Kawal Berat Badan Semasa Hamil

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 25/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Kehamilan mungkin merupakan satu-satunya waktu dalam kehidupan di mana wanita membiarkan tubuh mereka naik berat badan. Walau bagaimanapun, tindakan membiarkan berat badan meningkat semasa hamil tidak selalunya betul. Jika anda menganggap inilah waktu yang sesuai untuk anda makan makanan segera, manis ataupun minum minuman ringan, fikirkan semula! Sungguhpun tindakan mengambil hidangan tersebut sekali-sekala tidak membahayakan kandungan anda, namun anda perlulah lebih berhati-hati. Mengawal berat badan semasa hamil dianggap tidak penting oleh kebanyakan ‘mak buyung’.

Elakkan gula dan karbo

Ramai doktor menyarankan wanita hamil untuk mengurangkan pengambilan gula dan karbo dalam hidangan harian mereka. Makanan yang kaya dengan gula dan karbo seperti gula, makanan segera ataupun nasi ternyata sekali merangsang penghasilan insulin. Insulin diketahui menjadi hormon simpanan lemak utama dalam badan kita. Apabila bahagian insulin anda berkurang, badan anda mempunyai lebih masa untuk membiarkan lemak keluar daripada simpanannya dan kemudiannya membakar menggantikan karbohidrat. Merendahkan tahap insulin juga boleh memberi manfaat kepada buah pinggang anda dengan cara merangsang pengguguran lebihan sodium dan membuangnya melalui air kencing anda. Proses ini boleh mengurangkan pengembungan badan dan air yang tidak perlu. Dengan menyekat pengambilan karbo dan merendahkan insulin dalam darah adalah penting untuk membantu badan anda mula mengambil kurang kalori tanpa rasa lapar semasa hamil.

Simpanan protein

Kedua, ibu hamil perlu memastikan penambahan protein dalam diet harian mereka. Nutrien ini adalah penting untuk tumbesaran tisu bayi anda dan mengelakkan kecacatan semasa kelahiran. Dengan mengambil makanan yang kaya dengan protein, lemak baik, dan sayuran rendah-karbo, anda boleh mendapatkan pengambilan karbo anda kepada jumlah yang disarankan iaitu 20-50 gram sehari. Anda boleh mendapatkan protein baik di dalam:

−Poultri daging-putih
−Susu, keju, dan yogurt
−Telur
−Kekacang
−Soya
−Daging pejal

Sebagai tambahan, buah dan sayur perlu dimasukkan dalam hidangan anda. Sebagai sumber baik untuk serat, vitamin, dan mineral, kesemua makanan ini membolehkan badan anda untuk menggunakan zat besi dengan lebih berkesan dan membantu membina tisu bayi. Anda boleh makan sebanyak mana pun sayuran rendah-karbo tanpa perlu takut berat badan naik. Contoh sayuran rendah-karbo ialah:

−Brokoli
−Kubis bunga
−Bayam
−Kale
−Kubis Brussels
−Kubis
−Swiss chard
−Salad
−Timun
−Saderi

Selain membuang lemak daripada hidangan harian, anda perlu juga menambah lemak baik atau lemak tak tepu untuk memberikan tenaga pada badan dan membantu memproses vitamin tertentu. Semasa hamil, lemak perlu ditingkatkan 30 peratus daripada kalori harian anda. Makanan yang mengandungi lemak tak tepu boleh meningkatkan tahap kolesterol darah dan merendahkan risiko penyakit jantung. Bagi menambah lebih lemak sihat dalam hidangan, anda perlu:

−Mengambil asid lemak omega 3: Sumber yang kaya dengan asid lemak omega 3 seperti salmon, ikan trout, ikan herring, kale, bayam, dan kacang walnut
−Makan lebih banyak lemak mono tak tepu: Kacang badam, kacang gajus, kacang tanah, kacang pecan, dan mentega yang diperbuat daripada kacang-kacang ini, dan avokado – Ini semua sumber baik untuk lemak mono tak tepu

Semasa hamil, pelan diet anda mungkin tidak banyak yang perlu diubah jika anda telah pun mengikuti diet seimbang sebelum hamil. Akan tetapi, penting untuk anda memastikan anda mendapat semua nutrien yang diperlukan untuk bayi dalam kandungan anda supaya si manja boleh membesar dengan baik. Dengan membuat pelan pemakanan yang baik bukan sahaja boleh membantu anak anda kekal sihat, bahkan juga boleh membantu anda mengawal berat badan semasa hamil dan selepas bersalin.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sendi Bengkak Disebabkan 2 Masalah Radang Sendi Ini, Kenali Perbezaannya

    Masalah radang sendi (artritis) lazim didiagnosis terutamanya dalam kalangan populasi berusia. Ia merangkumi penyakit seperti artritis reumatoid...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Artritis 26/02/2021 . 3 minit bacaan

    Tompok Hitam Pada Mata Tanda Barah? Ini 7 Tanda Awal Kanser Mata Yang Anda Perlu Tahu

    Seringkali kita mengabaikan tanda kanser mata memandangkan ia bukanlah sejenis kanser yang lazim didiagnosis di seluruh dunia.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Lain 26/02/2021 . 3 minit bacaan

    Jika Kesihatan Oral Tidak Dipantau, Orang Tua Anda Berisiko Untuk Dapat 5 Penyakit Gigi Ini!

    Warga emas amat mudah untuk mendapat beberapa jenis penyakit gigi. Berikut adalah antara jenis masalah gigi yang sering berlaku kepada warga emas.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Badan Di Usia Emas 26/02/2021 . 3 minit bacaan

    Wanita Boleh Tumbuh Janggut! Ya, Ini Antara 3 Penyakit ‘Rare’ Menyerang Perempuan!

    Tahukah anda, ada beberapa jenis penyakit jarang berlaku yang lebih berisiko terjadi kepada wanita? Salah satunya merupakan penyakit wanita berjanggut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan Wanita Lain 26/02/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    mengatasi sembelit

    Sudah Habis Teran Tapi Tak Keluar, Ini Petanda Sembelit Kronik, Apa Anda Kena Buat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 01/03/2021 . 3 minit bacaan
    jangkitan kuman

    Maklumat Lengkap Mengenai Penyakit Berjangkit: Simptom, Punca, Rawatan & Langkah Pencegahan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 26/02/2021 . 4 minit bacaan
    petua kencing tak lawas

    Kenapa Perlu Terus Sengsara Akibat Kencing Tak Lawas? Ada 7 Cara Mengawalnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/02/2021 . 3 minit bacaan
    sel darah

    Ini Jenis Penyakit Darah Yang Perlu Diketahui, Bukan Hanya Anemia Dan Talasemia Sahaja, Tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 26/02/2021 . 5 minit bacaan