Memilih Doktor untuk Bayi Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Apa yang anda fikirkan semasa menyediakan persiapan untuk kelahiran bayi anda? Sebelum membeli barang keperluan bayi atau memilih nama bayi, perkara pertama yang setiap ibu bapa perlu lakukan adalah mencari doktor bayi anda dahulu untuk memastikan bayi anda sihat dan selamat pada peringkat penting kehidupannya.

Bila anda perlu mula mencari doktor pediatrik anak anda?

Semua ibu bapa perlu mencari pakar pediatrik sebelum kelahiran anak mereka. Ibu bapa amat disarankan untuk mula mencari pediatrik secepat mungkin bagi memastikan anda mempunyai cukup masa untuk membuat pilihan yang betul.

Masa terbaik untuk mula mencari doktor bayi ialah kira-kira 3 bulan sebelum tarikh jangkaan bersalin anda. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu mencari pengasuh bayi 6 bulan lebih awal daripada tarikh kelahiran, terutama jika anda tinggal di kawasan kota yang besar dan sibuk.

Sebelum mendapatkan doktor pediatrik, penting untuk anda fikirkan adakah pusat perubatan atau hospital tersebut memenuhi keinginan dan sesuai untuk anda dan bayi.

Jenis penjaga pediatrik

Terdapat 3 jenis penyedia penjagaan utama yang berkelayakan untuk bayi:

1. Pediatrik
Pakar pediatrik adalah doktor perubatan yang mengkhusus dalam menyediakan penjagaan untuk bayi dan anak kecil. Fokus utama mereka adalah penjagaan kesihatan preventif seperti untuk meningkatkan imuniti kanak-kanak serta menguruskan setiap peringkat perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak. Kebanyakan pakar pediatrik sekarang ini bolah juga mendiagnosis dan merawat penyakit serius. Akan tetapi, ini hanya boleh dilakukan jika mereka mendapat pensijilan tambahan dalam penjagaan kritikal, kardiologi, perubatan kecemasan atau bidang sub pengkhususan lain.

Jika anda memilih pakar pediatrik untuk penjagaan kesihatan anak anda, doktor tersebut akan melawat anak anda/ menerima kunjungan anak anda pada beberapa hari dalam seminggu sejak bayi lahir sehinggalah mereka mencecah usia 2 tahun. Selepas usia bayi 2 tahun, doktor akan melakukan kunjungan sekali setahun untuk pemeriksaan kesihatan tahunan. Walau bagaimanapun, doktor pediatrik ini adalah orang pertama yang akan anda hubungi jika terdapat sesuatu berlaku pada kesihatan bayi anda.

Pakar pediatrik meluangkan masa 7 tahun untuk mendapatkan lesen mereka. Mereka juga perlu menjalani kursus pendidikan perubatan tertentu (CME) setiap tahun untuk membolehkannya memperbaharui pensijilan mereka.

2. Doktor keluarga

Doktor keluarga adalah mereka yang mendapat lesen selepas dilatih dalam pelbagai bidang termasuklah bidang pediatrik. Oleh itu, satu-satunya perbezaan antara doktor keluarga dengan pediatrik adalah mereka layak untuk menjaga seluruh keluarga anda tanpa mengira umur.

Jika anda memilih doktor keluarga, mereka akan menjadi sebahagian dalam keluarga anda. Bukan hanya mereka akan mengetahui setiap sejarah perubatan dalam kalangan ahli keluarga anda, tetapi juga mereka akan mengetahui perkara lain dalam keluarga anda. Doktor keluarga adalah pilihan popular dalam kebanyakan isi rumah kerana mereka bukan sahaja boleh menjimatkan wang dengan cara mengurangkan perbelanjaan keseluruhan penjagaan kesihatan dan juga risiko seseorang untuk dimasukkan ke hospital.

Doktor keluarga mengambil masa 7 tahun untuk mendapatkan pensijilan mereka dan juga perlu mengambil kredit CME tahunan.

3. Pengamal Jururawat Pediatrik (PNP)

Pengamal jururawat adalah sebahagian daripada kumpulan doktor keluarga atau pediatrik. Bagaimanapun, sesetengahnya bergerak secara bebas. Pengamal jururawat pediatrik adalah jururawat terlatih yang mendapat pendidikan lebih tinggi dan intensif. Mereka juga berkelayakan untuk membuat diagnosis perubatan, melakukan pemeriksaan fizikal, dan juga menyediakan preskripsi perubatan untuk anak anda tanpa memerlukan kebenaran doktor secara terus. Memandangkan pengamal jururawat bekerja di bawah penyeliaan rapi doktor di hospital dan klinik, mereka boleh mendapatkan konsultasi prefesional jika masalah perubatan yang rumit timbul. Ramai ibu bapa lebih gemar memilih pengamal jururawat berbanding doktor kerana mereka lebih banyak masa untuk berbincang tentang masalah penjagaan kesihatan anak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tompok Hitam Pada Mata Tanda Barah? Ini 7 Tanda Awal Kanser Mata Yang Anda Perlu Tahu

    Seringkali kita mengabaikan tanda kanser mata memandangkan ia bukanlah sejenis kanser yang lazim didiagnosis di seluruh dunia.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Lain 26/02/2021 . 3 minit bacaan

    Jika Kesihatan Oral Tidak Dipantau, Orang Tua Anda Berisiko Untuk Dapat 5 Penyakit Gigi Ini!

    Warga emas amat mudah untuk mendapat beberapa jenis penyakit gigi. Berikut adalah antara jenis masalah gigi yang sering berlaku kepada warga emas.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Badan Di Usia Emas 26/02/2021 . 3 minit bacaan

    Wanita Boleh Tumbuh Janggut! Ya, Ini Antara 3 Penyakit ‘Rare’ Menyerang Perempuan!

    Tahukah anda, ada beberapa jenis penyakit jarang berlaku yang lebih berisiko terjadi kepada wanita? Salah satunya merupakan penyakit wanita berjanggut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan Wanita Lain 26/02/2021 . 3 minit bacaan

    Jangan Pandang Mata Orang Yang Tengah Sakit Mata, Nanti Boleh Berjangkit! Betul Ke?

    Kuarantin diri sendiri di rumah adalah salah satu cara hilangkan sakit mata. Jom klik artikel ini untuk tahu cara lain dengan lebih mendalam lagi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Penyakit Mata 26/02/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jangkitan kuman

    Maklumat Lengkap Mengenai Penyakit Berjangkit: Simptom, Punca, Rawatan & Langkah Pencegahan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 26/02/2021 . 4 minit bacaan
    petua kencing tak lawas

    Kenapa Perlu Terus Sengsara Akibat Kencing Tak Lawas? Ada 7 Cara Mengawalnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/02/2021 . 3 minit bacaan
    sel darah

    Ini Jenis Penyakit Darah Yang Perlu Diketahui, Bukan Hanya Anemia Dan Talasemia Sahaja, Tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 26/02/2021 . 5 minit bacaan
    radang sendi

    Sendi Bengkak Disebabkan 2 Masalah Radang Sendi Ini, Kenali Perbezaannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 26/02/2021 . 3 minit bacaan