backup og meta

Ingin Tahu Makanan untuk Tingkat Kesuburan?

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 26/11/2019

    Ingin Tahu Makanan untuk Tingkat Kesuburan?

    Makan makanan kesuburan bagi mempersiapkan diri untuk kehamilan adalah salah satu perubahan yang boleh anda lakukan untuk segera hamil. Jika anda tidak mengalami masalah kesuburan, saranan di bawah boleh membantu memudahkan anda untuk hamil, mengurangkan komplikasi kehamilan dan meningkatkan kesihatan bayi anda.

    Berat badan yang sihat

    Masalah kurang atau lebih berat badan boleh menjejaskan hormon dan ovulasi anda. Bukan hanya wanita sahaja, malahan lelaki juga perlu mengambil tahu akan berat badan mereka kerana berat badan berlebihan juga dikaitkan dengan ketahanan insulin. Lelaki dengan berat badan berlebihan boleh mengurangkan tahap testosteron dan penghasilan sperma.

    Pilih karbohidrat yang betul

    Bagi meningkatkan kesuburan, adalah penting untuk anda memasukkan karbohidrat berkualiti tinggi dalam diet harian anda. Makanan seperti gandum penuh, sayur kacang dan kekacang, serta buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengukuhkan gula darah dan insulin. Pilihan-pilihan makanan ini adalah lebih baik untuk kesuburan berbanding makanan seperti roti putih, pasta atau nasi, soda, jus buah dan gula-gula. Buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja mengandungi bilangan vitamin dan mineral yang baik, bahkan juga makanan ini mengandungi antioksidan, yang berfungsi melawan radikal bebas.

    Golongan wanita yang mengalami sindrom polisistik ovari (PCOS), iaitu suatu gangguan yang menyebabkan ketidaksuburan, menunjukkan peningkatan kadar kesuburan apabila mengambil rawatan dengan ubat peka-insulin. Bagi mengekalkan kestabilan gula darah, anda juga perlu makan lebih serat, vitamin, mineral dan protein.

    Pilih protein tumbuhan 

    Kajian menunjukkan bahawa dengan menggantikan protein haiwan kepada protein tumbuhan boleh mengurangkan risiko ketidaksuburan sehingga 50%. Bagi meningkatkan kesuburan, anda perlu mengambil separuh daripada protein yang datang daripada kacang dan mentega kacang, sayur kacang dan kekacang, edemame, tauhu dan telur.

    Elakkan susu skim/krim

    Susu yang mengandungi hormon lemak-larut adalah amat penting dalam mempengaruhi kesuburan. Hormon-hormon ini hilang semasa proses membuang krim. Maka, susu penuh adalah lebih baik kerana mengandungi campuran hormon, yang boleh meningkatkan kesuburan dalam kalangan wanita yang minum susu ini, berbanding mereka yang minum susu skim atau krim.

    Ambil multivitamin

    Konsepsi memerlukan asid folik dan zat besi tambahan. Asid folik adalah penting semasa awal tempoh pranatal untuk mencegah kecacatan tiub neural. Pendarahan yang berlaku setiap bulan akan mengurangkan zat besi dalam tubuh. Terlalu sedikit zat besi pada permulaan kehamilan meletakkan anda pada risiko keadaan yang menyebabkan sel darah anda menurun pada bawah paras normal, sekali gus melemahkan tenaga anda. Pengambilan vitamin pranatal dikaitkan dengan peningkatan kesuburan dalam kalangan wanita. Dan, suplemen multivitamin/ mineral harian boleh meningkatkan bilangan sperma dalam kalangan lelaki.

    Wanita yang merancang untuk hamil perlu mengambil vitamin pranatal yang mengandungi zat besi bukan heme (dalam sumber tumbuhan) kerana ia membantu kesuburan berbanding dengan zat besi heme. Sementara itu, lelaki yang ingin meningkatkan kesuburan perlu mematuhi pengambilan suplemen mutivitamin/ mineral yang ditetapkan.

    Mencegah listeria

    Listeria ialah bakteria berbahaya yang terdapat dalam daging yang siap untuk dimakan, keju lembut, dan produk tenusu yang tidak dipasteur. Wanita hamil adalah 20 kali lebih tinggi risiko untuk jatuh sakit berbanding orang dewasa lain jika makan makanan yang ada listeria. Wanita yang sedang merancang untuk hamil juga perlu berhati-hati kerana bakteria listeria boleh menyebabkan bayi mati dalam kandungan semasa awal trimester pertama.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 26/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan