backup og meta

Tekanan Darah Tinggi dan Kehamilan

Tekanan Darah Tinggi dan Kehamilan

Mempunyai tekanan darah tinggi – sama ada sebelum atau semasa kehamilan, memerlukan perhatian khusus kerana ia memberi kesan kepada kedua-dua ibu dan anak. Inilah antara apa yang anda perlu tahu mengenai hipertensi dalam kehamilan ini.

Jenis hipertensi dalam kehamilan yang berbeza 

Beberapa kes tekanan darah tinggi yang ada mungkin terbentuk sebelum kehamilan.

Walau bagaimanapun, terdapat kes-kes di mana keadaan ini berlaku semasa mengandung.

Berikut adalah beberapa jenis tekanan darah tinggi:

  • Hipertensi dalam kehamilan: Wanita hamil biasanya mendapat keadaan ini kira-kira selepas 20 minggu kehamilan. Tiada tanda kerosakan organ atau protein berlebihan dalam air kencing dikesan. Wanita dengan hipertensi semasa kehamilan pastinya akan menyebabkan pra-eklampsia pada akhir kehamilan.
  • Hipertensi kronik: Ini adalah keadaan hipertensi dalam kehamilan yang sudah wujud sebelum mengandung atau terhasil sebelum 20 minggu kehamilan. Walau bagaimanapun, oleh kerana ia tidak menunjukkan simptom yang jelas, mungkin sukar untuk menentukan ketika mana ia sebenarnya bermula.
  • Hipertensi kronik dengan pertindihan bersama pra-eklampsia: Keadaan ini berlaku untuk wanita yang mengalami hipertensi kronik sebelum kehamilan yang kemudiannya akan memburukkan tekanan darah tinggi atau membentuk komplikasi lanjut semasa mengandung.
  • Pra-eklampsia: Ini adalah komplikasi kehamilan yang dicirikan oleh tekanan darah tinggi dan tanda-tanda kerosakan kepada organ lain. Ini boleh berlaku kepada wanita dengan hipertensi kronik atau hipertensi semasa kehamilan selepas 20 minggu kehamilan. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kesan yang teruk kepada ibu dan anak.

hipertensi dalam kehamilan

Potensi risiko daripada tekanan darah tinggi semasa kehamilan

Terdapat banyak risiko yang dijangka bagi wanita hamil dengan tekanan darah tinggi, seperti:

  • Penurunan aliran darah ke plasenta: ini diterjemahkan kepada kurang oksigen dan bekalan nutrien kepada bayi, yang akhirnya mengakibatkan pertumbuhan yang perlahan, berat lahir rendah, bahkan juga kelahiran pramatang.
  • Gangguan plasenta: Ibu yang mengalami pra-eklampsia mempunyai risiko yang lebih tinggi terhadap keadaan ini. Gangguan yang teruk membawa kepada pendarahan yang berlebihan dan kerosakan pada plasenta, yang meletakkan risiko kepada kedua-dua hayat bayi dan ibu.
  • Kelahiran pramatang: Bersalin awal mungkin penting dalam beberapa kes untuk mengelakkan komplikasi yang membawa maut.
  • Penyakit kardiovaskular pada masa depan: Ibu yang mengalami pra-eklampsia mempunyai risiko penyakit kardiovaskular pada masa depan. Risiko boleh menjadi lebih tinggi jika ibu mengalami banyak pra-eklampsia atau kelahiran pramatang.

Penggunaan ubatan bagi tekanan darah tinggi semasa kehamilan

Rawatan hipertensi adalah penting untuk anda dan bayi anda memandangkan tekanan darah tinggi boleh menimbulkan komplikasi kesihatan yang serius.

Walau bagaimanapun, ubat perlu diambil dengan berhati-hati semasa mengandung kerana mereka boleh mencecah dan menjejaskan bayi anda.

Walaupun beberapa ubat untuk rawatan hipertensi dianggap selamat untuk wanita hamil, terdapat beberapa yang lain, seperti ubat perencat aktiviti enzim penukar angiotensin (ACE) dan ubat perencat reseptor angiotensin (ARB) harus dielakkan untuk wanita hamil.

Anda mesti berunding dengan doktor anda mengenai penggunaan ubat.

Patuhi arahan doktor anda dan jangan menghentikan pengambilan ubat atau mengubah dos tanpa kebenaran doktor.

Bersalin dan kelahiran

Doktor anda mungkin mengesyorkan untuk mengawalkan tarikh bersalin anda untuk mencegah komplikasi.

Dalam sesetengah kes, pembedahan Caesarian mungkin diperlukan.

Perihal pasca kelahiran

hipertensi dalam kehamilan

Anda perlu memantau tekanan darah anda dengan kerap selepas bersalin. Sekiranya bacaannya adalah normal sebelum kehamilan, bacaan anda mungkin akan kembali normal selepas bersalin.

Walau bagaimanapun, perlu diambil perhatian bahawa anda terdedah untuk mendapat hipertensi dalam kehamilan seterusnya ataupun kemudiannya dalam kehidupan.

Sekiranya bacaan anda tidak normal, anda mungkin mempunyai hipertensi kronik dan bukan hipertensi semasa kehamilan.

Dalam kes ini, rawatan adalah penting untuk memastikan tekanan darah anda pada paras yang baik.

Penyusuan badan oleh ibu sangat disyorkan untuk kebanyakan wanita, walaupun bagi mereka yang mempunyai hipertensi dalam kehamilan dan mengambil ubat.

Walau bagaimanapun, berbincanglah dengan doktor supaya mereka boleh mengesyorkan dos yang selamat atau ubatan alternatif.

Dalam sesetengah kes, doktor anda juga mungkin menasihatkan anda supaya tidak menyusu sejurus selepas anda mengambil ubat tersebut.

Mendapat hipertensi dalam kehamilan boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang serius untuk anda dan bayi anda.

Ambil langkah aktif untuk mengawal tekanan darah anda sekarang, dan berbincang dengan penyedia penjagaan kesihatan anda tentang keadaan semasa anda bagi mendapatkan nasihat terbaik.

[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. High Blood Pressure in Pregnancy. https://www.nhlbi.nih.gov/health/resources/heart/hbp-pregnancy. Accessed 12 Sep 2016
  2. High blood pressure and pregnancy: Know the facts. http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/pregnancy/art-20046098?pg=1. Accessed 12 Sep 2016
  3. https://www.marchofdimes.org/complications/high-blood-pressure-during-pregnancy.aspx#:~:text=Preeclampsia.,be%20a%20serious%20medical%20condition.
  4. https://www.acog.org/womens-health/faqs/preeclampsia-and-high-blood-pressure-during-pregnancy
  5. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/high-blood-pressure-in-pregnancy

 

Versi Terbaru

13/08/2021

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nisreen Nadiah


Artikel Berkaitan

Apa yang Perlu Anda Tahu tentang Plasenta Bayi Anda

Bagaimana Preeklampsia, Eklampsia, dan Sindrom HELLP Didiagnosis?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 13/08/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan