Siapa sahaja yang tidak mahu memiliki anak setelah berumah tangga, terutamanya buat pasangan yang baru sahaja berkahwin. Untuk itu, kami kongsikan beberapa kaedah ikhtiar hamil agar anda boleh memperoleh zuriat dengan cepat.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Kaedah ikhtiar hamil yang boleh dilakukan
Apabila anda merancang untuk hamil, ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian agar tubuh lebih bersedia dan meningkatkan kesuburan.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda lakukan sebagai kaedah yang berkesan.
Cara cepat hamil 1: Berhenti merokok atau mengambil alkohol
Jika anda seorang perokok, sila hentikan tabiat ini dengan segera jika merancang untuk hamil.
Begitu juga jika anda kerap mengambil minuman beralkohol, anda perlu menghentikannya dengan segera.
Ini kerana, merokok dan pengambilan minuman keras akan menyukarkan anda untuk hamil.
Jika anda sudah hamil sekalipun, potensi anda untuk mengalami keguguran amatlah tinggi.
Cara cepat hamil 2: Ambil makanan yang seimbang
Anda juga digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
Elakkan makanan yang tidak sihat dan ambil makanan tinggi protein.
Selain itu, banyakkan juga pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan produk tenusu.
Pengambilan makanan yang sihat bukan sahaja baik untuk anda, tetapi juga baik untuk bayi dalam kandungan.
Ikhtiar hamil untuk suami 3: Ambil asid folik dan vitamin
Asid folik adalah suplemen yang sangat digalakkan untuk diambil oleh wanita yang ingin hamil.
Ini kerana, asid folik boleh membantu mengurangkan kromosom abnormal dek kerana vitamin pelindung meningkatkan peluang kehamilan yang berjaya.
Anda juga disarankan untuk mengambil jenis vitamin lain, namun ia perlu dikawal agar tidak diambil secara berlebihan.
Cara cepat mengandung 4: Bersukan dan bersenam antara ikhtiar hamil
Bersenam atau bersukan boleh membantu tubuh menghadapi hari-hari mendatang sewaktu anda hamil.
Ini kerana ia akan membiasakan tubuh dengan segala perubahan yang akan berlaku sewaktu mengandung.
Jika anda sudah mula hamil, anda masih lagi boleh bersenam.
Namun, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang komplikasi.
5: Berjumpa dengan doktor
Cara cepat hamil dengan berjumpa doktor juga adalah salah satu persediaan penting sebelum hamil.
Doktor akan melihat sejarah kesihatan anda agar langkah persediaan dapat diambil lebih awal.
Selain itu, anda juga mungkin perlu menjalani beberapa ujian awal seperti ujian darah dan juga pengambilan vaksin.
Kesemua ini penting untuk memastikan kesihatan anda terjaga dengan baik sewaktu hamil.
6: Lakukan seks dengan kerap
Cuba ajak pasangan anda untuk melakukan hubungan intim setiap hari atau selang sehari jika kalian merancang untuk mendapatkan zuriat.
Cara cepat mengandung yang boleh dilakukan jika mandul
Masalah ketidaksuburan dalam kalangan lelaki berlaku apabila testikel tidak menghasilkan sperma yang sihat atau mencukupi.
Adakalanya sperma tiada langsung dalam air mani atau mempunyai kecacatan sehingga sukar untuk sampai ke bahagian telur wanita.
Bagi wanita pula, masalah mandul berlaku apabila ovari tidak menghasilkan telur yang sihat untuk disenyawakan.
Selain itu, ia juga boleh berlaku sekiranya telur wanita tidak memasuki tiub fallopio untuk bertemu dengan sperma lelaki.
Namun, ada beberapa kaedah rawatan yang boleh dicuba iaitu:
#1. Ubat kesuburan, antara cara ikhtiar hamil
Bagi wanita yang mempunyai gangguan ovulasi, biasanya mereka akan dirawat dengan menggunakan ubat kesuburan.
Ubat kesuburan ini akan menggalakkan proses ovulasi wanita.
#2. Inseminasi intrauterin atau IUI
Bagi rawatan IUI, sperma pasangan anda yang sihat akan diletakkan secara terus ke dalam rahim semasa ovari menghasilkan telur wanita.
Cara ini akan memudahkan proses ovulasi untuk berlaku.
#3. Pembedahan
Pembedahan mungkin diperlukan untuk mengembalikan kesuburan sekiranya kemandulan itu berpunca daripada masalah rahim.
Antara masalah pada rahim yang boleh berlaku seperti polip endometrium, septum rahim, tisu parut intrauterin dan beberapa jenis fibroid.
[embed-health-tool-ovulation]
#4. Persenyawaan tabung uji (IVF)
IVF juga adalah antara kaedah persenyawaan yang banyak dilaksanakan bagi masalah kemandulan.
Kaedah IVF dilakukan dengan cara mensenyawakan telur wanita bersama sperma lelaki dalam tabung uji di makmal.
Setelah itu, embrio akan diimplan di dalam rahim untuk meneruskan proses kehamilan.
Kini anda sudah mengetahui ikhtiar hamil untuk period tak teratur yang perlu dilakukan sekiranya merancang untuk mendapat zuriat.
Jika semua cara ikhtiar hamil dilakukan dengan baik, maka peluang anda untuk mengandung adalah tinggi.