backup og meta

Urutan Pranatal untuk Kehamilan yang Sihat

Urutan Pranatal untuk Kehamilan yang Sihat

Urutan kehamilan atau urutan pranatal adalah trend yang sedang berkembang kini, yang memberikan pelbagai manfaat kepada ibu mengandung. Urutan jenis ini membantu wanita hamil melegakan pelbagai kesakitan, lenguh-lenguh dan tekanan pada otot, sendi, dan saraf tubuh mereka.

Kebaikan urutan pranatal

Disebabkan perubahan hormon semasa tempoh kehamilan, wanita mengandung akan mengalami rasa sakit dan ketidakselesaan. Inilah fungsinya terapi urutan pranatal dilakukan, tujuannya untuk membantu ibu hamil:

  • Mengendurkan otot-otot
  • Melegakan tekanan
  • Meningkatkan peredaran darah ke seluruh tubuh
  • Mengawal hormon
  • Mengurangkan bengkak
  • Mengurangkan sakit saraf
  • Melegakan sakit belakang
  • Melegakan bengkak dan sakit pada sendi (edema)
  • Meningkatkan kualiti tidur
  • Meningkatkan sistem limfa

Dipercayai bahawa wanita yang kerap mendapatkan urutan kehamilan mempunyai kurang komplikasi semasa bersalin dan kelahiran.

Keselamatan semasa melakukan urutan pranatal

Sebelum melakukan urutan, terdapat beberapa langkah keselamatan yang perlu diketahui oleh ibu hamil dan ahli terapi urutan. Ibu hamil perlu tahu mengenai posisi dan titik tekanan. Juga, pastikan ahli terapi urutan terlatih dan mempunyai kelayakan dalam urutan pranatal.

Posisi tubuh adalah salah satu bahagian keselamatan paling penting semasa sesi urutan. Posisi terbaik untuk wanita hamil semasa terapi adalah dengan cara baring mengiring. Terdapat titik tekanan tertentu pada buku lali dan pergelangan tangan. Titik-titik ini merangsang otot pelvik dan uterus. Wanita hamil yang mengalami kontraksi perlu mengingatkan ahli terapi urutan supaya mereka boleh mengelakkan bahagian-bahagian ini semasa mengurut.

Golongan yang tidak boleh mendapatkan urutan pranatal

Bukan semua ibu hamil boleh mendapatkan urutan terapeutik semasa kehamilan, terutama jika anda mengalami keadaan seperti di bawah:

  • Kehamilan tinggi-risiko
  • Preeklampsia
  • Baru bersalin
  • Masalah kelahiran pramatang pada kehamilan sebelum ini
  • Pembengkakan yang teruk
  • Tekanan darah tinggi
  • Sakit kepala teruk/ migrain

Ibu hamil yang sihat boleh mendapatkan urutan kehamilan pada bila-bila masa sepanjang tempoh kehamilan, tetapi ada sesetengah ahli terapi urutan menolak untuk memberikan perkhidmatan kepada wanita hamil yang masih dalam trimester pertama. Ini mungkin disebabkan oleh kebarangkalian tinggi untuk mendapat keguguran semasa trimester pertama.

Beberapa tips untuk anda merasai urutan pranatal terbaik:

  1. Masa terbaik untuk anda memulakan urutan adalah semasa pertengahan hingga akhir trimester kedua anda, terutama jika anda sudah boleh merasai pergerakan bayi.
  2. Duduk di atas tilam atau di atas sofa, dengan mengalas beberapa biji bantal di belakang badan anda. Jangan berbaring terlentang.
  3. Gunakan minyak berbanding losen kerana losen cepat kering. Pilih minyak yang selamat dan baik untuk membantu anda mengelakkan kesan regangan kulit.
  4. Dapatkan urutan yang lembut dan selesa.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Pregnancy Massage. http://www.pregnancycorner.com/being-pregnant/stress-anxiety/massage.html. Accessed November 7, 2016.
How to massage your pregnant belly. http://mymommymanual.com/how-to-massage-your-pregnant-belly/. Accessed November 7, 2016.

Versi Terbaru

13/09/2019

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Sakit Kepala Sebab Anemia? Amalkan 9 Jenis Makanan Ini Masa Hamil, Hb Akan Naik!

Ingin Tip Cegah Hamil Cara Tradisional? Boleh Cuba Ambil 10 Makanan & Minuman Ini


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/09/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan