backup og meta

Bagaimana Anda Hamil: Mengenali Telur dan Sperma

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 04/07/2022

    Bagaimana Anda Hamil: Mengenali Telur dan Sperma

    Kehamilan merupakan jangka masa sperma bertemu dengan telur. Ia boleh mengambil masa dari 45 minit ke 12 jam untuk sperma sampai ke tiub fallopian – tempat yang selalu berlakunya kehamilan. Walaupun begitu, sperma boleh hidup di dalam badan anda sehingga tujuh hari. Maka, kehamilan boleh berlaku bila-bila masa dalam seminggu selepas persetubuhan sekiranya anda sedang ovulasi.

    Mari belajar dengan lebih mendalam tentang perjalanan yang menakjubkan ini, dan bagaimanakah kehidupan bermula!

    Bagaimanakah telur menetas?

    Bagi wanita, kemungkinan untuk mengandung bermula dari ovari. Dua organ yang kecil dan berbentuk bujur ini melekat kepada kedua-dua belah rahim anda. Ovari dibalut dengan telur yang telah sedia ada apabila anda masih lagi berada di dalam rahim ibu anda. Setiap bayi perempuan dilahirkan dengan 1 ke 2 juta telur di dalam ovarinya. Kebanyakan telur mati dengan segera dan selebihnya berkurangan dengan kadar yang sekata apabila anda semakin tua. Anda juga mungkin akan mengeluarkan kira-kira 400 telur semasa tahun kesuburan anda, di antara haid pertama anda dan menopaus.

    Sepanjang setiap kitaran haid, kadangkala selepas haid, satu ke tiga telur akan menjadi matang di dalam salah satu ovari anda. Telur yang paling matang akan dibebaskan melalui proses yang dinamakan ovulasi. Telur disedut melalui bukaan yang bebentuk tulip di tiub Fallopian terdekat. Terdapat dua tiub fallopian, setiap satunya kira-kira 10cm panjang, yang menghubungkan ovari ke rahim. Ovulasi biasanya berlaku sebelum haid anda (kira-kira 12 ke 14 hari). Masa ovulasi yang tepat bergantung kepada jangka masa kitaran haid anda. Beberapa jenis hormon berfungsi bersama-sama untuk mengawal jangka masa kitaran haid anda, bilakah telur akan matang dan masa ovulasi.

    Purata jangka hayat telur adalah 24 jam selepas dibebaskan. Ia perlu disenyawakan dalam tempoh masa ini oleh sperma untuk menghasilkan janin. Sekiranya telur berjumpa dengan sperma yang sihat dalam perjalanannya ke rahim, proses permulaan kehidupan yang baru akan bermula. Jika proses ini tidak berlaku, perjalanan telur akan sampai ke penghujungnya di rahim dan akan dihancurkan.

    Sekiranya anda tidak hamil, ovari akan berhenti menghasilkan estrogen dan progesterone. Ini merupakan dua hormon yang membantu proses kehamilan.

    Apabila tahap kedua-dua hormon ini berkurangan, lapisan rahim yang tebal akan tertanggal semasa haid. Baki telur yang tidak disenyawakan tertanggal bersama-sama lapisan ini.

    Bagaimanakah sperma dihasilkan?

    Sementara wanita yang telah matang hanya membebaskan satu telur setiap bulan, tubuh badan lelaki pula bekerja sepanjang waktu, menghasilkan berjuta-juta sperma yang mikroskopik. Satu-satunya fungsi setiap sperma adalah untuk berenang ke hadapan dan masuk ke dalam telur. Ia mengambil masa dua ke tiga bulan untuk menghasilkan sel sperma yang baru. Purata jangka hayat sperma adalah beberapa minggu di dalam tubuh badan lelaki dan sekurang-kurangya 40 juta sperma dibebaskan setiap ejakulasi. Ini bermakna lelaki perlu menghasilkan sperma setiap hari semasa umur dewasa mereka.

    Hormon yang sama yang mengawal proses ovulasi dalam wanita juga berfungsi dengan menggalakkan penghasilan testosteron kepada lelaki. Testosteron merupakan hormon yang bertanggungjawab dalam penghasilan sperma.

    Penghasilan sperma bermula di testikel – dua kelenjar di dalam kantung skrotum di bawah penis. Testikel tergantung di luar tubuh badan kerana ia sangat peka terhadap suhu. Untuk menghasilkan sperma yang sihat, mereka haruslah berada pada suhu  34 darjah celsius. Ini adalah lebih kurang 4 darjah lebih sejuk berbanding suhu badan yang normal. Apabila sperma dihasilkan, ia disimpan di dalam setiap testikel di dalam epididimis, tiub sepanjang 6 meter yang berlingkaran. Sperma dihantar dan dicampurkan dengan air mani sebelum ejakulasi.

    Meskipun berjuta-juta sperma dihasilkan dan dibebaskan setiap ejakulasi, hanya satu sperma yang akan masuk ke dalam telur. Jantina bayi anda bergantung kepada jenis sperma yang mula-mula masuk ke dalam telur. Sperma yang mengandungi kromosom Y akan menghasilkan bayi lelaki dan sperma kromosom X akan menghasilkan bayi perempuan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 04/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan