backup og meta

Ingin Anak Kembar? Ini Cara Tingkat Peluang Hamil Kembar

Ingin Anak Kembar? Ini Cara Tingkat Peluang Hamil Kembar

Jika anda ingin mendapatkan bayi lebih daripada seorang pada satu-satu masa, mungkin sudah tiba masanya untuk anda ‘mengorek’ semula salasilah keluarga dan memikirkan diet anda – faktor-faktor ini boleh mempengaruhi kemungkinan untuk anda hamil kembar.

Sejarah keluarga wanita

Ini berkaitan sejarah kehamilan, bukannya sejarah mengenai kebapaan. Malahan, tiada perbezaan walaupun jika pasangan anda mempunyai keturunan kembar dalam keuarganya. Anda yang akan mengeluarkan telur, jadi jika anda ataupun ibu anda mempunyai kembar, atau jika adik-beradik perempuan anda mempunyai bayi kembar, maka anda juga berkemungkinan tinggi untuk hamil kembar.

Pemakanan anda

Wanita yang mengambil diet rendah-lemak, terutamanya vegan dan vegetarian, adalah kurang cenderung untuk hamil kembar berbanding dengan seseorang individu yang sesekali minum susu dan makan stik. Ini disebabkan oleh perubahan hormon bagi seseorang yang mempunyai jenis diet pelbagai, dan seseorang individu yang tinggi indeks jisim tubuh (BMI) – yang digunakan untuk mengira kesihatan berat badan anda dengan tinggi anda.

Bilangan anak yang anda ada

Semakin banyak anak yang anda ada, semakin lebih peluang anda untuk hamil anak kembar. Anda menyediakan diri anda dengan lebih peluang bertuah untuk hamil kembar. Malahan, peluang cerah jika anda mudah hamil sebelum ini.

Umur wanita

Wanita dalam lingkungan usia 30-an hingga 40-an lazim untuk hamil kembar dua dan tiga. Ini berlaku disebabkan pengendalian ovari anda dan fungsinya berbeza mengikut umur. Pada peringkat usia ini, anda mungkin akan melepaskan lebih daripada satu telur setiap bulan.

Rawatan kesuburan

Faktor lain yang boleh meningkatkan kecenderungan anda untuk hamil kembar adalah mendapatkan rawatan kesuburan seperti IVF (in vitro fertilization). Jenis ubat yang digunakan dalam rawatan ini merangsang tubuh anda untuk ovulasi dan menghasilkan telur. IUI (intrauterine insemination), kaedah di mana sperma dimasukkan ke dalam rahim menggunakan picagari, adalah satu-satunya rawatan kesuburan yang tidak meningkatkan peluang untuk hamil kembar.

Kaum

Kembar adalah lebih popular dalam kalangan masyarakat Amerika berkulit putih dan masyarakat Afrika Amerika, tetapi kurang dalam kalangan orang Asia.

Jangan terlalu bimbang jika anda sering terdengar ura-ura yang mengatakan hamil kembar bermaksud kehamilan anda tinggi-risiko. Kebanyakan ibu yang hamil kembar melahirkan bayi yang sihat. Malahan, komplikasi serius adalah kes yang jarang berlaku untuk kehamilan kembar. Walau bagaimanapun, kelahiran pramatang adalah lebih biasa dalam kehamilan kembar. Jadi, anda perlu lebih kerap berjumpa doktor untuk temu janji, berbanding dengan mereka yang hamil tunggal.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

6 Factors That Increase Your Chance Of Having Twins Or Multiples. http://www.motherandbaby.co.uk/trying-for-a-baby/pregnancy-planning/help-to-get-pregnant/6-factors-that-increase-your-chance-of-having-twins-or-multiple-babies. Accessed December 7, 2016.

Pregnant with twins: potential complications. http://www.babycentre.co.uk/a3584/pregnant-with-twins-potential-complications. Accessed December 7, 2016.

Versi Terbaru

27/11/2019

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Sakit Kepala Sebab Anemia? Amalkan 9 Jenis Makanan Ini Masa Hamil, Hb Akan Naik!

Ingin Tip Cegah Hamil Cara Tradisional? Boleh Cuba Ambil 10 Makanan & Minuman Ini


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan