backup og meta

Mengapa Wanita Memilih untuk Tidak Mahu Ada Anak?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/12/2018

    Mengapa Wanita Memilih untuk Tidak Mahu Ada Anak?

    Berkahwin dengan lelaki pilihan dan berbahagia menjalani kehidupan berdua tanpa kehadiran anak menjadi pilihan ramai wanita masa kini. Ini kerana, alam keibuan bukanlah menjadi pilihan semua wanita. Berikut disediakan beberapa alasan berkemungkinan yang menyebabkan wanita memilih untuk tidak mempunyai anak.

    1. Mengelakkan anak mewarisi masalah kesihatan yang dialami

    Selepas bergelut dengan pelbagai masalah kesihatan, terutamanya masalah yang melibatkan mental, ramai wanita yang takut untuk memiliki anak. Ini kerana mereka bimbang jika anak tersebut akan mengalami keadaan kesihatan yang sama seperti mereka. Mereka tidak mahu melihat anak menjalani kesakitan yang sama seperti yang mereka alami. Dalam sesetengah kes, wanita yang mengalami masalah mental tidak tahan melihat anak mereka dibesarkan oleh ibu yang bermasalah.

    2. Berdepan dengan masalah kesuburan

    Apabila seseorang wanita tidak boleh hamil secara semula jadi, mereka akan mempunyai perspektif berbeza tentang memiliki anak. Rawatan kesuburan pula adalah mahal sementara keputusannya juga sukar dijangka. Oleh itu, sesetengah wanita akan mengaku kalah tentang keinginan untuk menimang cahaya mata sendiri.

    3. Tidak percaya pada kemampuan keibubapaan mereka

    Walaupun hasrat untuk tidak mahu anak kelihatan seperti mementingkan diri, namun adalah lebih teruk lagi jika memiliki anak tetapi tidak dijaga dengan betul. Disebabkan pemikiran seperti inilah yang membuatkan ramai wanita berhati-hati dengan keputusan untuk menimang cahaya mata. Ibu bapa yang baik bermakna dia akan sering mendahulukan keperluan anak dan memberikan yang terbaik untuk anak. Dan, jika seseorang wanita itu berfikir dia tidak dapat memenuhi keperluan tersebut, jadi keputusannya adalah lebih baik untuk tidak ada anak.

    4. Bukan semua wanita mempunyai naluri keibuan

    Kebanyakan wanita mengimpikan sebuah keluarga bahagia yang dilengkapi dengan anak-anak dan suami. Walau bagaimanapun, sesetengah yang lain pula merasakan tiada keperluan untuk ada anak dalam kehidupan mereka. Mereka rasa kekok dengan bayi dan tidak tahan membayangkan kekalutan hidup dengan kehadiran anak-anak.

    5. Faktor sosial

    Kadangkala, memiliki anak bukanlah keputusan yang dibuat oleh dua orang sahaja. Terdapat faktor lain yang membuatkan wanita berhenti berfikir untuk memiliki anak seperti ketidaksamaan, lebihan populasi, pembulian atau terutamanya bebanan kewangan. Kebanyakan mereka tidak mahu anak mereka berdepan dengan masalah sebegitu. Misalnya, jika anda membesar dalam persekitaran masyarakat yang sentiasa berdepan dengan peperangan atau jurang jantina, sudah tentu anda juga tidak mahu anak-anak anda lahir dalam dunia yang gelap seperti itu.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/12/2018

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan