backup og meta

Ibu Hamil, Ini 5 Petua BERKESAN Untuk Mengawal Diabetes Gestasi!

Anda hamil dan mengalami penyakit diabetes? Ada ke cara mengubati kencing manis semasa mengandung? Ini 5 petua hilangkan kencing manis ketika mengandung yang boleh anda cuba.

Petua Hilangkan Kencing Manis Ketika Mengandung

Ada beberapa langkah yang boleh ibu lakukan sebagai tips hilangkan kencing manis semasa mengandung. Antaranya adalah:

1. Ubah diet pengambilan makanan seharian

Petua hilangkan kencing manis ketika mengandung yang paling utama adalah dengan melakukan perubahan dalam pemakanan yang anda makan.

Diet yang penuh nutrisi adalah salah satu cara terbaik untuk mengawal gula darah. Wanita hamil perlu mengehadkan makanan yang mempunyai kadar gula dan karbohidrat yang tinggi. 

Sebaliknya, ibu perlu makan pelbagai jenis makanan seperti kanji, zat besi, vitamin, dan makanan rendah lemak. Makan tiga hidangan kecil dan satu hingga tiga makanan ringan setiap hari. 

Wanita yang mengandung juga harus makan banyak makanan kaya serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, beras bijirin penuh, roti. Ibu hamil obes yang didiagnosis dengan penyakit diabetes gestasi harus bermula dengan diet 30 kcal/kg hari.

Doktor mungkin mencadangkan anda bertemu pakar diet berdaftar untuk membantu anda membuat pelan diet yang boleh anda ikut. Ia perlu bagi menangani kencing manis ketika mengandung, tetapi masih membekalkan kalori dan nutrien yang cukup untuk bayi anda.

Di bawah adalah beberapa tip memilih makanan baik yang boleh anda ikuti sebagai petua hilangkan kencing manis ketika mengandung:

  • Makanan bijirin penuh seperti roti gandum penuh
  • Pilih makanan rendah GI, Indeks Glisemik- adalah bagaimana mengukur makanan yang mengandungi karbohidrat meningkatkan glukosa darah, seperti pasta yang diperbuat daripada tepung gandum, epal, oren, kekacang, jagung manis dan bubur.
  • Hentikan minum minuman manis, petua hilangkan kencing manis ketika mengandung paling penting
  • Pilih makanan yang dipanggang, bukannya digoreng
  • Amalkan makanan berserat seperti perbanyakkan pengambilan sayuran berdaun hijau dan buah-buahan

Petua hilangkan kencing manis ketika mengandung #2. Makan secara tetap

Apabila sudah mengetahui pelan pemakanan yang baik untuk anda ikuti ketika sedang hamil, anda juga perlu memastikan anda mempunyai jadual pemakanan secara tetap dan elakkan daripada melangkau sebarang waktu hidangan makanan walau sesibuk mana anda dalam melaksanakan pekerjaan harian anda. 

Maka petua hilangkan kencing manis ketika mengandung yang harus diamalkan adalah untuk makan 3 kali hidangan makanan yang bersaiz kecil atau sederhana.

Jangan mengambil sesuatu hidangan makanan dalam kuantiti yang besar dan banyak. Jika perlu, anda juga boleh untuk menambah waktu pengambilan snek dalam pemakanan harian anda.

[embed-health-tool-due-date]

Berikut adalah panduan waktu pemakanan yang dicadangkan untuk diikuti:

Disarankan makan pada 3 waktu makan utama iaitu :

  • Sarapan pagi antara jam 6.30 pagi hingga 8.00 pagi
  • Makan tengah hari antara jam 12 tengah hari hingga 1.30 petang
  • Makan malam antara jam 6.30 petang hingga 7.00 malam

Waktu untuk mengambil makanan snek, ambilnya di antara waktu makan utama: 

  • Minum pagi antara jam 10.30 pagi hingga 11.00 pagi
  • Minum petang antara jam 4.00 petang hingga 4.30 petang
  • Minum malam antara jam 10.00 malam hingga 10.30 malam

Cuba makan pada masa yang sama setiap hari dan pada jumlah yang sama setiap kali. Ini dapat membantu tahap gula dalam darah anda kekal stabil. Cara ini boleh dianggap sebagai petua hilangkan kencing manis ketika mengandung yang boleh diamalkan. 

Berikut adalah beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan, seperti semua jenis gula, minuman berkarbonat, kordial, sirap, jem, kaya,kuih manis, aiskrim, susu pekat manis, yogurt manis, buah dalam tin, jeli dan lain-lain.

Terdapat beberapa jenis makanan yang boleh diambil tetapi perlu dikawal kuantiti pengambilannya seperti bijirin, nasi, roti, biskut, kuih yang tidak manis, semua jenis pasta dan mi, capati, roti canai, tosai, semua jenis ubi, kekacang, susu dan buah-buahan. 

3. Lakukan aktiviti fizikal untuk elak kencing manis

Siapa kata wanita mengandung tidak perlu melakukan sebarang aktiviti fizikal atau bersenam? Risau senaman akan mendatangkan mudarat kepada kandungan? Itu pastinya mitos yang terlalu karut untuk dipercayai dan bukannya petua hilangkan kencing manis ketika mengandung.

Ini kerana individu wanita yang hamil juga perlu untuk melakukan aktiviti fizikal untuk mengekalkan tahap kesihatan pada paras yang terbaik. Doktor mungkin menggalakkan supaya anda menambah senaman kepada rutin mingguan anda, kerana ia adalah baik untuk anda dan bayi.

Senaman pastinya merupakan satu aktiviti fizikal yang dapat membantu menurunkan tahap gula dalam darah dengan berfungsi mengangkut gula ke sel untuk digunakan sebagai sumber tenaga. Mengamalkan senaman juga dapat meningkatkan kepekaan terhadap insulin, yang bermakna badan tidak memerlukan insulin untuk membantu membawa gula ke sel-sel badan. 

Senaman juga pastinya dapat membantu mengurangkan rasa ketidakselesaan semasa kehamilan seperti sakit belakang, kekejangan dan lain-lain.

Bersenam semasa hamil adalah tidak salah, tetapi apa yang perlu diutamakan adalah ibu yang mengandung perlu memilih senaman yang bersesuaian dengan keadaan fizikal semasa. Senaman ringan dan mudah seperti berjalan kaki, aerobik, berbasikal dan berenang adalah antara aktiviti fizikal yang digalakkan untuk dicuba.

Lakukan aktiviti fizikal ini secara tetap dan teratur selama 15 sehingga 30 minit setiap hari. Ini bukan sahaja cara hilangkan kencing manis ketika hamil, sebaliknya ia juga dalam masa yang sama membantu menjaga tahap kesihatan anda.

Ini akan membantu badan anda menggunakan insulin dengan lebih baik, dan membantu mengawal paras gula darah. Anda juga boleh bertanya kepada doktor anda mengenai senaman yang bersesuaian untuk dicuba serta dan kekerapan senaman yang boleh dilakukan oleh wanita hamil.

4. Pantau tahap gula dalam darah

Selain petua hilangkan kencing manis ketika mengandung dengan mengubah diet pengambilan makanan seharian, antara petua kaedah lain yang perlu untuk dilakukan setiap hari adalah untuk memeriksa dan memantau paras gula dalam darah sentiasa dalam keadaan terkawal.

Anda perlu menguji tahap gula dalam darah anda secara teratur, sebelum makan dan antara 1 atau 2 jam selepas pengambilan sebarang hidangan makanan utama. 

Inilah cara hilangkan kencing manis ketika hamil.

Anda boleh melakukan pemeriksaan tahap gula dalam darah di rumah dengan mendapatkan alat pengukur meter glukosa darah yang boleh digunakan di rumah dan pastinya ia akan membantu anda untuk memudahkan kerja pemantauan paras gula dalam darah anda.

Namun, sekiranya anda tidak mempunyai alat pengukur meter glukosa darah, doktor mungkin akan mencadangkan anda untuk mendapatkan pemeriksaan di klinik.

petua hilangkan kencing manis ketika mengandung
Alat semak gula darah.

Terdapat juga sesetengah individu wanita hamil memerlukan rawatan insulin. Kira-kira 15% wanita mengandung yang menghidap penyakit diabetes memerlukan insulin untuk mencapai tahap glukosa darah secara berterusan.

Insulin adalah hormon yang digunakan untuk merawat diabetes dengan mengawal gula dalam darah. Jika diet dan senaman tidak cukup untuk mengimbangi gula dalam darah, wanita hamil akan disuntik dengan insulin supaya jumlah glukosa dalam darah kembali ke tahap yang selamat.

Bagi sesetengah wanita, jenis ubat-ubatan seperti glyburide juga merupakan pilihan. 

Petua hilangkan kencing manis ketika mengandung #5. Pengambilan vitamin C dan D

Antara cara hilangkan kencing manis ketika hamil adalah dengan memperbanyakkan pengambilan vitamin C dan D. Kekurangan vitamin C dikatakan mempunyai hubungan kait secara langsung dengan masalah kesihatan kencing manis semasa hamil.

Terdapat kajian yang dilakukan kepada wanita yang hamil, menunjukkan bahawa individu wanita yang menghidap penyakit kencing manis semasa mengandung dan memperbanyakkan pengambilan vitamin C secara tetap akan kurang untuk berdepan risiko mengalami diabetes jenis 2. 

Vitamin D pula merupakan nutrien penting yang diperlukan dalam beberapa proses dan fungsi dalam badan kita.

Penyerapan vitamin dan nutrien yang penting seperti kalsium, besi, magnesium, dan fosfat dapat dilakukan dengan memaksimumkan penyerapan nutrien makanan yang kaya dengan vitamin D.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Gestational diabetes. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/gestational-diabetes/symptoms-causes/syc-20355339 / Accessed on Aug 15, 2019.
  2. Gestational Diabetes and Pregnancy. https://www.cdc.gov/pregnancy/diabetes-gestational.html. Accessed on Aug 15, 2019. 
  3. Gestational Diabetes Mellitus. https://care.diabetesjournals.org/content/26/suppl_1/s103. Accessed on Aug 15, 2019.
  4. Gestational diabetes and a healthy baby? Yes. https://www.diabetes.org/diabetes/gestational-diabetes. Accessed on Aug 15, 2019.
  5. Gestational Diabetes Mellitus (GDM).https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/diabetes/gestational-diabetes. Accessed on Aug 15, 2019.
  6. How Gestational Diabetes Can Impact Your Baby.https://www.diabetes.org/diabetes/gestational-diabetes/how-will-this-impact-my-baby. Accessed on Aug 15, 2019. 

Versi Terbaru

07/04/2025

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Opsss, Isteri Hamil Tapi Suami Yang Kena Alahan? Ini 7 Tanda Ia Mungkin Sindrom Couvade

Pesakit Kencing Manis Kena Tahu, Ini Kaitan Nilai GI Makanan Dengan Diabetes!


Disemak oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group · Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Dikemas kini 07/04/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan