backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

4

Tanya Doktor
Simpan

Awas! Ini Penyebab Masalah Sakit Perut Semasa Hamil, Jangan Pandang Ringan!

Ditulis oleh Dian Sonnerstedt · Yoga · Yoga Alliance


Disemak pada 09/10/2023

    Awas! Ini Penyebab Masalah Sakit Perut Semasa Hamil, Jangan Pandang Ringan!

    Sakit perut ketika hamil adalah normal. Ingat, di dalam tubuh anda ada janin yang sedang membesar! Jadi, adalah normal jika anda rasa sakit sekali-sekala. Walau bagaimanapun, keadaan adalah berbeza jika rasa sakit yang anda alami merosakkan hari anda. Ini masanya untuk anda berjumpa dengan pakar obstetrik.

    Penyebab utama sakit perut

    #1. Sakit ligamen pusingan

    Ini adalah perasaan ketidakselesaan yang anda alami apabila menukar posisi secara mengejut. Sakit ligamen pusingan datang daripada abdomen bawah (atau pada bahagian dalam, rahim) ke pangkal paha.

    Ia adalah sakit yang ringkas, tajam dan menusuk, yang akan beransur pulih sendiri. Biasanya, anda akan mengalami sakit ini semasa trimester kedua.

    Akan tetapi, jika anda mengalami ketidakselesaan yang melampau, dapatkan nasihat daripada pakar obstetrik-ginekologi untuk diagnosis dan rawatan.

    #2. Sembelit dan gas

    sakit perut ketika hamil

    Bergelar ibu bermakna tahap progesteron anda akan meningkat, ini menyebabkan perjalanan makanan melalui saluran penghadaman lebih perlahan.

    Solusinya mudah sahaja kerana anda hanya perlu minum air dengan kerap, makan makanan yang kaya dengan serat, atau bersenam.

    Artikel berkaitan:

    Jika anda memerlukan penyelesaian segera, bercakaplah dengan doktor anda jika anda perlu mengambil ubat pelembut najis.

    #3. Kontraksi Braxton Hicks

    Salah satu sebab sakit perut ketika hamil ialah disebabkan kontraksi Braxton Hicks.

    Secara amnya, kontraksi Braxton Hicks adalah tidak berbahaya, tetapi ia boleh disalah anggap dengan kontraksi yang sebenar, yang terjadi apabila anda semakin dekat dengan tempoh kelahiran (atau kelahiran pramatang).

    Perbezaan utama adalah antara anda boleh atau tidak boleh meneruskan apa yang anda lakukan ketika itu.

    Kontraksi sebenar tidak meninggalkan anda sebarang pilihan lain kecuali dengan meminta bantuan, sementara jika anda mengalami kontraksi Braxton Hicks, anda masih boleh meneruskan aktiviti biasa lain.

    #4. Beberapa punca sakit perut ketika hamil yang lain

    Selain daripada penyebab yang dikatakan seperti di atas, terdapat beberapa lagi punca semula jadi dan tidak berbahaya jika anda mengalami sakit perut ketika hamil.

    Ini mungkin disebabkan uterus anda yang sedang membesar, virus perut, batu karang, fibroid, dan sensitiviti makanan.

    Punca sakit perut ketika hamil yang kurang biasa tetapi lebih serius

    sakit perut ketika hamil

    Jika anda pernah mengalami simptom-simptom seperti pendarahan, sakit yang teruk, demam atau gangguan visual, anda perlu segera berjumpa dengan doktor.

    #1. Kehamilan ektopik

    Berlaku dalam 1 daripada 50 kehamilan, kehamilan ektopik bermaksud telur anda berkembang di tempat lain selain daripada uterus, selalunya dalam tiub falopian.

    Sakit dan pendarahan teruk antara minggu ke-6 dan 10 mungkin menunjukkan fenomena ini.

    Wanita yang berisiko lebih tinggi mendapat kehamilan ektopik adalah mereka yang pernah mengalaminya sebelum ini atau pernah mendapat endometriosis, pengikatan tiub atau alat intrauterine (IUD) di tempat pada waktu konsepsi.

    Penjagaan perubatan perlu diberikan serta-merta disebabkan kebarangkalian kehamilan tidak boleh diteruskan lagi.

    #2. Keguguran

    Semasa anda berada pada trimester pertama, pendarahan dan kekejangan perut adalah sesuatu yang perlu anda pantau.

    Ini mungkin boleh menjadi petanda keguguran. Simptom lain adalah sakit belakang yang teruk, tisu seperti darah beku keluar melalui faraj anda, dan kekurangan tanda-tanda kehamilan. 

    #3. Sakit perut ketika hamil – Kelahiran pramatang

    Berlaku sebelum minggu ke-37 kehamilan, kelahiran pramatang adalah disertai dengan kontraksi tetap dan sakit belakang yang berterusan.

    Artikel berkaitan:

    Simptom lain termasuklah perubahan atau peningkatan bendalir faraj, pendarahan faraj dan tentunya, sakit abdomen dengan kekejangan perut seperti sewaktu haid. 

    #4. Plasenta terpisah

    sakit perut ketika hamilIni adalah kes yang agak berbahaya. Plasenta terpisah bererti plasenta terlalu awal terpisah daripada dinding rahim anda.

    Ini biasanya berlaku semasa trimester ketiga, disertai sakit abdomen yang teruk. Perut anda akan rasa tegang untuk tempoh yang agak lama.

    Lelehan faraj termasuklah darah merah, pekat atau mungkin juga air. Sesetengah wanita masuk ke bilik bersalin apabila mengalami  plasenta terpisah.

    Biasanya, bayi akan dilahirkan secara pembedahan C-section kecemasan. Dalam kes lain, jika pemisahan plasenta tidak begitu serius, kelahiran normal akan berlaku.  

    Kesimpulan

    Kehamilan adalah satu proses yang rumit. Lantaran itu, adalah lebih baik jika anda dapat belajar kesemua maklumat asas, buat permulaan, dan sentiasa pantau sebarang petanda luar biasa semasa kehamilan.

    Seperti biasa, jika anda mengesyaki sebarang tanda-tanda luar biasa berlaku, segera berjumpa dengan doktor anda. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Dian Sonnerstedt

    Yoga · Yoga Alliance


    Disemak pada 09/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan