Jika anda menyusukan bayi sepanjang hari, ovulasi anda mungkin mengambil masa untuk bermula semula, iaitu selepas setahun ataupun lebih. Walau bagaimanapun, jika anda berselang-seli dengan pemberian susu formula kepada bayi, atau bayi anda tidak tidur bersama anda dan tidak menyusu badan pada waktu malam, tempoh haid anda biasanya akan kembali semula dalam masa tiga hingga lima bulan.
Bagaimana untuk hamil semula walaupun saya masih menyusukan bayi?
Meskipun haid anda tidak kembali untuk beberapa bulan selepas bersalin, namun tubuh anda selalunya akan melepaskan telur pertama postnatal sebelum anda didatangi haid pertama. Jadi, anda tidak tahu bila ovulasi anda sehinggalah dua minggu berikutnya semasa anda didatangi haid. Peluang terbaik untuk anda hamil semula semasa masih menyusukan bayi adalah dengan kerap melakukan seks tanpa perlindungan bersama pasangan anda.
Jika bayi anda tidur sepanjang malam pada awal kelahirannya, tahap prolaktin anda (sejenis hormon yang merangsang kelenjar susu) akan berkurang dan anda mungkin kembali subur dalam tempoh tiga hingga lapan bulan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen