home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Sedang Merancang untuk Hamil? Lakukan 10 Perkara Ini

Sedang Merancang untuk Hamil? Lakukan 10 Perkara Ini

Melangkah ke alam keibubapaan adalah keputusan besar yang perlu dilakukan bagi setiap pasangan, dan memerlukan perancangan yang rapi. Tahukah anda bahawa jika anda ingin mencuba untuk hamil, terdapat beberapa jenis makanan yang perlu anda elakkan, dan anda perlu menukar kepada gaya hidup yang lebih sihat. Teruskan membaca untuk mengetahui 10 perkara yang perlu anda lakukan sebelum bersedia bergelar ibu dan bapa.

Mendapatkan rundingan daripada doktor

Meskipun berjumpa doktor semasa anda hamil adalah perkara yang menggembirakan, namun tiada salahnya jika anda berjumpa doktor lebih awal. Jika anda mengalami keadaan jangka panjang seperti epilepsy atu diabetes, ia boleh mempengaruhi keputusan anda tentang kehamilan. Jadi, bagi memastikan anda tidak mengalami sebarang masalah kesihatan sebelum anda hamil, sila lakukan pemeriksaan dengan doktor anda.

Lakukan pemeriksaan am

Ramai pengamal perubatan yang menyarankan supaya bakal ibu melakukan pemeriksaan pembawa genetik sebelum anda mula mencuba untuk hamil. Jika anda atau pasangan anda membawa penyakit keturunan serius seperti cystic fibrosis atau penyakit sickle cell, 25% kemungkinan bahawa anak anda akan mewarisi penyakit tersebut.

Ambil asid folik

Asid folik boleh membantu mengurangkan risiko bayi mendapat kecacatan tiub neural. Ambil 400 mikrogram suplemen asid folik setiap hari semasa anda mencuba untuk hamil, dan sehinggalah usia kandungan anda 12 minggu.

Berhenti merokok

Merokok semasa hamil dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti kelahiran bayi pramatang, bayi lahir rendah berat badan, kematian bayi dalam kot dan juga keguguran.

Berhenti mengambil pil perancang

Pengambilan pil perancang boleh mengubah kitaran haid dan masa ovulasi seseorang wanita. Jadi, anda perlu berhenti mengambil pil perancang beberapa bulan sebelum anda merancang untuk hamil.

Hentikan minuman beralkohol

Jika anda merancang untuk hamil, pendekatan paling selamat adalah tidak mengambil minuman alkohol langsung, bagi meminimakan risiko kepada bayi anda. Pengambilan alkohol semasa hamil boleh membahayakan bayi anda untuk jangka panjang. Lebih banyak anda minum, lebih besar risikonya.

Hadkan kafein

Ini mungkin berita yang menyedihkan untuk penggemar kopi. Pengambilan lebih daripada dua cawan kopi atau lima minuman soda boleh meningkatkan risiko keguguran dan merendahkan peluang untuk mendapat bayi.

Kekalkan rutin senaman

Walaupun jika anda tiada perancangan untuk hamil, namun senaman harian boleh memberikan manfaat yang besar untuk keseluruhan kesihatan anda. Menurut kajian yang dilakukan, senaman yang sederhana boleh meningkatkan kesuburan. Anda boleh melakukan senaman sihat seperti berjalan atau berbasikal selama 30 minit atau lebih beberapa kali seminggu.

Kekalkan berat yang sihat

Peningkatan berat badan boleh membawa kepada banyak masalah semasa kehamilan seperti diabetes gestasi dan tekanan darah tinggi. Dengan mengekalkan purata julat kadar BMI boleh memberi kebaikan kepada anda dan bayi. Wanita dengan BMI tinggi adalah lebih cenderung mendapat komplikasi semasa hamil atau kelahiran. Sementara, wanita dengan BMI rendah dan gagal mencapai berat yang sepatutnya adalah lebih cenderung untuk melahirkan bayi kurang berat badan.

Mengambil vaksinasi

Sesetengah jangkitan, seperti rubella, boleh membahayakan bayi anda jika anda dijangkiti semasa hamil. Bercakap dengan doktor anda tentang vaksin yang anda perlukan untuk keselamatan bayi anda.

Melakukan perancangan rapi sebelum hamil adalah penting untuk kedua-dua ibu dan bayi dalam kandungan. Anda mungkin masih belum hamil lagi, tetapi anda boleh mula melakukan persediaan bagi memastikan anda cukup sihat untuk mengandungkan bayi selama 9 bulan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

4 Things You Should Avoid Before You Get Pregnant. http://www.fitpregnancy.com/pregnancy/getting-pregnant/4-things-you-should-avoid-you-get-pregnant. Accessed August 30, 2016.

Seventeen things you should do before you try to get pregnant. http://www.babycenter.com/0_seventeen-things-you-should-do-before-you-try-to-get-pregnan_7171.bc?showAll=true.  Accessed August 30, 2016.

Planning for Pregnancy. http://www.cdc.gov/preconception/planning.html. Accessed August 30, 2016.

Your pregnancy checklist. http://www.webmd.com/baby/guide/your-pre-pregnancy-to-do-list. Accessed August 30, 2016.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin
Disemak pada 11/12/2018
x