backup og meta

Pendarahan Semasa Hamil

Pendarahan Semasa Hamil

Dengan 20 peratus wanita mengalami tompokan pendarahan semasa hamil, keadaan itu dianggap perkara biasa yang berlaku dalam kalangan wanita mengandung.

Anda akan mudah berasa takut jika melihat beberapa tompokan darah semasa kehamilan, tetapi mungkin anda akan rasa sedikit lega selepas mengetahui bahawa ramai wanita mengalami simptom seperti ini, yang juga adalah kehamilan yang sihat dan normal.

Dengan mengetahui kemungkinan punca yang menyebabkan pendarahan ketika hamil, terutamanya pada penghujung kehamilan, boleh memastikan kehamilan anda selamat.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Apakah tompokan darah atau pendarahan semasa hamil? 

Tompokan darah ialah pendarahan ringan yang keluar dari faraj, dengan darah berwarna coklat atau merah jambu, lebih kurang seperti darah yang keluar semasa awal atau akhir haid normal anda.

Tompokan darah lazimnya akan menjadi beberapa titisan darah.

Apakah punca pendarahan atau tompokan darah? 

Ia tidak semestinya mungkin untuk mengenal pasti penyebab mengapa terdapat tompokan darah semasa hamil.

Walau bagaimanapun, berikut adalah beberapa penyebab lazim bagi pendarahan ketika hamil:

pendarahan semasa hamil

Hubungan kelamin semasa kehamilan 

Wanita hamil boleh mengalami tompokan darah selepas melakukan hubungan seks, terutama jika serviks wanita menjadi terganggu.

Semasa hamil, bekalan darah ke bahagian pelvik meningkat, dan hubungan intim kadangkala boleh memecahkan sedikit saluran darah kecil dan mengakibatkan pendarahan ringan.

Jangkitan serviks punca pendarahan semasa hamil

Keadaan yang tidak berkaitan dengan kehamilan anda seperti jangkitan faraj atau jangkitan penyakit kelamin (STI) juga boleh menjadi punca kepada berlakunya pendarahan.

Keadaan-keadaan ini boleh menyebabkan serviks terganggu dan seterusnya menyebabkan tompokan pendarahan.

Keguguran atau kehamilan ektopik

Kehamilan ektopik adalah apabila bayi mula untuk berkembang di luar daripada rahim ibu.

Tompokan atau pendarahan, terutamanya jika diikuti dengan sakit atau kejang pada abdomen, boleh menjadi tanda awal keguguran atau kehamilan ektopik.

Kehamilan ektopik boleh mengancam nyawa. Berhubung dengan doktor anda atau ahli terapi jika anda ada mengalami gabungan pendarahan dan sakit atau kejang pada bahagian abdomen.

Bila saya perlu berasa risau jika berlaku pendarahan semasa hamil? 

Pendarahan ringan semasa hamil adalah biasa berlaku, tetapi ia akan menjadi luar biasa jika anda mengalami pendarahan yang banyak.

Anda perlu berwaspada, jika:

  • Darah anda berwarna merah terang.
  • Pendarahan yang berlaku datang bersama sakit. Selain merupakan petanda untuk keguguran atau risiko kehamilan ektopik, ia juga boleh menjadi tanda-tanda gangguan plasenta, di mana plasenta berasingan daripada uterus.  

pendarahan semasa hamil

Apa yang perlu saya lakukan? 

Disebabkan pendarahan semasa hamil boleh menjadi tanda kepada masalah serius, jadi anda perlu sentiasa memantau berapa banyak pendarahan yang berlaku dan warna darah, kemudian boleh mendapatkan nasihat daripada doktor atau ahli terapi dengan segera.

Anda juga boleh melakukan pemeriksaan ultrasound untuk mengenal pasti punca pendarahan anda.

Anda boleh menghubungi perkhidmatan perubatan kecemasan jika mengalami sebarang simptom berikut:

  • Sakit teruk atau kejang pada bahagian bawah abdomen
  • Pening atau pengsan
  • Keluar tisu dari faraj anda
  • Menggigil

Baca juga:

Jika anda mengalami sebarang kehilangan darah, adalah lebih baik jika anda memberitahu doktor anda, walaupun jika pendarahan yang berlaku sudah atau hampir berhenti.

Ia mungkin adalah sesuatu yang sedikit, tetapi mungkin juga menjadi petanda kepada masalah yang lebih serius.

Walaupun anda dan bayi anda kelihatan selamat, namun lebih baik jika langkah keselamatan awal dilakukan serta bersedia dengan sebarang komplikasi yang berkemungkinan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Bleeding and spotting from the vagina during pregnancy. https://www.marchofdimes.org/find-support/topics/pregnancy/bleeding-and-spotting-vagina-during-pregnancy#, Accessed on May 26, 2023
  2. Spotting During Pregnancy. https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/pregnancy-concerns/spotting-during-pregnancy/, Accessed on May 26, 2023
  3. Vaginal Bleeding During Pregnancy. https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/22044-bleeding-during-pregnancy, Accessed on May 26, 2023
  4. Bleeding During Pregnancy. https://www.acog.org/womens-health/faqs/bleeding-during-pregnancy, Accessed on May 26, 2023
  5. Bleeding during pregnancy. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/bleeding-during-pregnancy, Accessed on May 26, 2023

Versi Terbaru

29/05/2023

Ditulis oleh Dian Sonnerstedt

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Kerap Rasa Mual, Simptom Mengandung @ 'Period'? Ada 8 Tanda Hamil VS Haid

Ini Bahaya Kencing Kotor Buat Ibu Hamil! Jangan Ambil Ringan, Ya Mama!


Ditulis oleh

Dian Sonnerstedt

Yoga · Yoga Alliance


Disemak pada 29/05/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan