backup og meta

Tip Pilih Vitamin Pranatal Terbaik

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/11/2019

    Tip Pilih Vitamin Pranatal Terbaik

    Jika anda sedang merancang untuk hamil, sekarang masanya untuk anda mula mengambil berat akan kesihatan bayi anda – semasa prakonsepsi. Dalam kepesatan era teknologi kini, terutamanya dalam perubatan, kita disediakan dengan pelbagai vitamin atau suplemen yang boleh menyokong tubuh kita. Sesetengah vitamin pula didapati boleh membantu meningkatkan kesuburan wanita. Sementara, sesetengah yang lain tidak boleh. Dengan pelbagai vitamin atau suplemen yang ada di pasaran, yang manakah yang terbaik untuk anda? Menerusi artikel ini, kami membantu anda untuk memilih vitamin pranatal terbaik buat wanita yang sedang mencuba untuk hamil dan sedang hamil.

    Periksa label 

    Asid folik ialah vitamin super untuk wanita hamil. Anda perlu mencari makanan yang mengandungi sekurang-kurangnya 400 mcg asid folik (folat atau vitamin B9). Pengambilan dos asid folik yang sesuai amat penting untuk mengurangkan risiko kecacatan kelahiran pada otak dan saraf tunjang bayi.

    Kalsium merupakan satu lagi vitamin penting untuk wanita, terutama bagi wanita yang sedang merancang untuk hamil. Ini kerana pengambilan kalsium amat penting untuk pertumbuhan tulang bayi. Jika anda tidak mengambil cukup kalsium daripada sumber harian seperti susu, yogurt, atau makanan lain yang kaya dengan kalsium, anda perlu mengambil 1,000 mg (miligram) sehari— dalam vitamin anda.

    Zat besi adalah satu lagi mineral penting untuk wanita hamil. Anda memerlukan 30 hingga 40 mg zat besi. Jika anda mengalami anemia, periksa dengan doktor anda tentang dos yang diperlukan. Jangan lupa untuk mendapatkan nutrien penting lain seperti zink dan manganese (untuk kesuburan), iodin (untuk perkembangan otak dan tiroid bayi), dan vitamin B6 (untuk mengurangkan masalah mendapat mabuk hamil).

    Larutkannya

    Sesetengah vitamin tidak larut dengan cepat dalam perut anda. Ini bermakna tubuh anda tidak berpeluang untuk menyerap nutrien. Jika ini berlaku, lakukan ujian di rumah: Masukkan vitamin anda ke dalam setengah cawan cuka, kemudian kacau sebati selama lima minit. Dalam tempoh setengah jam hingga 45 minit, atau sehingga pil anda menjadi gelatin atau selaput keras di atasnya, sepatutnya ia sudah larut atau sekurang-kurangnya terpisah menjadi sebahagian kecil.

    Pil yang boleh dikunyah

    Jika anda mengalami masalah untuk menelan pil vitamin pranatal, anda boleh mempertimbangkan untuk mengambil vitamin pranatal yang boleh dikunyah — namun jangan berharap ia mempunyai rasa yang sedap. Tanya pendapat doktor anda tentang vitamin yang sesuai untuk anda.

    Jangan berlebih

    “Berlebih” bukanlah yang terbaik apabila melibatkan vitamin, jadi ambil pada dos yang disarankan sahaja dan jangan ambil suplemen tambahan melainkan jika disarankan oleh doktor anda. Selain itu, periksa dengan doktor jika anda ingin mengambil suplemen herba. Ini kerana sesetengah herba berisiko terutama jika anda sedang mencuba untuk hamil.

    Vitamin atau suplemen selalunya diambil untuk tujuan yang baik. Walau bagaimanapun, bukan semua orang sesuai mengambil suplemen kerana ia bergantung kepada keadaan kesihatan seseorang. Oleh itu, anda perlu mengetahui pilihan yang terbaik untuk anda, terutama jika anda sedang merancang untuk hamil.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan