Ramai wanita gemar memanjakan diri dengan pergi ke spa atau salon untuk melakukan rawatan kuku – sama ada manicure, pedicure, atau sekadar cat kuku berwarna cantik. Tetapi bagi wanita hamil, persoalan sering timbul: adakah ia selamat dilakukan semasa mengandung?
Ketika hamil, tubuh wanita mengalami banyak perubahan dari segi hormon, kulit, malah tahap sensitiviti terhadap bahan kimia juga boleh meningkat. Sebab itu, ada ibu hamil yang risau tentang risiko bau kuat, bahan kimia dalam cat kuku, atau jangkitan semasa rawatan di salon.
Jadi, sebenarnya, adakah rawatan kuku selamat untuk wanita hamil?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Risiko yang timbul disebabkan rawatan kuku
Manicure ketika hamil #Jangkitan kuku pada semua jenis
Spesifikasi pertama yang perlu salun ada ialah kebersihan yang baik. Alatan yang tidak disteril dengan sewajarnya akan meletakkan anda pada risiko jangkitan kuku atau kulit. Jangkitan-jangkitan ini termasuklah:
Jangkitan bakteria. Petanda awal jangkitan bakteria adalah bengkak, kemerahan, atau kepanasan di sekitar kuku anda. Bagi menghapuskan jangkitan ini, anda perlu ubat antibiotik untuk diletakkan pada kawasan jangkitan.

Jangkitan kulat. Keadaan ini akan menyebabkan kuku anda bertukar kuning. Atau, ia membuatkan kuku anda terangkat dari jari. Rawatan untuk keadaan ini adalah melalui ubat oral atau topikal.
Jangkitan virus. Contoh terbaik untuk keadaan ini adalah ketuat pelantar. Ketuat ini muncul pada warna berbeza dan rupa yang kelihatan seperti kematu. Rawatan untuk keadaan ini adalah ubat topikal.
[embed-health-tool-due-date]
Pendedahan bahan kimia dalam cat kuku
Hampir semua produk kuku mempunyai sebatian organik volatil (VOCs). Ramai individu percaya bahawa keselamatan produk boleh dilihat kepada bauannya. Sesetengah penggilap yang berbau busuk sebenarnya menimbulkan risiko yang lebih kurang berbanding dengan penggilap tanpa bau.
Dengan mendapatkan rawatan kuku, anda boleh mendapat hubungan dengan:
Toluena: Bahan kimia ini juga terdapat dalam gasolin. Toluena membawa kepada pelbagai masalah dari pening kepala ke masalah reproduktif.
Formaldehid: Ramai individu menggunakan formaldehid untuk mengekalkan benda yang sudah mati. Sebarang penyedutan atau hubungan kulit dengan bahan kimia ini perlu dielakkan. Eropah telah mengharamkan bahan kimia ini kerana ia membawa kepada gangguan sistem endokrin.

Tip rawatan kuku selamat untuk ibu mengandung
Terdapat kepercayaan bahawa manicure boleh mencetuskan kelahiran tidak cukup bulan. Ini kerana urutan pada hujung jari tangan atau jari kaki dikaitkan dengan rangsangan kontraksi.
Walau bagaimanapun, terdapat sedikit kajian saintifik yang boleh membuktikan kebenaran perkara ini. Langkah terbaik adalah anda perlu melangkau bahagian urutan tersebut. Selain itu, ikuti tip kami untuk manicure yang selamat, seperti di bawah:
- Sebelum memilih salun untuk menata rias kuku anda, ambil sedikit masa untuk memantau kebersihan mereka dahulu. Tumpukan pada alatan yang mereka gunakan seperti peralatan dan juga mangkuk.
- Terus bertanyakan soalan. Jika anda mempunyai pertanyaan tentang prosedur kebersihan salun, jangan malu untuk mengutarakan soalan anda. Lebih baik lagi jika anda dapat memastikan mereka mensteril setiap alatan selepas digunakan.

- Beri perhatian pada ventilasi. Semasa proses mendandan, pilih tempat yang berdekatan dengan tingkap atau kipas.
- Jangan mendapatkan manicure atau pedicure jika anda mempunyai luka terbuka pada jari ataupun kaki anda. Mikroorganisma boleh menembusi sistem anda melalui luka tersebut.
- Jika anda memilih untuk melakukan manicure sendiri di rumah, lakukannya di bilik yang mempunyai ventilasi yang baik.
- Pilih produk kuku tanpa toksik.
- Jangan pergi melakukan rawatan kuku atau sebarang rawatan kecantikan sehinggalah anda berada pada trimester kedua.
- Paling utama, anda perlu mendapatkan konsultasi daripada doktor sebarang membuat sebarang keputusan berkaitan dengan kesihatan anda.