backup og meta

Tangani Stres semasa Hamil

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 28/11/2019

    Tangani Stres semasa Hamil

    Ramai ibu hamil yang mengalami gejala mood swing atau perubahan emosi disebabkan hormon kehamilan. Namun, tidak dapat dinafikan juga perubahan emosi ini ada kalanya menyebabkan ibu hamil mudah berasa stres atau tertekan. Stres sudah pastinya tidak baik bukan sahaja untuk tubuh ibu bahkan bayi dalam kandungan. Jadi, bagaimana untuk menangani tekanan semasa hamil?

    Tips atasi stres semasa hamil

  • Jaga diri. Makan makanan yang berkhasiat setiap hari dan dapatkan rehat secukupnya. Jalani gaya hidup sihat dengan melakukan senaman yang betul tanpa berlebih-loebihan serta mengelakkan pengambilan rokok, alkohol dan dadah juga dapat membantyu anda melalui kehamilan yang sihat.
  • Elakkan stres. Ya, normal untuk anda rasa tertekan terutama semasa melalui sesetengah keadaan. Namun, cuba positifkan diri dan lihat kembali perkara yang menyebabkan anda tertekan. Cara ini dapat membantu anda lebih bertenang dan menangani masalah tekanan tersebut.
  • Elakkan memberi respon yang negatif semasa berada dalam keadaan tertekan. Sesetengah perkara yang kita lakukan bagi menangani stres ada kalanya akan menambah lagi tekanan yang kita rasa. Contohnya seperti dengan menjauhkan diri daripada orang sekeliling, makan tidak menentu, merokok atau mengambil alkohol. Kelakuan-kelakuan negatif seperti ini hanya akan menyebabkan anda bertambah tertekan.
    • Me-time. Lupakan tekanan dengan melakukan perkara yang anda sukai seperti menonton wayang, mendengar muzik ataupun memanjakan diri di spa.
    • Minta bantuan. Jangan segan untuk meminta tolong kepada pasangan anda, ahli keluarga mahupun orang sekeliling jika ingin melakukan sesuatu perkara. Percayalah bahawa setiap orang faham akan kondisi wanita hamil. Jika anda tertekan dengan kerja-kerja pejabat, minta bantuan rakan pejabat anda untuk melakukan kerja tersebut ataupun bercakap dengan majikan anda. Begitu juga jika anda mengalami masalah untuk melakukan kerja di rumah. Suami dan juga ahli keluarga anda pasti akan membantu jika anda berterus-terang akan masalah anda dan meminta bantuan mereka.

    Awas! Jika anda masih mengalami simptom-simptom ini; masalah tidur, kurang selera makan, sedih, menangis atau hilang minat untuk meneruskan aktiviti harian, secara berterusan sehingga lebih daripada dua minggu, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 28/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan