali sebagai skiatiks. Ini kebiasaannya adalah sementara, dan tidak semua orang mengalami kesakitan ini. Kebiasaannya ini berlaku pada trimester ketiga tetapi sesetengah wanita mungkin mengalaminya sekarang. Untuk membantu menguruskan kesakitan, anda boleh bermula dengan berehat. Cara-cara lain yang boleh membantu adalah mengurangkan pertambahan berat badan anda, melakukan senaman pelvik dan kegel dan berenang untuk mengelakkan berat badan baru anda ini memberatkan saraf.

  • Anemia

Semasa mengandung, salah satu keutamaan anda adalah untuk membekalkan nutrien yang mencukupi untuk bayi anda. Vitamin dan nutrien yang diperlukan termasuklah asid folik, vitamin B1 dan zat besi, yang semuanya diperlukan untuk pengeluaran sel darah merah. Jika anda adalah seorang vegetarian, pastikan anda mengambil suplemen vitamin ini. Jika anda tidak mengambil sebarang suplemen, anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat anemia. Beberapa tanda-tanda dan simptom anemia termasuklah keletihan, kulit pucat dan lemah. Bincang dengan doktor anda jika anda mengesyaki anda mempunyai anemia.

Mari kita bertemu di minggu ke-13 untuk melihat keadaan anda dan perkembangan bayi anda.

Hello Health Group tidak menawarkan sebarang nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Gambaran Janin Minggu ke-12

perkembangan janin minggu ke-12

[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Poppy seed to pumpkin: How big is your baby? http://www.babycenter.com/slideshow-baby-size. Accessed May 30, 2016.

Pregnancy calendar week 12. http://kidshealth.org/parent/pregnancy_center/pregnancy_calendar/week12.html. Accessed May 30, 2016.

Your pregnancy: 12 weeks. http://www.babycenter.com/6_your-pregnancy-12-weeks_1101.bc. Accessed May 30, 2016.

Your baby at week 12. http://www.whattoexpect.com/pregnancy/week-by-week/week-12.aspx. Accessed May 30, 2016.

Understanding diagnosis of Down Syndrome. http://www.ndss.org/Resources/New-Expectant-Parents/Understanding-a-Diagnosis-of-Down-Syndrome/. Accessed May 30, 2016.

Versi Terbaru

26/11/2019

Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Keputihan Semasa Mengandung Ganggu Keselesaan Bakal Ibu? Amalkan 5 Tip Ini, Berkesan!

Sakit Kepala Sebab Anemia? Amalkan 9 Jenis Makanan Ini Masa Hamil, Hb Akan Naik!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser · Disemak pada 26/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan