Beberapa bulan pertama hamil, janin akan bergantung pada hormon tiroid si ibu. Hormon inilah yang memainkan peranan penting dalam perkembangan normal bayi. Akan tetapi, bagaimana pula jika ibu ada masalah tiroid?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Beberapa bulan pertama hamil, janin akan bergantung pada hormon tiroid si ibu. Hormon inilah yang memainkan peranan penting dalam perkembangan normal bayi. Akan tetapi, bagaimana pula jika ibu ada masalah tiroid?
Ibu hamil yang mengalami kekurangan hormon tiroid boleh memberi kesan kepada kesihatan janin.
Kajian awal mendapati bahawa kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu dengan masalah ini semasa kehamilan mempunyai IQ yang lebih rendah dan gangguan perkembangan psikomotor.
Baca lebih lanjut tentang Kehamilan di sini.
Hipotiroidisme adalah keadaan yang disebabkan oleh kelenjar tiroid yang tidak aktif dan masalah ini boleh berlaku semasa kehamilan.
Hyper membawa maksud yang terlalu banyak.
Ini adalah ketika tiroid terlalu aktif dan menghasilkan banyak hormon tiroid, menyebabkan fungsi badan anda menjadi laju.
Hipertiroidisme semasa kehamilan biasanya disebabkan oleh gangguan autoimun yang disebut penyakit Graves.
Gangguan autoimun adalah keadaan kesihatan yang berlaku apabila antibodi (sel dalam tubuh yang melawan jangkitan) menyerang tisu yang sihat secara tidak sengaja.
Sekiranya anda menghidap penyakit Graves, sistem imun anda akan menghasilkan antibodi yang menyebabkan tiroid anda mengeluarkan hormon tiroid yang terlalu banyak.
Hypo pula bermaksud terlalu sedikit atau tidak mencukupi.
Ini berlaku ketika tiroid kurang aktif dan tidak menghasilkan hormon tiroid yang mencukupi, menyebabkan banyak fungsi badan anda menjadi perlahan.
Hipotiroidisme semasa kehamilan biasanya disebabkan oleh gangguan autoimun yang disebut penyakit Hashimoto.
Apabila anda menghidap penyakit Hashimoto, sistem imun anda menghasilkan antibodi yang menyerang tiroid dan merosakkannya sehingga tidak lagi dapat menghasilkan hormon tiroid.
Masalah tiroid sangat sering terjadi pada wanita yang sedang hamil dan penyakit ini akan menyulitkan proses kehamilan.
Namun jangan risau, sekiranya dikawal dengan betul, wanita dengan masalah hipotiroidisme akan dapat melahirkan bayi yang sihat dan tidak terjejas.
Masalah tiroid yang tidak dirawat semasa hamil akan menjejaskan wanita dan bayi semasa dan selepas kelahiran.
Masalah-masalah untuk si ibu boleh merangkumi:
Masalah tiroid untuk bayi boleh merangkumi:
Gejala-gelaja masalah tiroid mungkin ringan dan sukar untuk dikenal pasti, namun anda boleh memerhatikan simptom-simptom ini:
Penggantian hormon tiroid akan dilakukan untuk merawat ibu hamil.
Jumlah hormon tiroid yang diberikan adalah berdasarkan tahap hormon tiroid yang dimiliki oleh si ibu dan juga berdasarkan gejala-gejalanya.
Tahap hormon tiroid boleh berubah semasa kehamilan, justeru dos penggantian hormon kemungkinan akan berubah dari masa ke masa.
Tahap hormon ini perlu diperiksa setiap 4 minggu pada separuh pertama kehamilan serta mungkin akan diperiksa lebih jarang pada separuh kedua kehamilan selagi dosnya tidak berubah.
Hormon tiroid tidak boleh diambil pada masa yang sama dengan vitamin pranatal. Ini kerana mineral dalam vitamin boleh menghentikan penyerapan hormon tiroid.
Walau bagaimanapun, jangan khuatir kerana rawatannya selamat dan penting bagi kesihatan si ibu dan bayi dalam kandungan.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen