backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Perkara yang Anda Perlu Tahu Jika Ingin Hamil selepas Umur 35

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 12/09/2019

    Perkara yang Anda Perlu Tahu Jika Ingin Hamil selepas Umur 35

    Hamil selepas umur 35 tahun kini sudah menjadi perkara biasa bagi kebanyakan wanita. Meskipun berita kehamilan adalah sesuatu yang perlu dirai, namun anda perlu mengambil berat akan risiko yang boleh dihadapi oleh ibu dan bayi.

    Punca 

    Punca paling biasa yang menyebabkan kesukaran hamil selepas usia 35 tahun adalah kekerapan ovulasi yang semakin berkurangan. Kualiti dan kuantiti telur juga menurun apabila wanita berumur 30-an atau 40-an, manakala keseluruhan bilangan telur tidak boleh ditingkatkan.

    Penyebab lain yang membuatkan sukar hamil selepas usia 35 tahun, termasuklah:

    • Jangkitan atau pembedahan yang disebabkan parut tisu di sekitar tiub falopian atau serviks;
    • Endometriosis (gangguan yang sering menyakitkan pada tisu yang biasanya bergaris di dalam rahim tumbuh di luar rahim anda);
    • Penyakit fibroid atau rahim;
    • Penurunan dalam bendalir serviks;
    • Masalah kesihatan kronik seperti tekanan darah tinggi atau diabetes.

    Keguguran juga sering berlaku kepada wanita yang hamil pada usia ini. Hal ini selalunya disebabkan oleh peningkatan kejadian ketidaknormalan kromosom.

    Bagaimana untuk meningkatkan peluang kesuburan anda

    Mencuba untuk hamil selepas umur 35 tahun tidak salah, cuma terdapat banyak perkara yang perlu anda lakukan untuk memudahkan hamil.

    Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda lakukan:

    • Buat temujanji – Doktor anda akan melihat sejarah perubatan anda bagi menerangkan sebarang masalah berkenaan dengan keinginan anda untuk hamil selepas usia 35 tahun.
    • Wanita yang menjalani kehidupan yang sihat adalah lebih cenderung untuk mudah hamil – Alkohol, merokok dan pengambilan kafein boleh menjejaskan kesuburan. Begitu juga jika anda terlebih berat atau kurang berat badan, kesuburan anda akan terkesan melalui gangguan fungsi hormon. Kekal cergas dan sihat adalah cara terbaik untuk meningkatkan peluang anda untuk hamil.
    • Tanda kesuburan – Dengan mencatatkan suhu badan asas anda dan cecair serviks boleh membantu anda mengenal pasti masa yang terbaik untuk melakukan hubungan intim terutama semasa anda sedang mencuba untuk hamil.
    • Ambil suplemen yang mengandungi myo-inositol untuk membantu meningkatkan kualiti telur. Ini kerana, suplemen yang terkandung myo-inositol, asid folik dan melatonin dapar membantu meningkatkan fungsi ovari dan juga kualiti telur. Makan makanan yang boleh meningkatkan siatem endokrin anda seperti makanan yang penuh omega 3, asid lemak penting, zink, magnesium, vitamin B6 dan buah-buahan serta sayur-sayuran yang mengandungi antioksidan, vitamin C, E dan beta karoten.

    Mencuba untuk hamil selepas umur 35 tahun adalah mencabar, namun, ia tidak mustahil untuk berlaku. Kunci kejayaannya adalah: rehat, relaks dan lepaskan. Dengan mengurangkan tahap tekanan dalam hidup anda boleh memberikan kesan yang dramatik terhadap peluang anda untuk hamil. Nikmati hidup anda dan anda akan mendapat apa yang diinginkan.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 12/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan