Faktor yang Menyebabkan Kehamilan Anak Kembar

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kembar seiras datangnya daripada satu telur dan berlaku secara semulajadi tanpa ada faktor lain yang menyebabkannya. Manakala, kembar tidak seiras atau kembar lebih daripada 2 pula datangnya daripada telur yang berlainan dan disebabkan oleh beberapa faktor. Disebabkan itu, anda sebenarnya masih berpeluang untuk hamil anak kembar bergantung kepada aspek-aspek yang tertentu. Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Sejarah keluarga

Sejarah keluarga ini bergantung kepada susur galur si ibu, bukan si bapa. Meskipun keluarga si bapa ada yang mempunyai anak kembar, ia tidak akan memberi kesan kepada kehamilan anda. Ia sebenarnya bergantung kepada si ibu kerana anda yang menghasilkan telur. Oleh itu, jika keluarga sebelah anda sebagai seorang ibu ada mempunyai anak kembar, peluang anda untuk hamil anak kembar juga adalah tinggi.

Diet

Pengambilan diet yang berlainan boleh menyebabkan perubahan hormon yang seterusnya akan memberi kesan kepada kehamilan anda. Sekiranya anda mengamalkan diet rendah lemak terutamanya jika anda seorang vegetarian, anda memiliki peluang yang sangat tipis untuk hamil anak kembar jika dibandingkan dengan mereka yang mengamalkan diet yang seimbang.

Kuantiti anak yang sudah dimiliki

Faktor ini berkait rapat dengan tuah. Apabila seorang ibu sudah mempunyai anak yang ramai sebelum ini, ia menunjukkan bahawa ibu tersebut mempunyai ovulasi yang baik. Oleh itu, anda tidak perlu terlalu hairan jika mereka sah hamil anak kembar.

Usia kehamilan

Dalam kalangan wanita, usia kehamilan yang paling ideal untuk hamil anak kembar secara semulajadi adalah ketika 30-an. Ketika ini, ovari dan sistem reproduktif wanita akan berubah seiring dengan usia mereka. Ini menunjukkan bahawa wanita ketika usia ini mampu untuk menghasilkan lebih daripada satu telur setiap bulan.

Lokasi

Tempat asal juga adalah faktor sokongan yang agak penting untuk hamil anak kembar. Menurut kajian, kawasan Eropah Barat mempunyai nisbah kehamilan anak kembar yang agak tinggi iaitu 1 daripada setiap 60 kehamilan. Manakala, kawasan Asia Tenggara pula menunjukkan kadar yang agak rendah. Di Nigeria pula, nisbah kehamilan anak kembar pula adalah 1 daripada setiap 20 atau 30 kehamilan. Namun begitu, ini bukan mempunyai kaitan dengan bangsa kerana warga Nigeria yang menetap di negara lain mempunyai kadar kehamilan anak kembar yang rendah. Mungkin diet dan suhu juga memainkan peranan penting bagi warga Nigeria hamil anak kembar.

Rawatan kesuburan

Bagi meningkatkan kemungkinan anda untuk hamil anak kembar, anda boleh dapatkan rawatan kesuburan seperti IVF. Ini dapat merangsang badan anda untuk berovulasi dan menghasilkan lebih banyak telur.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pasang IUD Untuk Elak Mengandung? Awas, Ia Perlu Dibuang Jika Terjadi 7 Perkara Ini!

    Pemasangan IUD di dalam rahim wanita mampu mengelakkan kehamilan luar jangkaan. Namun, ada beberapa sebab kenapa perlu buang IUD. Jom klik artikel!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kesihatan Seksual, Kontrasepsi 19/01/2021 . 3 minit bacaan

    5 Masalah Kesihatan Yang Boleh Berlaku Pada Kelenjar Air Liur, Yang Terakhir Paling Menakutkan!

    Meskipun ramai tidak endah akannya, ketahuilah bahawa terdapat 5 keadaan kesihatan berkaitan kelenjar air liur berkaitan boleh berlaku. Jom klik artikel!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 19/01/2021 . 3 minit bacaan

    Lakukan Ujian Najis Untuk Kesan Kanser Kolorektal, Adakah Benar-benar Berkesan?

    Ujian saringan bagi mengesan tanda kanser usus boleh dibuat menggunakan sampel najis pesakit. Ia merupakan satu kaedah tidak invasif yang berupaya untuk...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser, Kanser Kolorektal 19/01/2021 . 3 minit bacaan

    Usus Tersumbat Boleh Bawa Maut, Awasi Jika Anda Kerap Muntah & Kembung Perut!

    Makanan dicerna mesti melalui usus. Tetapi jika wujud penyumbatan, proses tersebut boleh terhenti. Apakah punca masalah usus ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 19/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bau mulut

    Ini 5 Petua Hilangkan Nafas Berbau Lepas Makan Bawang, Confirm Tak Segan Lagi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
    tulang hidung patah

    Sekiranya Anda Alami Kondisi Tulang Hidung Patah, Ini Senarai Perkara PERLU & JANGAN Buat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
    sumber karbohidrat punca berat badan

    Elak Makan Makanan Ada Karbohidrat Sebab Takut Gemuk, Efektif Ke Cara Ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
    manfaat posisi tidur

    Posisi Tidur Mana Yang Paling Sihat? Cara Tidur Ini Boleh Buat Awet Muda Juga, Tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan