backup og meta

Menimang Cahaya Mata Pertama: Apa yang Ibu Bapa Perlu Tahu?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/04/2022

    Menimang Cahaya Mata Pertama: Apa yang Ibu Bapa Perlu Tahu?

    Tiada apa yang lebih menyeronokkan bagi pasangan yang baharu berkahwin selain daripada menimang cahaya mata yang pertama. Kelahiran bayi umumnya akan mengundang keseronokan, kasih sayang dan kebahagiaan. Namun begitu, ramai yang tidak tahu bahawa kelahiran bayi juga akan mengundang kerisauan yang akan menimbulkan pelbagai persoalan. Artikel ini akan mengupas lebih lanjut mengenai 4 persoalan utama yang sering diajukan oleh ibu bapa yang baharu sahaja melahirkan cahaya mata.

    Bagaimanakah mengetahui sekiranya bayi mendapat nutrien secukupnya?

    Memeriksa pertambahan berat badan anak anda merupakan metode yang paling berkesan. Periksa sama ada mereka meningkat 1 hingga 3 kg seminggu. Sekiranya ya, ini menunjukkan anak anda mendapat nutrien yang secukupnya. Selain itu, anda juga boleh merujuk kepada waktu anda menyuap makanan kepada anak anda. Bagi setiap waktu makan, periksa lampin sama ada anak anda kencing 4 hingga 6 kali sehari dan warnanya jernih. Sekiranya tidak, ini menunjukkan mereka tidak mendapatkan susu secukupnya.

    Apakah vaksin yang perlu diambil ketika kehamilan?

    Vaksinasi merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk menyalurkan imuniti kepada anak anda. Berikut merupakan dua vaksin yang perlu anda ambil semasa kehamilan iaitu:

    • Vaksin flu: Anda akan ditawarkan untuk mengambil vaksin ini bagi melindungi anda dan bayi daripada virus flu. Disebabkan sistem imun anda adalah lemah dan sangat mudah terjangkiti virus ini ketika kehamilan, anda boleh mengambil vaksin ini tanpa mengira waktu kehamilan anda.
    • Vaksin batuk kokol: Sangat penting bagi wanita untuk mengambil vaksin ini ketika trimester ketiga kehamilan anda. Vaksin ini merupakan cara yang paling berkesan untuk mengelak penyakit batuk kokol.

    Apakah yang perlu dilakukan dengan tali pusat bayi?

    Selepas tiga minggu kelahiran bayi, tali pusat akan mengering dan akhirnya tertanggal dengan sendirinya. Sangat penting untuk anda mengetahui cara membersihkan tali pusat untuk memastikan anak anda tidak dijangkiti sebarang infeksi. Berikut merupakan 2 perkara penting yang ibu bapa perlu beri perhatian:

    • Biarkan tunggul tali pusat tertanggal dengan sendiri: Jangan menariknya kerana perbuatan tersebut akan menyakiti bayi anda. Tali pusat ini akan tertanggal dengan sendirinya pada waktu yang sesuai tanpa anda sedari.
    • Bersihkan tunggul tali pusat: Kebanyakan ibu bapa mempunyai idea untuk membersihkan tali pusat dengan menggunakan alkohol demi membasmi bakteria. Walaubagaimanapun, saintis percaya bahawa membersihkan tunggul tali pusat ini dengan air putih sebenarnya akan membuatkannya sembuh lebih awal. Jika tunggul tali pusat anak anda terlalu kotor atau melekit, hanya gunakan kain lembut yang bersih untuk mencuci bahagian tersebut.

    Berapakah berat badan yang perlu ditambah ketika kehamilan?

    Pertambahan berat badan ketika kehamilan adalah sangat penting untuk memastikan anak anda mendapat nutrien yang secukupnya untuk pertumbuhan mereka. Jumlah berat badan yang perlu ditambah ketika kehamilan bergantung kepada body mass index (BMI) anda sebelum hamil. Berikut merupakan saranan pertambahan berat badan yang sesuai:

    • Berat badan ideal (BMI 18.5 hingga 24.9): Anda perlu menambah 10 hingga 15 kg.
    • Kurang berat badan (BMI di bawah 18.5): Anda perlu menambah 12 hingga 18 kg.
    • Terlebih berat badan (BMI 25.0 hingga 29.9): Anda perlu menambah 6 hingga 10 kg.
    • Obesiti (BMI ≥ 30.0): Anda perlu menambah 4 hingga 8 kg.
    • Sekiranya hamil anak kembar, anda perlu menambah:

              15 hingga 24 kg untuk berat badan ideal

              14 hingga 22 kg sekiranya anda terlebih berat

              10 hingga 20 kg sekiranya anda obesiti

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/04/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan