Menentukan Jantina Bayi: Mitos dan Ujian Perubatan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Antara perkara yang mengujakan semasa hamil adalah meneka sama ada jantina bayi anda lelaki ataupun perempuan. Selain daripada mitos yang diperkatakan sejak sekian lama, terdapat beberapa cara untuk mengenal pasti jantina bayi dalam kandungan. Artikel di bawah memberikan maklumat kepada anda mengenai bagaimana jantina boleh dikenal pasti melalui beberapa ujian perubatan.

Mitos

Mitos-mitos yang diperkatakan mungkin sekadar mitos, tetapi tiada salahnya untuk mencuba.

Bentuk perut anda semasa hamil (baby bump):

Mengikut cerita orang-orang dahulu, jika bentuk perut anda semasa hamil bulat seperti bola, ini bermakna anda sedang mengandungkan bayi lelaki. Sebaliknya, jika perut anda berbentuk luas, anda lebih cenderung untuk mendapat bayi perempuan.

Mengidam makanan manis dan berempah, dan makanan yang sedap:

Teknik ini hanya bergantung kepada apa yang anda ingin makan, dan tentunya tidak tepat untuk mengenal pasti sama ada anda mengandungkan bayi lelaki ataupun perempuan. Bagaimanapun, adalah dipercayai bahawa jika seseorang ibu itu mengidam makanan manis, dia akan mendapat bayi perempuan. Sebaliknya, jika anda teringin makan makanan seperti kentang goreng dan stik semasa hamil, anda mungkin sedang hamil bayi lelaki.

Bentuk wajah anda:

Kepercayaan orang dulu-dulu, ibu yang boleh mengawal berat badan mereka dan menjaga penampilan akan melahirkan bayi lelaki. Sementara untuk ibu yang tidak, dia akan mendapat bayi perempuan. Mengapa berbeza? Ini kerana, menurut kepercayaan dahulu, bayi perempuan akan mengambil seri kehamilan ibu tersebut.

Ujian perubatan yang boleh mendedahkan jantina sebenar bayi 

Amniosentesis:

Prosedur amniosentesis termasuklah meletakkan sebatang jarum ke dalam bendalir yang mengelilingi bayi. Pakar kemudiannya akan melihat kepada rupa kromosom bayi untuk menentukan jantina bayi, juga sebarang keabnormalan kromosom. Teknik ini pasti dapat menentukan jantina bayi anda. Walau bagaimanapun, memandangkan ujian ini berisiko tinggi menyebabkan keguguran, maka doktor tidak akan mencadangkan anda untuk melakukan ujian ini.

Ultra-bunyi:

Pada usia kandungan 20 minggu, anda dan pasangan boleh mengetahui jantina bayi dengan cara melakukan imbasan ultrabunyi anatomi. Jika anda benar-benar ingin tahu, semasa minggu ke-14 dan 15 kehamilan, imbasan juga sudah boleh dilakukan. Malahan, secara saintifiknya, jika anda melihat bentuk penyu, bersedialah untuk menerima bayi lelaki. Sementara itu, jika anda melihat tiga garisan, maka anda mungkin akan menerima bayi perempuan. Pun begitu, teknologi boleh menyebabkan keputusan yang salah. Jadi, satu-satunya cara untuk memastikan jantina anak anda adalah dengan menunggunya sehingga hari kelahiran.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Selain Botak Tengah, Ada 3 Lagi Masalah Rambut Boleh Berlaku Apabila Anda Semakin Tua

    Kepala botak tengah menjadi antara masalah yang sering berlaku apabila berusia. Lelaki sinonim dengan tumbuh rambut botak, namun wanita juga boleh alaminya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Badan Di Usia Emas 04/03/2021 . 3 minit bacaan

    Pernah Dengar Pembedahan Pintasan Perut? Inilah ‘Rahsia’ Orang Kurus Dalam Sebulan!

    Pernahkah anda dengar mengenai pembedahan pintasan perut atau pembedahan bariatrik? Sebenarnya, bukan semua orang boleh lakukan pembedahan ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Prosedur & Pembedahan Kesihatan 04/03/2021 . 3 minit bacaan

    Betul Ke Letupkan Jari Tak Elok Untuk Kesihatan? Ini 5 Tip Nak Berhenti Lakukannya

    Amalan letupkan jari tangan sering dianggap berbahaya. Ada yang khuatir akan risiko radang sendi jika seseorang itu kerap meletupkan jari mereka...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Artritis 04/03/2021 . 3 minit bacaan

    Mahu Turunkan Berat Badan Tapi Selalu Sakit Lutut? Ini 4 Strategi Berkesan Capai Berat Ideal

    Senaman boleh jadi mencabar bagi pesakit yang menghidap masalah osteoartritis lutut. Namun, fakta klise adalah penurunan berat badan boleh...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Artritis 04/03/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    gastritis kronik

    Ini 8 Petanda Anda Alami Gastrik Kronik (Gastritis), Ada Harapan Ke Untuk Sembuh?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 04/03/2021 . 2 minit bacaan
    gula gula getah

    Tanpa Sedar, Tertelan ‘Chewing Gum’! Benarkah Ia Akan Melekat Dalam Perut?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 04/03/2021 . 2 minit bacaan
    cara menyusukan bayi

    Terlupa Susukan Anak Guna Payudara Kanan @ Kiri? Guna 7 Tip Ini Sebagai Peringatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 04/03/2021 . 3 minit bacaan
    tanda gugur

    Keguguran Memang Menyedihkan Tapi Jika Bakal Ibu Alami Gejala Ini, Jumpa Doktor Segera!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/03/2021 . 3 minit bacaan