Pening semasa Hamil: Ini 3 Perkara yang Anda Perlu Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Pening adalah masalah lazim yang berlaku kepada ibu hamil. Pening boleh berlaku pada bila-bila masa semasa tempoh kehamilan. Jika anda mengalami rasa pening semasa hamil, teruskan membaca artikel ini.

Apa yang menyebabkan rasa pening semasa hamil?

Semasa anda hamil, hormon dalam tubuh anda akan berubah. Perubahan dalam paras hormon boleh membawa kepada perubahan dalam saluran darah. Saluran darah yang meningkat akan menggalakkan aliran darah kepada bayi anda, tetapi mengurangkan aliran darah kembali kepada anda. Malahan, tekanan darah anda juga akan semakin rendah. Jadi, darah yang mengalir ke otak anda akan berkurangan, justeru anda mengalami pening.

Pening juga boleh terjadi disebabkan perubahan dalam sistem kardiovaskular. Denyutan jantung anda akan jadi laju, menyebabkan amaun darah dalam tubuh anda meningkat. Penyebab lain ialah paras gula darah rendah. Tubuh anda perlu menukar metabolismanya. Pening juga boleh berlaku disebabkan oleh tumbesaran uterus anda. Rahim yang semakin membesar meletakkan lebih tekanan pada saluran darah ibu hamil.

Bagaimana untuk mengelakkan pening semasa hamil?

Bagi mengurangkan rasa pening semasa hamil, anda boleh cuba cara di bawah:

−Berbaring. Dengan berbaring mengiring, anda boleh meningkatkan aliran darah ke otak anda. Cara ini boleh mengurangkan masalah pening dan mengelakkan anda pitam. Bagi mengekalkan posisi tidur, anda boleh letakkan satu bantal di belakang badan anda dan satu lagi bantal di bawah pinggul anda. Berbaring terlentang boleh membuatkan keadaan lebih teruk.
−Makan lebih kerap. Anda disarankan untuk mengambil sedikit makanan pada setiap kali hidangan di siang hari supaya tubuh anda sentiasa ada tenaga.
−Jangan berdiri terlalu lama. Ini boleh mengurangkan peredaran darah anda. Jika anda perlu berdiri, cubalah untuk menggerakkan badan anda sedikit.
−Jangan duduk atau berdiri terlalu cepat. Darah boleh terhimpun dalam kaki anda, sementara darah boleh menjadi kurang dalam otak anda. Jadi, anda mungkin akan mengalami pening. Semasa anda berbaring, anda perlu bangun perlahan-lahan untuk duduk. Kemudian, selepas beberapa minit, anda boleh bangun perlahan-lahan daripada posisi duduk anda.
−Jangan mandi air panas atau berendam air panas. Ini kerana ia boleh meningkatkan saiz saluran darah anda.

Bila perlu berjumpa doktor?

Pening boleh dikurangkan dengan melakukan beberapa tips. Bagaimanapun, hubungi doktor anda jika anda melihat tanda-tanda tidak normal pada tubuh anda seperti pendarahan faraj, sakit pada bahagian abdomen, hilang penglihatan, sakit kepala, ataupun simptom lain.

Pening semasa hamil boleh menyebabkan anda rasa hendak pitam dan membuatkan anda tidak selesa. Ini adalah keadaan yang biasa dan boleh diatasi dengan perubahan yang mudah dalam gaya hidup anda. Bagaimanapun, anda perlu berjumpa dengan doktor jika masalah ini menjadi semakin teruk.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Dengar Bunyi Muzik Dalam Telinga Tanpa Sebab? Sindrom Ini Mungkin Puncanya!

    Pernahkah anda mengalami bunyi bising dalam telinga seakan muzik? Ia mungkin petanda sejenis sindrom bernama Musical Ear Syndrome! Apakah ia?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keadaan Telinga 04/03/2021 . 3 minit bacaan

    Wajah Menggerutu Bukan Sebab Jerawat @ Jeragat, Puncanya Sebab Kutu!

    Mungkin masih ramai yang belum tahu apa itu demodex berserta bahayanya. Jadi, jom klik artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Masalah Kulit Lain 04/03/2021 . 3 minit bacaan

    Selalu Rasa Diri Bukan Ibu Bapa Terbaik? Bertenang, Kami Ada Tip Yang Boleh Anda Cuba

    Bergelar ibu bapa terbaik mungkin mencabar. Namun ia boleh diatasi dengan kemahiran keibubapaan. Berikut antara tips keibubapaan yang perlu dimiliki.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan 03/03/2021 . 5 minit bacaan

    Jantung Berdegup Laju Tanpa Sebab? Ini Mungkin 4 Penyakit Yang Menyebabkan Aritmia Jantung!

    Jantung berdebar tanpa sebab atau berdegup laju secara tiba-tiba, tapi kenapa? Jom ketahui apa punca aritmia jantung yang anda alami.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Degupan Jantung 03/03/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jari tangan

    Betul Ke Letupkan Jari Tak Elok Untuk Kesihatan? Ini 5 Tip Nak Berhenti Lakukannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 04/03/2021 . 3 minit bacaan
    sakit lutut

    Mahu Turunkan Berat Badan Tapi Selalu Sakit Lutut? Ini 4 Strategi Berkesan Capai Berat Ideal

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 04/03/2021 . 3 minit bacaan
    cara menjaga jantung

    Tak Suka Jumpa Doktor? Makanlah Epal Hijau Setiap Hari Untuk Elak Penyakit Jantung!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 04/03/2021 . 3 minit bacaan
    info ibu mengandung

    Ini Antara Perubahan Tubuh & Emosi Sepanjang Kehamilan, Wanita Hamil WAJIB Ambil Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/03/2021 . 5 minit bacaan