backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Merancang Kehamilan

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/11/2019

    Merancang Kehamilan

    Kebanyakan individu menganggap kehamilan merupakan sesuatu yang mudah. Hakikatnya, kehamilan tidak semudah yang disangka dan memerlukan perancangan dan persiapan yang mencukupi. Ini untuk meningkatkan peluang anda untuk hamil secara selamat dan sihat. Berikut merupakan beberapa perkara yang anda perlu ikuti sekiranya anda mempunyai perancangan untuk hamil dalam masa yang terdekat.

    Cipta dan kekalkan gaya hidup yang sihat

    Keadaan fizikal anda dan pasangan memainkan peranan yang sangat besar dalam menentukan kesihatan kandungan. Oleh itu, amat penting untuk anda memberikan perhatian terhadap pemakanan, aktiviti senaman serta waktu tidur anda. Paling penting, jauhkan diri anda daripada bahan dan gejala yang mampu mengkibatkan kesan negatif kepada kandungan seperti rokok dan alkohol.  

    Kedua-dua anda dan pasangan juga perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh bagi memastikan anda bebas dari komplikasi kesihatan seperti diabetes atau hipertensi selain penyakit kelamin yang paling ditakuti iaitu sexually transmitted diseases (STD). Ini bertujuan untuk memastikan kandungan anda berada dalam keadaan sihat dan selamat.

    Beri perhatian terhadap pengambilan ubat-ubatan

    Sekiranya anda dan pasangan sudah tekad untuk mempunyai zuriat, maka anda perlu berhenti mengambil ubat kontraseptif atau sebarang ubat perancangan keluarga yang lain beberapa bulan sebelum itu.

    Jika anda masih dalam tempoh pengambilan ubat-ubatan yang diperlukan untuk merawat masalah kesihatan anda, berbincanglah dengan doktor anda untuk memastikan ubat-ubatan tersebut selamat untuk kandungan anda atau tidak. Anda mungkin dinasihatkan untuk mengubah jenis ubat-ubatan lain sekiranya ubat-ubatan yang anda ambil pada ketika ini mampu memberi kesan negatif terhadap kandungan anda.

    Ibu hamil disarankan untuk mengambil suplemen asid folik sekurang-kurangnya 400 hingga 1000 mcg pada satu hari. Ini untuk mengelakkan janin mereka mengalami sebarang kecacatan.

    Anda juga disarankan untuk mengambil beberapa vaksinasi ketika sedang hamil untuk melindungi kandungan anda daripada sebarang penyakit berbahaya. Ibu hamil amat perlu mengambil suntikan vaksinasi MMR (Measles-Mumps-Rubella) sekurang-kurangnya sebulan sebelum anda memutuskan untuk hamil. Penyakit-penyakit ini sangat berbahaya dan mampu merosakkan jantung, telinga dan mata bayi dalam kandungan.

    Ketahui waktu kesuburan anda

    Peluang anda untuk hamil sebenarnya sangat tinggi ketika 5 hari proses ovulasi berlaku dalam tubuh badan anda. Jangka hayat sperma pula kebiasaannya adalah juga selama 5 hari. Oleh itu, sangat penting untuk anda dan pasangan mengetahui waktu tubuh badan anda melakukan proses ovulasi. Ini kerana proses ini berlaku berbeza bagi setiap individu. Namun begitu, anda masih boleh meneka hari-hari tersebut dengan memberi perhatian terhadap perubahan suhu, keinginan melakukan hubungan seks yang berlaku pada tubuh badan anda.

    Selain itu, anda juga boleh melakukan pengiraan dengan menghubungkaitkan waktu anda datang haid pada bulan ini dan bulan seterusnya. Untuk lebih pasti, anda boleh menggunakan peralatan khas yang mampu melihat waktu tubuh badan anda berovulasi. Peralatan ini boleh didapati di farmasi dan pusat perubatan yang telah diperakui.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan