backup og meta

Persiapan Kesihatan untuk Bakal Bapa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/05/2023

    Persiapan Kesihatan untuk Bakal Bapa

    Persiapan Kesihatan untuk Bakal Bapa

    Apabila bercakap tentang kehamilan, kebanyakan orang hanya memfokuskan kepada bakal ibu sahaja. Umum mengetahui tip kesihatan yang penting untuk bakal ibu seperti berhenti merokok dan minum arak, mengambil suplemen dan vaksin, rehat secukupnya dan lain-lain. Tetapi banyak orang tidak mengambil berat kepada kesihatan bakal bapa yang sebenarnya turut mempengaruhi kondisi kesihatan bayi.

    Sebenarnya, ramai lelaki tidak mengetahui tentang kualiti sperma yang sama penting dengan telur wanita. Kajian menunjukkan sperma daripada lelaki yang mengalami obesiti atau diabetes akan meningkatkan risiko obesiti kepada bayi. Oleh itu, anda perlu ubah gaya hidup anda agar anak anda malah anda sendiri berada dalam kondisi yang baik dan sihat.

    Hadkan atau hentikan pengambilan alkohol

    Kajian menunjukkan bahawa pengambilan alkohol akan menyebabkan penghasilan sperma yang tidak normal. Anda masih boleh mengambil alkohol untuk sehari atau dua, tetapi tidak lebih daripada itu.

    Pastikan fizikal anda aktif

    Kerap bersenam dapat meningkatkan tahap kesuburan lelaki. Anda boleh mula dengan 30 minit kardio untuk 3 kali seminggu. Berjoging, berbasikal atau berenang juga dapat membantu fizikal anda kekal aktif.

    Kawal berat badan anda

    Kegemukan berkait rapat dengan bilangan sperma yang sedikit dan kualitinya yang lemah selain risiko anak menghidapi obesiti tinggi. Anda dinasihatkan untuk menurunkan berat badan demi kesihatan anak anda malah anda sendiri dengan mengamalkan pengambilan diet yang rendah karbohidrat dan tinggi protein selain bersenam secukupnya.

    Mengambil suplemen

    Bukan sahaja bakal ibu malahan bakal bapa juga memerlukan vitamin yang secukupnya. Vitamin penting untuk meningkatkan kualiti sperma sekaligus meningkatkan tahap kesihatan bayi anda.

    Proses kehamilan bukan sahaja bergantung kepada ibu malah kesihatan bapa juga perlu dititikberatkan. Menjadi ibubapa bukan suatu perkara yang mudah untuk bakal ibu dan bakal bapa jika anda mengabaikan kesihatan anda, pasangan dan bakal anak anda.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan