Merancang Cuti Bersalin, 7 Perkara Penting Buat Wanita Hamil Berkerjaya – WAJIB Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 01/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Jika anda adalah wanita hamil yang berkerjaya, perkara paling penting yang perlu anda ketahui adalah untuk merancang cuti bersalin dengan sebaiknya sebagai 1 persediaan sebelum bercuti.

Persediaan sebelum bercuti

Sebagai wanita yang bekerja, selain dibelenggu tekanan daripada proses kehamilan dan perancangan menerima cahaya mata, anda perlu memikirkan tentang persediaan sebelum bercuti untuk melahirkan anak.

Mustahil anda boleh membiarkan tugasan dan tanggungjawab anda begitu sahaja, bukan?

Pastinya anda perlu mendapatkan pertolongan seseorang bagi menggalas tanggungjawab tersebut sepanjang ketiadaan anda. Jadi sebab itu pentingnya untuk merancang cuti bersalin!

Apa itu cuti bersalin?

Cuti bersalin atau maternity leave dirujuk sebagai 1 tempoh bercuti seorang ibu baharu daripada sebarang tanggungjawab melibatkan pekerjaan selepas melahirkan anak. Cuti bersalin merupakan antara kebajikan yang diberikan daripada syarikat. Ia termasuk:

  • Cuti sakit
  • Cuti tahunan
  • Cuti tidak berbayar dan sebagainya

Ia adalah berbeza bagi setiap syarikat. Oleh sebab itu penting untuk anda menyemak kontrak kerja atau bercakap dengan pihak sumber manusia di syarikat anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang cuti bersalin

Kenapa perlu merancang cuti bersalin?

persediaan sebelum bercuti

Tujuan utama merancang cuti bersalin adalah bagi memastikan kelancaran tugasan kerja di pejabat semasa ketiadaan anda.

Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama perancangan untuk bercuti ini turut bertujuan untuk mengelakkan wujudnya sebarang isu kewangan.

Ini kerana jika anda adalah pekerja syarikat awam, anda mungkin akan diberikan cuti bersalin 3 bulan yang tetap dibayar gajinya. Tetapi bagi kebanyakan syarikat swasta, cuti bersalin bergaji yang diberikan hanyalah 2 bulan sahaja.

Jadi disebabkan itu, terdapat kemungkinan untuk timbul isu berkaitan kewangan. Ini bermakna perancangan yang baik adalah sangat diperlukan ketika merancang cuti bersalin anda, okay? 

7 cara merancang cuti bersalin

Jangan risau, tidak sukar sebenarnya untuk melakukan persediaan sebelum bercuti. Berikut adalah 7 cara yang perlu anda ikuti, iaitu:

  1. Tahu hak anda

Jika sebelum ini anda tidak pernah menyemak polisi syarikat berkenaan hak bercuti bersalin, mungkin sudah tiba masanya untuk anda mula membacanya.

Jangan lupa juga untuk membaca Akta Kerja 1955, okay?

  1. Rujuk kepada pakar

Sekiranya perlu, anda boleh bertanya dan merujuk kepada rakan sekerja yang dipercayai dan pernah melalui situasi yang sama.

Tanyakan bagaimana pihak atasan menerima keputusan mengenai perancangan cuti bersalin yang dilakukan, bagaimana layanan yang diterima dan sebarang info yang mungkin diperlukan.

  1. Buat perancangan

Tentukan berapa lama cuti yang anda ingin ambil, bila akan bermulanya cuti, bagaimana jika perlu menghubungi anda, perancangan selepas kembali bekerja semula, adakah anda ingin berkerja separuh masa dan sebagainya. 

  1. Berbincang

Cara terbaik sebagai persediaan sebelum bercuti, berbincanglah dengan ketua atau penyelia anda secara bersendirian terlebih dahulu sebelum mengumumkan cuti anda. 

Senaraikan perancangan anda secara bertulis dan berikan salinan kepada bahagian sumber manusia agar tidak berlaku sebarang salah faham di kemudian hari, terutamanya apabila anda mula bercuti.

  1. Bersedia untuk kejutan

Anda mungkin berasa anda telah melakukan persediaan dengan sewajarnya.

Namun percayalah, kejutan mungkin berlaku. Mungkin si manja ingin melihat dunia lebih awal dari jangkaan bersalin anda. Bersiap-siaga wahai mommies!

merancang-cuti-bersalin-wanita-hamil-berkerjaya

  1. Melatih pengganti

Mungkin kerja anda mudah. Tetapi ia tidak bermakna anda boleh membuat anggapan bahawa individu yang menggantikan anda juga boleh melakukan kerja sebaik yang anda lakukan.

Luangkan masa untuk mengajarnya tentang skop pekerjaan anda.

Jangan lupa untuk maklumkan tentang pelanggan, laporan dan sebarang tanggungjawab lain yang diperlukan.

Jika perlu tinggalkan juga langkah penerangan serta maklumat anda untuk dihubungi (harapnya pengganti anda boleh melakukan kerjanya dengan baik!)

  1. Tetapkan had

Jika anda tidak mahu dikaitkan dengan tugasan pekerjaan sepanjang anda bercuti, mohon untuk mendapatkan emel mingguan agar anda tetap mengetahui perjalanan kerja di pejabat.

Jangan tunggu sehingga saat akhir

Ada sesetengah individu berasakan persediaan sebelum bercuti adalah perkara remeh.

Namun hakikatnya jika anda tidak merancang cuti bersalin dengan sebaiknya, anda mungkin akan mengakibatkan timbulnya masalah kepada rakan sekerja yang lain. 

Jadi, luangkan masa untuk membuat perancangan yang terbaik agar tidak mendatangkan tekanan kepada anda sendiri kelak, okay?

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sudah Berapa Kali Anda Buang Air Kecil Hari Ini? Kalau Terlebih Ini Mungkin Tanda Penyakit!

    Berapa kali dalam sehari anda patut kencing? Individu kerap buang air kecil lebih daripada 5 kali sehari bermakna mempunyai tahap kesihatan tidak normal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Urologi, Masalah Pundi Kencing 11/09/2020 . 3 minit bacaan

    Tengok Cermin Ketika Bersalin? Bukan Saja Buat Ibu Lebih Semangat Nak MENERAN, Ada Manfaat Lain!

    Saat bersalin adalah momen besar wanita dan menjadikan pengalaman ini kekal di ingatan. Namun bagaimana jika si ibu dapat melihat dari sudut bahagian intim?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 03/09/2020 . 3 minit bacaan

    Pilih Bersalin Czer Sebab Tak Nak Sakit? Nanti Dulu, Ibu! Dengarnya Ada Risiko Anak Dapat Asma

    Kajian terbaru menunjukkan terdapat kaitan antara kaedah pembedahan czer dengan kebarangkalian untuk anak mendapat penyakit asma.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 12/08/2020 . 3 minit bacaan

    Seks Semasa Hamil Trimester Ketiga Mudahkan Bersalin? Baca Ini Sebelum Percaya!

    Ada orang percaya bahawa seks merupakan salah satu cara cepat bersalin 39 minggu atau trimester terakhir kehamilan. Jom klik untuk tahu kesahihannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kehamilan, Perkembangan Kehamilan 16/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    koyakan faraj

    Risau Faraj Terkoyak Masa Bersalin? Cuba Tip Ini Untuk Kurangkan Risikonya, Pasti Berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 13/10/2020 . 3 minit bacaan
    pemeriksaan vagina

    Takut Dengar Pengalaman Kena Seluk Semasa Bersalin? Ibu, Fahami Tentang Pemeriksaan Faraj!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    melahirkan anak kedua

    Benarkah Bersalin Anak Kedua Lebih Mudah & Cepat? Ini Yang Bakal Ibu Anak Dua Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan
    kerja rumah

    Pening Fikirkan Rumah Yang Bersepah Selepas Bersalin? Usah Stres, Jom Cuba 5 Tip Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan