Ibu IVF 50% Lebih Berisiko Menghidap Diabetes Gestasi, Benarkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 06/10/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Dengan teknologi zaman kini, wanita yang sukar hamil masih berpeluang untuk mengandung dengan bantuan rawatan kesuburan moden seperti IVF. Pun begitu, ia bukannya seratus peratus boleh berjaya dan ini semua juga adalah bergantung kepada individu itu sendiri. Selain itu, ada satu perkara lagi yang perlu dibimbangkan iaitu wanita yang melakukan kaedah IVF sebenarnya lebih berisiko menghidap diabetes gestasi. Sejauh manakah kenyataan itu? Sila ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

Ibu IVF lebih berisiko menghidap diabetes gestasi

Menurut pemerhatian yang dijalankan oleh Academics at the Aristotle University of Thessaloniki di Greece terhadap 38 kajian lepas yang melibatkan hampir 2 juta wanita, sejumlah 63,760 wanita telah berjaya hamil melalui teknik artificial reproduction technique (ART) seperti in-vitro fertilization (IVF).

Pun begitu, bukan itu sahaja yang ditemui oleh para pengkaji itu. Mereka juga mendapati bahawa ibu yang berjaya hamil melalui kaedah IVF sebenarnya lebih berisiko menghidap diabetes gestasi sebanyak 50% berbanding wanita yang mengandung secara semula jadi. 

Mereka juga sebenarnya tidak berapa pasti punca perkara ini terjadi namun ia mungkin disebabkan oleh kondisi kesukaran untuk hamil itu sendiri. Selain itu, penggunaan hormon di dalam rawatan kesuburan seperti IVF juga dikhuatiri menjadi dalangnya.

Bahaya diabetes gestasi

Buat anda yang kurang tahu mengenai penyakit ini, ia adalah salah satu daripada 3 jenis penyakit diabetes atau kencing manis. Diabetes jenis 1 dan jenis 2 boleh menyerang setiap individu tanpa mengira usia dan jantina. Manakala, diabetes gestasi hanya akan dihidapi oleh sesetengah wanita yang sedang hamil.

Apa yang bahaya mengenai penyakit ini adalah ia boleh mengundang kepada beberapa penyakit lain yang lebih serius iaitu praeklampsia, kematian bayi semasa lahir. Kondisi ini biasanya akan pulih dengan sendiri selepas kelahiran bayi, namun ia turut meningkatkan risiko kedua-dua ibu dan bayi untuk menghidap diabetes dewasa kelak.

Apa kata pakar?

Menurut Dr. Adam Watkins yang merupakan profesor biologi reproduktif di University of Nottingham, IVF pernah dikaitkan dengan beberapa kondisi lain selain diabetes gestasi iaitu kelahiran bayi kurang berat dan juga praeklampsia.

Beliau turut menjelaskan bahawa kebanyakan wanita yang menggunakan teknik IVF cenderung lebih tua dan mempunyai kondisi seperti polycystic ovarian syndrome (PCOS) berbanding wanita yang hamil secara semula jadi. Jadi, ini mungkin antara punca diabetes gestasi berlaku.

Selain itu, ia juga mungkin disebabkan oleh kadar hormon yang digunakan dalam rawatan kesuburan untuk merangsang tubuh badan wanita untuk menghasilkan telur dan juga ketika pembedahan pemindahan embrio ke dalam rahim. Hormon ini dikatakan akan menjejaskan penggunaan insulin, sekali gus meningkatkan risiko rintangan insulin dan seterusnya, diabetes.

Manakala menurut Alastair Sutcliffe, profesir pediatrik umum di University College London, ia bukan satu perkara yang perlu anda terlalu risau atau panik. Kini, seramai lebih 8 juta bayi dilahirkan melalui teknik ART seperti IVF di serata dunia dan jumlah ini dijangka semakin meningkat tahun demi tahun. Dengan teknologi perubatan yang makin moden dan canggih, tidak mustahil untuk menurunkan risiko diabetes gestasi terhadap ibu IVF.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jika Alami 9 Tanda Ini, Anda PATUT Buat Ujian Kehamilan, No. 1 & 5 Paling Biasa Terjadi

    Pening memikirkan bila boleh buat pregnancy test? Usah bimbang, Hello Doktor akan bantu anda untuk mengetahui masa sesuai lakukan ujian kehamilan sendiri.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Cubaan Hamil, Cubaan Hamil Lain 24/02/2021 . 3 minit bacaan

    Jika Anda Alami Salah Satu Daripada 7 Tanda Ini, Anda Mungkin Ada Kencing Manis!

    Ada kepentingan untuk anda mengetahui tanda kencing manis tinggi gula ini. Kami senaraikan beberapa tanda kencing manis peringkat awal untuk makluman anda. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diabetes Jenis 2 24/02/2021 . 3 minit bacaan

    Gula Tinggi & Gula Rendah Bahayakan Nyawa! Ini 13 Tanda Tubuh Banyak Dan Kurang Gula

    Tahukah anda, paras gula darah yang terlalu tinggi dan rendah sangat berbahaya? Ini 13 tanda kurang gula dalam badan dan tanda gula tinggi dalam badan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Kencing Manis 23/02/2021 . 2 minit bacaan

    Ini Kesan Diabetes Masa Hamil Kepada Bayi Dalam Kandungan, Mak Buyung MESTI Tahu!

    Adakah bahaya kencing manis semasa hamil benar-benar serius? Adakah kesan penyakit diabetes semasa hamil boleh mempengaruhi bayi dalam kandungan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Komplikasi Diabetes 22/02/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    beza air mazi dan air mani

    Benarkah Air Mazi TIDAK Menyebabkan Kehamilan? Ini Tanggapan Yang Harus Diperbetulkan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/03/2021 . 3 minit bacaan
    info ibu mengandung

    Ini Antara Perubahan Tubuh & Emosi Sepanjang Kehamilan, Wanita Hamil WAJIB Ambil Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/03/2021 . 5 minit bacaan
    cara berlari dengan betul

    Suka Aktiviti Berlari? Pesakit Diabetes Jenis 1, Sebelum Buat, Ambil Tahu 3 Perkara Mustahak Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 03/03/2021 . 2 minit bacaan
    tips kerja shift malam

    Anda Ada Diabetes Dan Bekerja Shift Malam? Ini 15 Tip Kawal Gula Darah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 02/03/2021 . 3 minit bacaan