backup og meta

Cara Mengawal Berat Semasa Hamil

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 30/09/2021

    Cara Mengawal Berat Semasa Hamil

    Bukan mudah untuk mengikuti garis panduan berat badan kehamilan, terutamanya jika anda tidak pernah mengidam karbohidrat begitu banyak dalam hidup anda dan di mana-mana sahaja anda pergi, orang meminta anda untuk makan untuk dua orang.

    Tetapi berat badan terlalu banyak semasa hamil boleh meningkatkan risiko anda kepada komplikasi kelahiran seperti bersalin melalui pembedasan Caeserean dan kelahiran pra-matang. Walaupun anda mula mengandung dengan berat badan berlebihan atau obes – seperti lebih daripada separuh daripada wanita Amerika – jika anda kakalkan berat badan anda mengikut julat yang disyorkan, ia boleh mengurangkan risiko masalah kesihatan seperti kencing manis semasa mengandung, dan preeklampsia.

    Berapa banyak kenaikan berat badan yang sepatutnya semasa hamil jika anda terlebih berat badan atau obes

    Berapa banyak kenaikan berat badan yang berlaku semasa hamil bergantung kepada BMI anda:

  • Jika BMI anda 25-29,9: Pertambahan berat yang disyorkan ialah antara 15 dan 25 pound pada akhir kehamilan anda, atau kira-kira 2 hingga 3 pound sebulan pada trimester kedua dan ketiga.
  • Jika BMI anda adalah 30 atau lebih tinggi: Anda dinasihatkan untuk naik hanya 11 hingga 20 paun semasa mengandung.
  • Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2010 dalam jurnal Obstetrics & Gynecology mendapati bahawa wanita hamil yang naik lebih daripada berat yang disyorkan adalah 50 peratus lebih berkemungkinan untuk mendapat diabetes semasa hamil berbanding wanita mengikut berat yang disyorkan.

    Diet untuk ibu hamil

    Anda tidak memerlukan banyak kalori tambahan setiap hari untuk bayi anda. Garis panduan semasa mengesyorkan 340 kalori tambahan setiap hari dalam trimester kedua dan 450 kalori tambahan setiap hari dalam trimester ketiga anda jika anda mula hamil pada berat badan yang sihat. (Jika anda kurang berat badan atau berat badan berlebihan, nombor-nombor ini akan berbeza berdasarkan sasaran berat badan anda.)

    Adalah penting untuk mengelakkan dehidrasi semasa mengandung – dan minum air yang cukup mempunyai manfaat tambahan untuk membantu anda rasa kenyang di antara waktu makan dan snek.

    The Institut Of Medicine menasihatkan wanita hamil agar mengambil 10 gelas air atau minuman lain setiap hari. Sesetengah pakar pemakanan mencadangkan agar menambah lebih banyak bagi setiap jam aktiviti ringan.

    Tiada siapa yang mengharapkan anda untuk mengelakkan kentang goreng dan ais krim sepenuhnya semasa hamil.

    Kuncinya adalah untuk memenuhi nafsu anda sambil mendapatkan protein dan lemak sihat yang diperlukan oleh anda dan bayi (dan yang akan membantu anda berasa kenyang).

    Diet terbaik untuk bayi

    Pengambilan makanan dalam jumlah yang betul dari setiap lima kumpulan di dalam USDA Food Guide Pyramid akan membantu anda dan bayi anda mendapatkan nutrien yang diperlukan. Tetapi sebelum anda terlalu teruja mengenai bilangan hidangan yang dibenarkan, anda perlu memberi perhatian terhadap kandungan bagi setiap hidangan. Sebagai contoh, satu lempeng bersaiz cakera padat – bukan tiga lempeng bersaiz gergasi bersama mentega dan sirap – sama dengan satu hidangan bijirin. Sama ada anda mengambil makan utama tiga kali sehari atau enam hidangan ringan, lakukannya secara konsisten. Anda juga mungkin lebih selesa mengambil hidangan yang ringan di peringkat akhir kehamilan kerana bayi anda pada tempoh ini memberikan lebih banyak tekanan pada perut anda. Berikut ialah cara membahagikan diet anda:

    Bijirn (6 hingga 11 hidangan) mengandungi karbohidrat, sumber utama tenaga bagi badan. Cuba untuk dapatkan bijirin penuh sebanyak yang boleh. Ia mengandungi serat dan mengurangkan sembelit yang merupakan masalah biasa semasa hamil. Satu hidangan bijirin adalah kira-kira satu keping roti atau satu cawan nasi, bijirin, atau pasta.

    Buah-buahan (2-4 hidangan) dan sayur-sayuran (3 hingga 5 hidangan) kaya dengan vitamin dan nutrien serta serat. Makanan ini membolehkan anda memanfaatkan zat besi dengan lebih efisyen dan membantu bayi anda membina tisu. Satu hidangan sayuran boleh terdiri daripada satu cawan sayur mentah atau yang dimasak. Satu hidangan buah-buahan boleh menjadi sebiji buah bersaiz sederhana, satu cawan buah-buahan di dalam tin, atau satu cawan jus buah-buahan. Wanita hamil perlu berusaha untuk makan sekurang-kurangnya satu hidangan setiap hari yang kaya dengan vitamin C, seperti buah-buahan sitrus dan tomato.

    Protein (2 hingga 3 hidangan) didapati dalam makanan seperti daging, ikan, dan kacang, dan penting untuk pertumbuhan tisu bayi anda. 2 hingga 3 auns daging dimasak tanpa lemak, ayam, atau ikan (lebih kurang saiz satu dek kad) dianggap satu hidangan. Sebiji telur, dua sudu makan mentega kacang, atau 1/3 cawan kacang juga boleh dikira sebagai satu auns daging.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 30/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan