Peranan Suami Semasa Isteri Sedang Hamil

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Wanita lebih sensitif semasa sedang hamil. Ini kerana, perubahan dalam hormon mereka membuatkan mereka kadangkala berkelakuan tidak rasional. Semasa hamil, ibu perlu menanggung kesakitan, kerap berjumpa doktor, dan juga sering keletihan. Justeru itu, sebagai suami, anda perlu menunjukkan sokongan anda kepada pasangan.

Memahami apa yang isteri mahukan

Bercakap dengan isteri anda tentang keinginannya semasa bersalin nanti. Anda perlu melakukannya sepanjang masa. Walau bagaimanapun, anda perlu ingat bahawa isteri yang hamil ini adalah lebih sensitif dan emosi kerana mereka perlu menangung pelbagai kerisauan dan ketakutan untuk menghadapi hari bersalin mereka. Biarkan isteri anda berkongsi dan bercerita tentang perasaan dan kegusaran mereka kepada anda.

Menemani isteri ke kelas kelahiran

Pergi ke kelas antenatal bersama isteri dengan pandangan terbuka. Anda akan mendapat informasi asas dan padu tentang proses bersalin. Jika anda bersama-sama dengan isteri semasa kelas tersebut, anda boleh belajar untuk membantu isteri anda menyelesaikan masalahnya.

Buat perancangan masa depan bersama

Ibu hamil mempunyai banyak benda yang perlu mereka lakukan, seperti memilih nama bayi, membeli pakaian bayi, menyiapkan tempat tidur bayi dan peralatan tidur, perabot, serta banyak lagi. Jadi, bantu isteri anda melaksanakan tugasan ini. Terutamanya, dalam mencari nama bayi perlulah menggunakan pendapat anda juga.

Temani isteri berjumpa doktor, atau sekurang-kurangnya mengambil tahu tentang kunjungan isteri ke klinik

Jika boleh, temani isteri anda dalam temu janjinya berjumpa doktor. Semasa kunjungan tersebut, anda berpeluang mendengar denyutan jantung bayi atau melihat imbasan ultra bunyi pada usia kandungan 20 minggu. Ini bukan sahaja akan menimbulkan perasaan bertanggungjawab anda untuk menerima kehadiran bayi baru dalam keluarga, tetapi juga cara ini dapat menunjukkan sokongan emosi anda terhadap isteri. Jika anda terlampau sibuk dan tidak dapat menemaninya, ambil berat akan jadualnya ke klinik dan bertanyakan tentang perkembangannya dan kandungan.

Memahami simptom mengidam isteri

Jangan terkejut jika anda lihat kadangkala isteri hendakkan sesuatu makanan, dan ada hari dia tidak mahu makanan tersebut. Jangan marah kepadanya, sebaliknya anda boleh bertanyakan mengapa keinginannya berubah-ubah. Cuba untuk faham perangai mengidam isteri. Walau bagaimanapun, jangan paksa isteri untuk makan makanan yang tidak disukai kerana boleh membuatkannya bertambah sakit.

Bantu isteri semasa bersalin

Semasa awal proses bersalin, isteri anda masih mampu untuk duduk dan berborak-borak dengan anda. Namun, ketika sudah tiba masa bersalin, anda akan lihat isteri anda mengerang dan merintih. Dia juga mungkin akan menjerit dan mahu menanggalkan pakaiannya yang tidak menyelesakannya. Tidak mustahil juga dia mahu mendengar muzik ataupun ingin senyap-sunyi sahaja. Isteri anda mungkin mahu anda memegang tangannya ataupun memeluknya – atau mungkin juga meminta anda meninggalkannya bersendirian. Ketika ini, usahlah anda mengambil hati akan kata-kata isteri yang sedang menanggung kesakitan untuk melahirkan anak anda. Sebaik sahaja bayi anda lahir, isteri anda akan ‘kembali’ seperti asal.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ku Sangkakan Pekak, Rupanya Telinga Tersumbat! Apa Perlu Buat Jika Alaminya?

    Ramai yang sangka bahawa telinga tersumbat mesti akan disebabkan oleh tahi telinga yang mengeras sahaja. Tidak, jom klik artikel ini untuk tahu tentangnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keadaan Telinga 08/03/2021 . 3 minit bacaan

    Kaki Pendek Sebelah Punca Anda Tempang? Ada Juga Gejala Lain Yang Boleh Anda Alami

    Kajian menunjukkan aduan berkenaan dengan kaki panjang sebelah (atau kaki pendek sebelah) bukanlah sesuatu yang asing. Ia dialami oleh kira-kira...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Penyakit Tulang Lain 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Lelaki Berisiko 3 Kali Ganda Bunuh Diri Sepanjang Wabak COVID-19, Ini Tip Nak Cegah!

    Peningkatan jumlah kes bunuh diri sepanjang wabak virus korona baharu (COVID-19) yang berlaku di seluruh dunia amat membimbangkan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Cegah Bunuh Diri 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    4 Perkara Wajib Yang Perlu Setiap Wanita Lakukan, Jika Tidak, Nyawa Boleh Terancam!

    Kesihatan wanita sering menjadi fokus perbincangan utama menjelang 8 Mac yang merupakan Hari Wanita Sedunia. Ikuti 4 cara wanita jaga kesihatan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Ujian & Pemeriksaan Untuk Wanita 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    waktu tidur bayi

    Mak Ayah Jangan Panik Jika Si Kecil Selesema, Uruskannya Dengan 4 Cara Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/03/2021 . 3 minit bacaan
    cara mengatasi obesiti

    Ini Cara Untuk Elak Gemuk Ikut Peringkat Umur: Bayi, Kanak-Kanak & Orang Dewasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/03/2021 . 3 minit bacaan
    penyebab kanser

    Mata Biru Senang Dapat Kanser? Ini 5 Jenis Kanser Mata Dan Punca Ia Berlaku

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/03/2021 . 3 minit bacaan
    penyebab sakit ulu hati

    Sering Terkena Serangan Pedih Ulu Hati? Mungkin Apa Yang Anda Makan Merupakan Puncanya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 08/03/2021 . 3 minit bacaan