home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Tengah Usaha Nak Hamil? Jangan 'Skip' Sarapan Pagi- Ini Sebabnya!

Tengah Usaha Nak Hamil? Jangan 'Skip' Sarapan Pagi- Ini Sebabnya!

Kita sering mendengar akan kepentingan sarapan di waktu pagi bagi memulakan rutin harian. Namun, tahukah anda bahawa sarapan pagi juga memberi manfaat buat wanita yang sedang berusaha untuk menimang cahaya mata.

Nak tahu lebih lanjut? Teruskan pembacaan anda.

Apa kaitan sarapan pagi dan kesuburan?

sarapan pagi

Menurut kajian yang diterbitkan dalam Clinical Science, pengambilan separuh daripada kalori harian di waktu pagi boleh meningkatkan kesuburan anda.

Kajian mendapati bahawa makan sarapan yang berkhasiat boleh memberikan impak positif kepada wanita yang mengalami masalah kesuburan.

Penyelidik dari Hebrew University of Jerusalem dan Tel Aviv University mengatakan pengambilan sarapan yang berat boleh meningkatkan kesuburan dalam kalangan wanita yang mengalami masalah haid tidak teratur.

Kajian tersebut dibuat ke atas 60 wanita yang berusia 25 hingga 39 tahun yang mengalami masalah Sindrom Polisistik Ovari (PCOS) serta indeks jisim badan (BMI) kurang daripada 23.

Kajian dilakukan untuk memahami sama ada masa makan mempunyai impak kepada kesihatan wanita yang mengalami masalah haid tidak teratur, disebabkan oleh PCOS.

Makanan berat di waktu pagi tingkat ovulasi?

sarapan pagi

Dalam kajian tersebut, wanita-wanita ini dibahagikan kepada dua kumpulan; setiap kumpulan dibenarkan mengambil 1,800 kalori sehari.

Bezanya, satu kumpulan iaitu 30 wanita diberikan hidangan berat semasa sarapan pagi sementara 30 wanita lagi diberikan hidangan berat semasa waktu makan malam mereka.

Kajian tersebut mendapati bahawa wanita yang makan hidangan berat semasa sarapan berjaya menurunkan tahap glukos dan insulin (turun sehingga 8 peratus), berbanding dengan kumpulan yang mengambil makanan berat sewaktu makan malam.

Dalam kumpulan yang mengambil sarapan pagi juga, para penyelidik melihat bahawa tahap testosteron mereka berkurang sehingga hampir 50 peratus. Malah yang lebih menggembirakan lagi, wanita-wanita ini mengalami ovulasi pada kadar yang lebih tinggi apabila mereka mengambil hidangan berat semasa sarapan.

Manfaat lain sarapan pagi

Melalui kajian tersebut, penyelidik menyatakan bahawa bukan sahaja amaun kalori yang kita ambil secara harian penting, tetapi juga masa pengambilan makanan berat turut membantu dalam mempengaruhi tahap kesihatan wanita.

Peningkatan sensitiviti insulin dalam pengambilan makanan berat sewaktu sarapan juga memberikan pengurangan hormon lelaki dalam kalangan mereka yang mengalami PCOS.

Jika anda makan banyak pada waktu pagi, jadual pemakanan anda lebih sejajar dengan waktu bangun-tidur semula jadi anda- yang mana jam sirkadian anda membantu mengawal pengeluaran hormon. Hasilnya, tubuh anda kurang menghasilkan hormon yang salah.

Selain itu, makan makanan berat semasa sarapan juga dapat dikaitkan dengan manfaat kesihatan seperti:

Apa yang boleh diambil sewaktu sarapan pagi?

sarapan pagi

Kita digalakkan mengambil makanan yang sihat semasa sarapan pagi. Antara makanan sihat yang boleh anda ambil adalah:

Konklusi

Memetik pepatah ‘sarapan pagi seperti raja’ jelas menunjukkan yang kita perlu memulakan hari dengan pengambilan makanan yang berkhasiat. Jika anda berhasrat untuk ‘berdiet’, melangkau sarapan pagi bukanlah cara terbaik untuk anda menjaga badan.

Jadi, tidak kira jika badan anda kurus atau berisi, dapatkan nasihat pemakanan daripada pakar untuk anda mengetahui makanan yang boleh anda ambil terutama sewaktu makan pagi. Semoga peluang anda untuk mendapatkan cahaya mata meningkat dengan pengambilan sarapan pagi.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.womenshealthmag.com/life/a19915756/breakfast-for-fertility/

https://www.thebump.com/a/breakfast-increase-fertility

https://www.webmd.com/diet/features/many-benefits-breakfast

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin
Disemak pada 13/09/2018
x