backup og meta

Cara Kurangkan Koyakan Vagina Sewaktu Bersalin

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 13/09/2019

    Cara Kurangkan Koyakan Vagina Sewaktu Bersalin

    Sewaktu hari bersalin semakin menghampiri, ramai ibu mengandung berasa bahawa keterujaan awal mereka berganti rasa takut dan risau tentang bagaimana proses kelahiran nanti akan berlaku. Selain rasa sakit dan risiko komplikasi kehamilan, salah satu kebimbangan besar wanita sebelum bersalin adalah kemungkinan berlakunya koyakan vagina.

    Beberapa faktor yang meningkatkan risiko koyakan vagina yang teruk termasuklah berat bayi berlebihan, bayi dilahirkan pada kedudukan posterior (muka), episiotomi, waktu bersalin yang lama dan penggunaan alat bantuan waktu bersalin, terutamanya forsep.

    Pun begitu, risiko tersebut boleh dikurangkan melalui beberapa langkah untuk anda cuba:

    Kekal sihat

  • Amalkan diet sihat untuk memastikan bekalan mineral dan vitamin yang mencukupi untuk memastikan tisu kulit anda kuat dan fleksibel.
  • Bersenam secara konsisten untuk membina dan mengekalkan kesihatan sistem kardiovaskular dan otot yang kuat bagi membolehkan anda mempunyai kekuatan dan stamina semasa waktu untuk meneran. Senaman pranatal yang disyorkan termasuk Yoga, senaman Kegel, dan berjalan kaki. Si Ibu juga harus belajar teknik pernafasan untuk mencegah tekanan semasa bersalin.
  • Adalah penting untuk mengekalkan berat yang sihat sebelum dan semasa hamil kerana berat badan berlebihan boleh meningkatkan risiko berlakunya koyakan vagina.
  • Urutan perineum

    Ibu hamil disyorkan untuk cuba melakukan urutan perineum (kawasan faraj/vagina hingga dubur) sekali atau dua kali sehari dari minggu ke-34 kehamilan dan seterusnya. Cara paling berkesan adalah dengan menggunakan pelincir kulit seperti minyak mineral, vitamin E atau minyak kelapa. Urutan perineum adalah cara yang cepat dan mudah untuk meningkatkan fleksibiliti lantai pinggul anda. Dengan itu, anda dapat mengurangkan risiko berlaku koyakan teruk.

    Menggunakan alat Epi-No

    Kaedah ini melibatkan kemasukan alat boleh kembung seperti belon ke dalam vagina seminggu sebelum bersalin untuk memastikannya meregang pada tahap tertentu untuk meningkatkan fleksibiliti. Walaupun mungkin kedengaran aneh, tetapi kaedah ini telah terbukti lebih berkesan dan lebih selesa untuk ibu hamil berbanding penggunaan urutan perineum tradisional.

    Pastikan perineum anda hangat

    Suhu hangat meningkatkan aliran darah, melembutkan dan mengendurkan tisu kulit pada bahagian yang dihangatkan. Sebelum bersalin, anda boleh meminta bidan menekan tuala hangat dan basah dengan lembut pada kawasan tersebut atau anda boleh bersalin dalam tab mandi hangat.

    Cari postur yang betul

    Renggangan perineum yang berlebihan boleh dikurangkan jika anda bersalin secara melutut, berbaring sisi atau berada dalam kedudukan merangkak. Berbaring seperti biasa (ke belakang) mengurangkan saiz pelvik anda dan mengurangkan kesan graviti semula jadi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 13/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan